Pergi ke kandungan

Psappho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran Psappho membaca suatu lembaran, pada muka labu air s.450 SM di Rodos. dipamerkan di Muzium British.

Psappho (Bahasa Yunani Aiolis: Ψάπφω Psápphō, baku moden: Σαπφώ Sapphō [sap.pʰɔ̌ː]; s. 630 – s. 570 SM) adalah seorang penyajak Yunani Purba kelahiran pulau Lesbos[1] terutamanya jenis sajak yang dilantunkan segandingan petikan sejenis alat bertali yakni lyra.[2]

Karya-karyanya dipuji orang sezamannya bahkan ada pengulas yang mengibaratkannya seperti suatu "dewi seni".[3] Beliau dicatatkan menulis sebanyak 8-9 buku sajak[4] keseluruhannya berjumlah kira-kira 10,000 patah ayat, tetapi hanya kira-kira 650 patah yang masih terselamat ke hari ini termasuk serangkap sajak lengkap memuja dewi Aphrodite.[5]

Sajak-sajaknya berbagai bentuk dari gita sampai lagu nyanyian majlis kahwin, tetapi beliau dikenali menulis menyentuh emosi diri[6] serta rasa cinta[1] dan asyik kepada kedua-dua lelaki dan wanita. Rasa cinta kepada kaum wanita terutamanya melalui pendekatan pencerita dalam sajak dikarang[7] ia menjadi asas kepada kata sifat lesbian merujuk kepada tempat tinggalnya.[8] Tidak dapat disahihkan sekiranya sajak-sajak ini lahir dari pengalaman hidup Sappho sendiri,[9] tetapi penulis-penulis yang secenderung lewat abad ke-19 hingga awal abad ke-20 seperti Amy Levy mula menerima Psappho sebagai tokoh contoh[10] atau juga diibaratkan seakan "penaung" kelompok mereka.[11]

  1. ^ a b Campbell, D. A. (ed.) (1982). Greek Lyric 1: Sappho and Alcaeus. Harvard University Press, Cambridge Massachusetts. m/s. xi ISBN 978-0-674-99157-6
  2. ^ Mendelsohn, Daniel (2015). "Girl Interrupted: Who Was Sappho?". The New Yorker. Accessed 6 July 2016.
  3. ^ Hallett 1979, m/s. 447.
  4. ^ Yatromanolakis, Dimitrios (1999). "Alexandrian Sappho Revisited". Harvard Studies in Classical Philology. p. 181
  5. ^ Rayor, Diane and Lardinois, André (2014). Sappho: A New Translation of the Complete Works. Cambridge University Press, Cambridge. m/s. 7 ISBN 978-1-107-02359-8
  6. ^ duBois, Page (1995). Sappho Is Burning. Chicago: University of Chicago Press. m/s. 7 ISBN 978-0-226-16755-8
  7. ^ Page, Denys (1959). Sappho and Alcaeus. Oxford University Press, Oxford. pp. 142-146
  8. ^ Most 1995, m/s. 15.
  9. ^ Burnett, Anne Pippin (1983). Three archaic poets: Archilochus, Alcaeus, Sappho. Harvard University Press, Cambridge Massachusetts
  10. ^ Reynolds 2001, m/s. 261.
  11. ^ Reynolds 2001, m/s. 294.
Sumber
  • Hallett, Judith P. (1979). "Sappho and her Social Context: Sense and Sensuality". Signs. 4 (3): 447–464. doi:10.1086/493630. JSTOR 3173393. S2CID 143119907.
  • Most, Glenn W. (1995). "Reflecting Sappho". Bulletin of the Institute of Classical Studies. 40: 15–38. doi:10.1111/j.2041-5370.1995.tb00462.x. JSTOR 43646574.
  • Reynolds, Margaret, penyunting (2001). The Sappho Companion. London: Vintage. ISBN 978-0-09-973861-9.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]