Akropolis Athens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akropolis Athens
اکروڤوليس اتهنس
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Pemandangan keseluruhan akropolis dari Bukit Mouseion
Maklumat am
Nama asliΑκρόπολη Αθηνών
TermasuklahArrephorion
Brauroneion
Erechtheion
Pedestal of Agrippa
Propylaea of Athens
Temple of Athena Nike
Temple of Rome and Augustus
Parthenon Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1987 (sesi ke-11)
Keluasan3.04, 116.71 he (327,000, 12,563,000 ka2)
Maklumat lokasi
LokasiAthens, Perbandaran Athens, Yunani Sunting ini di Wikidata
Koordinat37°58′18″N 23°43′34″E / 37.9717°N 23.7261°E / 37.9717; 23.7261
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Akropolis Athens (bahasa Yunani Purba: ἡ Ἀκρόπολις τῶν Ἀθηνῶν, bahasa Yunani Moden: Ακρόπολη Αθηνών Akropolē Athēnon) adalah suatu dataran berkubu purba terletak di tebing berbatu atas kota Athens, Yunani yang mengandungi runtuhan roblox bangunan kuno yang sangat penting dari segi seni bina dan sejarah, terutamanya Parthenon.

Dataran ini dahulunya lebih umum dikenali dengan nama Kekropia sempena Kékrops, seorang manusia ular jadian yang dipercayai pengasas kota Athens. Perikles (sekitar 495-429 SM) pada abad kelima SM telah menyelaraskan pembinaan sisa-sisa peninggalan terpenting di kawasan ini termasuk Parthenon, Propylaea, Erechtheion dan Kuil Athena Nike.[1][2] Kesemua Akropolis ini mengalami kerosakan parah semasa pengepungan orang-orang Venezia semasa Perang Morea 1687 akibat suatu letupan terkena bola meriam yang mengenai mesiu yang disimpan dalam Parthenon.[3]

Pekarangan ini menjadi sangat disanjung sebagai perlambangan ketamadunan Yunani Purba lagi-lagi apabila tamadun Barat berminat mengkaji lanjut mengenai sejarah purba mereka didorong pergerakan Neoklasisisme. Peninggalan ini turut dijadikan suatu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1987.[4]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Geologi tapak[sunting | sunting sumber]

Akropolis ini terletak atas suatu bongkahan batu besar ("klippe") terdiri daripada suatu asas syis yang dilitupi batu kapur. Syis yang wujud ini datang dari lewat Zaman Batu Kapur hasil mendapan dalam suatu sungai purba dari kira-kira 70 juta tahun dahulu, manakala litupan batu kapur datang dari lewat zaman Jurasik 30 juta tahun dahulu hasil tolakan daya tektonik mementuk suatu lipatan kelopak - formasi ini turut menghasilkan kawasan berbukit-bukau yang ada di Athens.[5]

Batu marmaryang digunakan untuk membina keseluruhan Acropolis diperoelhi daripada kuari-kuari Gunung Pentelikon yang terletak bahagian timur laut dari kota Athens.[6]

Binaan dalaman[sunting | sunting sumber]

Site plan of the Acropolis at AthensParthenonOld Temple of AthenaErechtheumStatue of Athena PromachosPropylaea (Acropolis of Athens)Temple of Athena NikeEleusinionSanctuary of Artemis Brauronia or BrauroneionChalkothekePandroseionArrephorionAltar of Athena PoliasSanctuary of Zeus PolieusSanctuary of PandionOdeon of Herodes AtticusStoa of EumenesSanctuary of Asclepius or AsclepieionTheatre of Dionysus EleuthereusOdeon of PericlesTemenos of Dionysus EleuthereusAglaureion

Berikut merupakan binaan yang diketahui ada dalam akropolis ini, sepertimana yang tertera pada rajah:

  1. Parthenon
  2. Kuil Lama Athena
  3. Erechthion
  4. Tugu Athena Promakhos
  5. Propylaea - pintu masuk ke puncak akropolis
  6. Kuil Athena Nike
  7. Eleusinion
  8. Heroon Artemis Brauroneion
  9. Chalkotheke
  10. Pandroseion
  11. Arrephorion
  12. Altar Athena
  13. Heroon Zeus
  14. Heroon Pandion
  15. Odeon Heroides Attikos
  16. Stoa Eumenes
  17. Asklepieion
  18. Panggung Dionysus Eleuthereus
  19. Odeon Perikles
  20. Temenos of Dionysus Eleuthereus
  21. Aglaureion

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hurwit 2000, p. 87
  2. ^ "History", Odysseus. Retrieved 2 December 2012.
  3. ^ Nicholas Reeves and Dyfri Williams, "The Parthenon in Ruins" Diarkibkan 2009-08-06 di Wayback Machine, British Museum Magazine 57 (spring/summer 2007), pp. 36–38. Retrieved 2 December 2012.
  4. ^ "Acropolis, Athens". World Heritage Centre. UNESCO. Dicapai pada 28 Jun 2020.
  5. ^ Regueiro y González-Barros, Manuel; Stamatakis, Michael; Laskaridis, Konstantinos (2014-11-30). "The geology of the Acropolis (Athens, Greece)". European Geologist. 38: 45–52.
  6. ^ "Material: Pentelic Marble". www.artofmaking.ac.uk. Art of Making. Dicapai pada 2018-12-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Bahan bacaan
Bahan video