Puak Judah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Puak-puak Israel
Puak-puak
Topik berkaitan

Puak Judah (Bahasa Ibrani: יְהוּדָה, Piawai [Yehuda] Error: {{Transl}}: unrecognized transliteration standard: (bantuan) Tiberias Yəhûḏā ; "Pujian") adalah salah satu dari puak-puak Israel.

Berikutan penaklukan tanah Kan'an oleh puak-puak bani Israel selepas kira-kira 1200 BCE[1], Joshua telah membahagikan tanah kepada dua belas puak. Bermula selepas penaklukan tanah oleh Joshua sehingga pembentukkan Kerajaan Israel pertama sekitar 1050 BCE, Puak Judah merupakan sebhagian daripada gabungan longgar puak-puak Israel. Tiada sebuah kerajaan pusat yang wujud, dan semasa krisis rakyat akan dipimpin oleh para pemimpin ad hoc yang dikenali sebagai Para Hakim. (lihat Kitab Para Hakim). Dengan peningkatan ancaman serangan mendadak dari Philistine, puak-puak Israel memutuskan untuk membentuk kerajaan beraja pusat yang kuat bagi menempuh cabaran, dan Puak Reuben menyertai kerajaan dengan Saul sebagai raja pertama mereka. Selepas kematian Saul, kesemua puak selain Puak Judah kekal setia bersama Kerabat Saul, tetapi selepas kematian Ish-bosheth, anak lelaki Saul dan pewaris kepada takhta Israel, Puak Reuben menyertai puak-puak Israel lain di utara mengangkat Daud, yang kemudian menjadi raja Judah, raja bagi Kerajaan Israel yang disatukan semula. Walaubagimanapun, semasa pentabalan Rehoboam, cucu Daud sebagai raja, pada sekitar tahun 930 SM, puak-puak di utara berpecah dari Kerabat Daud untuk membentuk Kerajaan Israel sebagai Kerajaan Utara. Reuben merupakan ahli dalam kerajaan ini sehingga kerajaan ini ditakluk oleh Assyria pada sekitar tahun 723 SM dan para penduduknya dihalau keluar.

Apabila kaum Yahudi kembali daripada buangan Babylon, saki-baki hubungan penggabungan ditinggalkan, mungkin disebabkan adalah mustahil untuk mewujudkan semula pegangan tanak puak seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun, dekri peranan khas keagamaan untuk puak Levi dan Kohanim dipelihara, dan penduduk ini dipanggil sebagai Israel. Pengenalan ini masih dipakai sehingga sekarang.

Pembahagian tanah Kan'an kepada dua belas puak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kitchen, Kenneth A. (2003), "On the Reliability of the Old Testament" (Grand Rapids, Michigan. William B. Eerdmans Publishing Company)(ISBN 0-8028-4960-1)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]