Bahasa Ibrani Tabariyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zum pada Naskhah Halab, Yosua 1:1

Bahasa Ibrani Tabariyah atau Tiberias ialah sebutan piawai Alkitab Ibrani (Tanakh) yang ditulis oleh ulama-ulama Yahudi bermazhab Masorah yang tinggal di Tabariyah, Galilee s. 750–950 TM pada zaman Kekhalifahan Abbasiyah. Mereka menulisnya mengikut qiraat atau cara sebutan Tabariah,[1] dan meletakkan tanda baca pada abjad Ibrani: tanda vokal, konsonan (niqqud) dan simbol aksen. Dengan catatan pada jidar, ia membantu pembaca memahami teks Ibrani Tabariyah.

Walaupun vokal dan aksen bertulis mula digunakan pada sekitar 750 TM, tradisi lisan yang ia cerminkan sudah wujud berabad-abad lamanya.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Halaman daripada Naskhah Halab, Ulangan

Buku tatabahasa Ibrani moden tidak mengajar bahasa Ibrani yang sama seperti yang diterangkan oleh pakar tatabahasa terdahulu. Kebanyakan buku kini mengikut sistem David Qimḥi yang membahagikan tanda bertulis kepada vokal "pendek" dan "panjang". Sistem ini mencerminkan tradisi sebutan Sefardi, seperti cara (אָ) boleh disebut sebagai /a/ dan /o/, dan cara syeva biasa boleh disebut sebagai (אְ) sebagai /ɛ̆/.

Fonologi bahasa Ibrani Tabariyah boleh diperolehi dengan menghimpunkan pelbagai sumber:

  • Naskhah Halab Alkitab Ibrani dan manuskrip-manuskrip kuno Tanakh yang dinukilkan dalam jidar naskhah-naskhah lama menunjukkan bukti langsung tentang cara mengguna peraturan qiraat, seperti menggunakan vokal yang lebih pendek daripada menggunakan syeva biasa, dan menjelaskan cara vokal itu disebut dalam kes-kes tertentu. Satu contoh yang menarik ialah penggunaan ḥireq yang dipendekkan dalam lima perkataan selepas konsonan guttural dengan ḥireq biasa (seperti yang dijelaskan oleh Israel Yeivin), juga penggunaan tanda rafe (lemah) yang ganjil di atas huruf-huruf yang bukan sebahagian daripada huruf-huruf בגדכפ"ת atau א"ה.
  • Penerangan jelas yang terdapat dalam buku-buku tatabahasa dari abad ke-10 dan ke-11, seperti Sēfer haq-Qoloth ספר הקולות oleh Moshe ben Asher; Sēfer Dikdukē haṭ-Ṭe'amim (ספר דקדוקי הטעמים 'Nahu atau Analisis Aksen') oleh Aaron ben Moses ben Asher; karya-karya tanpa nama berjudul Horayath haq-Qorē הורית הקורא (G. Khan dan Ilan Eldar menatijahkannya kepada seorang Yahudi Karai, Aaron dari Baitulmaqdis); Risalah tentang Syeva dan Ma'mar haš-Šəwā מאמר השוא; karya-karya ahli tatabahasa Sefardi zaman pertengahan, seperti Abraham bin Ezra dan Yudah ben David Hayyuj. Dalam karya dua penulis terakhir ini, jelas sekali sanad sedang terputus-putus atau tafsiran mereka telah dipengaruhi tradisi lisan tempatan.
  • Manuskrip-manuskrip kuno yang mengekalkan dialek serupa dalam bahasa Ibrani atau Aram Palestin Yahudi disuarakan dengan niqqud Tabariyah yang menunjukkan ejaan fonetik dan bukannya ejaan fonemik. Antara dokumen ini ialah versi "Ben Naftali semu" atau "Palestin-Sefardi", yang mengikut peraturan-peraturan yang disenaraikan di bawah, seperti melafazkan syeva sebagai /ĭ/ sebelum yod konsonan, seperti dalam /bĭji/ בְּיִ.
  • Tradisi lain, seperti qiraat di Palestin dan sedikit sebanyak di Babylon (Mesopotamia). Setiap komuniti (Palestin, Tabariyah, Babylonian) membuat sistem tanda baca untuk dialek sendiri, sesetengahnya sebutan yang lazim dalam tradisi-tradisi sedia ada.
  • Transkripsi teks Alkitab kaum Karai yang menggunakan abjad Arab tetapi dengan tanda baca Tabariyah, yang penting untuk struktur suku kata dan kepanjangan vokal, yang ditandakan dalam bahasa Arab dengan huruf saksi dan tanda sukun.
  • Pelbagai tradisi lisan, terutamanya Ibrani Karai dan Yaman, telah mengekalkan ciri-ciri lama yang selaras dengan tradisi Tabariyah, seperti sebutan e-pepet mengikut kedekatannya dengan huruf gutural atau yod.

Phonology[sunting | sunting sumber]

Konsonan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Ibrani Tabariyah mempunyai 29 fonem konsonan, dilambangkan dengan 22 huruf. Terdapat titik khas yang menunjukkan perbezaan antara dua bunyi yang diwakili oleh huruf "ש‎", dan apabila terdapat titik di sebelah kiri (שׂ‎), bunyinya sama dengan huruf "samekh". Huruf-huruf בגדכפת setiap satu mempunyai dua bunyi berbeza: bunyi hentian keras dan desisan lembut.

Fonem-fonem konsonan Ibrani Tabariyah
Bibir Gigi Gigi-gusi Lelangit Velar Uvular Farinks Glotis
biasa tegas
Sengauan m n
Hentian tidak bersuara p t k q ʔ
bersuara b d g
Geseran tidak bersuara f θ s ʃ x ħ h
bersuara v ð z ɣ ʕ
Getaran ( r ) ʀ
Malaran tak geser w l j

Berikut adalah ciri-ciri sebutan konsonan Ibrani Tabariyah yang paling menonjol:

  • Waw ו penghubung dahulunya dibaca, sebelum vokal bibiran (בומ״ף) dan syeva (אְ), sebagai אוּ /ʔu/ bukannya וֻ /wu/ (seperti dalam beberapa qiraat timur).
  • Tiga sebutan Resy ר. Walaupun tiada persetujuan bagaimana ia disebut, peraturan menyebutnya dinyatakan dalam הורית הקורא Horayat ha-Qoré:
    1. Resy "biasa" /ʀ/ disebut demikian (menurut Eldar, sebagai bunyi uvular [ʀ]) dalam semua keadaan (kecuali keadaan yang diterangkan di bawah): אוֹר [ʔoʀ]
    2. Resy "ganjil" [r] sebelum atau selepas Lamed atau Nun, mana-mana daripada ketiga-tiganya disuarakan dengan syeva biasa dan Resy selepas Zayin ז, Dalet ד, Samekh ס, Sin שׂ, Tav ת, Tzadi צ, Tet ט, mana-mana daripadanya diselingi dengan syeva biasa: יִשְׂרָאֵל [jisrɔˈʔel], עָרְלָה [ʕɔrˈlɔ]. Oleh sebab kehampiran konsonan gigi, Resy dahulu mungkin disuarakan sebagai bunyi getaran alveolar, kerana ia masih begitu dalam bahasa Ibrani Sefardi.
    3. Dalam perkataan tertentu dalam Bible, huruf Resh mempunyai bunyi ganda [ʀː] apabila dagesh ditambahkan padanya: הַרְּאִיתֶם [haʀːĭʔiˈθɛm]. Sebutan ini berkaitan dengan bunyi Resh yang dipanjangkan (הָרְאִיתֶם). Hanya orang-orang di Ma'azya (מעזיה), yang terletak di Tiberias, masih menggunakan sebutan ini.
  • Tav ת boleh disebut dengan tiga cara yang berbeza. Dalam tiga perkataan khusus dalam Tanakh, Tav disebutkan harus dilafazkan lebih keras daripada biasa. Sebutan ini diterangkan berada di antara Tav lembut ת /θ/ dan Taw keras תּ /t/: וַיְשִׂימֶהָ תֵּל [wajsiˈmɛhɔ‿θ‿tel]

Vokal[sunting | sunting sumber]

Carta ini menunjukkan kedudukan huruf-huruf vokal dalam bahasa Ibrani Tiberia. Ia tidak dimaksudkan sebagai sebutan tepat kerana tiada siapa menggunakan bahasa Ibrani Tabariyah sebagai bahasa ibunda.
Orang-orang memegang tanda baca Ibrani Tabariyah. Hasil seni batu kapur dan basalt di pantai, Tabariyah.
Vokal-vokal fonemik Ibrani Tabariyah
Depan Belakang
Sempit i u
Separuh sempit e o
Separuh luas ɛ ɔ
Luas a
Singkat ă ɔ̆ (ɛ̆) 1
  1. bunyi pinggiran

Vokal /a e i ɔ o u/ mempunyai status yang amat penting dan bole mengubah maksud perkataan: אָשָׁם הוּא אָשֹׁם אָשַׁם (Im. 5:19) dan אָשֵׁם 'bersalah', אִם 'bila' dan אֵם 'ibu'. /ɛ/ hanya didengari di kedudukan hujung dan ditekankan, seperti רְעֶה רְעִי רָעָה, מִקְנֶה מְקַנֵּה, קָנֶה קָנָה קָנֹה, tetapi dalam kedudukan lain, ia mungkin mencerminkan kehilangan kontras /a/ dan dilafazkan sebagai /i/.[2] Pada zaman Tiberia, semua vokal pendek dalam suku kata yang ditekankan telah menjadi panjang, dan panjang vokal bergantung kepada tekanan suku kata. [nb 1] Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata terbuka atau bertekanan juga mengalaminya (seperti /a/ dalam יְרַחֵם, yang dahulunya pendek).[nb 2]

Tradisi Tabariyah mempunyai tiga vokal amat pendek (hatuf) /ă ɔ̆ ɛ̆/, tetapi status fonemik /ɛ̆/ tidak pasti.[nb 3] Vokal /ă/, di bawah huruf bukan gutural, disebut dengan amat cepat dan sebagai bunyi vokal selepasnya sebelum bunyi gutural ( וּבָקְעָה [uvɔqɔ̆ˈʕɔ]) dan sebagai [ĭ] sebelum bunyi /j/, (תְדַמְּיוּנִי [θăðammĭˈjuni]). Walau bagaimanapun, ia sentiasa dilafazkan [ă] di bawah bunyi gutural: חֲיִי [ħăˈji].

Tekanan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Ibrani Tiberia mempunyai tekanan fonemik (בָּנוּ֫ /bɔˈnu/ 'mereka bina' bdg. בָּ֫נוּ /ˈbɔnu/ 'dalam kita'). Tekanan paling lazimnya di suku kata akhir, kurang lazim pada kedua terakhir, dan jarang pada ketiga terakhir: הָאֹ֫הֱלָה /hɔˈʔohɛ̆lɔ/ 'ke dalam khemah'.[nb 4]

Fonotaktik[sunting | sunting sumber]

Seperti yang diterangkan di atas, panjang vokal bergantung pada struktur suku kata. Jika sesuatu perkataan mempunyai suku kata terbuka, vokalnya sama ada panjang atau sangat pendek; suku kata tertutup yang ditekankan, vokalnya panjang; dan dalam suku kata tertutup yang tidak ditekankan, vokalnya pendek. Filologi Ibrani tradisional menganggap vokal sangat pendek bukan nukleus suku kata.

Ortografi[sunting | sunting sumber]

huruf א ב ג ד ה ו ז ח ט י כ/ך ל מ/ם נ/ן ס ע פ/ף צ/ץ ק ר ש ת
transliterasi ʾ b, g, d, h w z y k, l m n s ʿ p, f q r š, ś t,
sebutan (Moden) [ʔ] [b]

[v]

[ɡ] [d] [h] [v] [z] [χ] [t] [j] [k][x], [χ]ʀ̥ [l] [m] [n] [s] [ʔ] [p]

[f]

[ts] [k] [ʁ] [ʃ]

[s]

[t]
sebutan (Yaman) [ʔ] [b]

[v]

[]

[ɣ]

[d]

[ð]

[h] [w] [z] [ħ] [] [j] [k]

[x]

[l] [m] [n] [s] [ʕ] [p]

[f]

[] [g] [r] [ʃ]

[s]

[t]

[θ]

sebutan (Tabariyah) [ʔ] [b]

[v]

[ɡ]

[ɣ]

[d]

[ð]

[h] [w] [z] [ħ] [] [j] [k]

[x]

[l] [m] [n] [s] [ʕ] [p]

[f]

[] [q] [ʀ]

[r]

[ʃ]

[s]

[t]

[θ]

sebutan (Alkitab) [ʔ] [b]

[β]

[ɡ]

[ɣ]

[d]

[ð]

[h] [w] [z] [ħ],

[χ]

[] [j] []

[x]

[l] [m] [n] [s] [ʕ],

[ʁ]

[]

[ɸ]

[] [q] [ɾ] [ʃ],

[ɬ]

[]

[θ]

niqqud dengan ב בַ בֶ בֵ בִ בָ בֹ בֻ בוּ
nama pathaḥ seghol sere ḥireq qamaṣ ḥolam qubuṣ shuruq
sebutan /a/ /ɛ/ /e/ /i/ /ɔ/ /o/ /u/
niqqud dengan ב בַא

בַה

בֶא

בֶה בֶי

בֵא

בֵה בֵי

בִי

בִא

בָא

בָה

בֹא

בֹה בוֹ

בוּא

בוּה

nama pathaḥ male seghol male ṣere male ḥireq male qamaṣ male ḥolam male syuruq male
sebutan /a/ /ɛ/ /e/ /i/ /ɔ/ /o/ /u/
niqqud dengan א אְ אֲ אֱ אֳ
nama sywa ḥaṭaf pathaḥ ḥaṭaf seghol ḥaṭaf qamaṣ
sebutan /ă/, ⌀ /ă/ /ɛ̆/ /ɔ̆/
niqqud בּ בֿ הּ שׁ שׂ
nama daghesy rafe mapiq syin titik sin titik
sebutan Geminasi konsonan /Cː/, atau sebutan hentian konsonan-konsonan בגדכפ״ת Sebutan bergeser bagi konsonan-konsonan בגדכפ״ת (penggunaannya adalah pilihan) /h/, sebagai huruf terakhir perkataan /ʃ/ /s/

Tanda <i id="mwBB0">syeva</i> atau pepet bertukar-tukar mengikut kedudukannya dalam perkataan (bergerak/vokal atau mati/sifar) dan huruf-huruf lain di sekitarnya.

Dalam contoh-contoh berikut, Alkitab menggunakan simbol grafik (tanda khatef ) untuk melambangkan setiap bunyi ini, tetapi peraturan masih digunakan walaupun hanya ada syeva biasa (bergantung pada manuskrip atau edisi yang digunakan).

Apabila syeva biasa muncul dalam mana-mana kedudukan berikut, ia dianggap sebagai bergerak (na):

  • Apabila terdapat syeva pada permulaan perkataan, bersama-sama dengan partikel-partikel seperti bi-, ki-, li-, dan u-, ia didahului oleh meteg (garis menegak di sebelah kiri tanda vokal, menunjukkan tekanan sekunder atau pemanjangan). Contoh: וּֽזֲהַב /ˌʔuzăˈhav/ Kejadian 2:12; בִּֽסֲבָךְ /ˈbisăvɔx/ Mazmur 74:5. Sekiranya tidak ada meteg, maka syeva tidak disebut, menjadi suku kata tertutup.
  • Syeva selepas tiga bunyi vokal ini: /e/, /ɔ/, /o/, kecuali dalam suku kata tertutup yang diketahui jenisnya (dan didahului atau tidak dengan meteg). Contoh: נֵֽלֲכָה־נָּא /ˌnelăxɔˈnːɔ/ Keluaran 3:18; אֵ֣לֲכָה נָּא /ˈʔelăxɔ ˈnːɔ/ Keluaran 4:18.
  • Syeva yang kedua daripada dua syeva yang datang berturut-turut, apabila kedua-duanya hadir di bawah konsonan yang berlainan. Contoh: אֶכְתֲּבֶנּוּ /ʔɛxtăˈvɛnːu/ Yeremia 31:33; וָאֶשְׁקֲלָה־לֹּו /wɔʔɛʃqălɔˈlːo/ Yeremia 32:9 (kecuali pada akhir perkataan, אָמַרְתְּ /ʔɔˈmart/).
  • Syeva di bawah konsonan yang pertama antara dua konsonan yang sama, didahului dengan meteg. Contoh: בְּחַֽצְצֹן /băˌħasˤăˈsˤon/ Kej. 14:7; צָֽלֲלוּ /sˤɔlăˈlu/ Keluaran: 15:10.
  • Syeva di bawah konsonan dengan dagesy kuat atau lembut. Contoh: סֻבֳּלוֹ /subɔ̆ˈlo/ Yesaya 9:3; אֶשְׁתֳּלֶנּוּ /ʔɛʃtăˈlɛnːu/ Yehezkiel 17:23.
  • Syeva di bawah konsonan yang akan digeminasi tetapi tidak ditanda begitu, contohnya yang ada di bawah ר. Kadangkala juga מ apabila didahului artikel. Contoh: מְבָרֲכֶיךָ /măvɔʀăˈxɛxɔ/ Kejadian 12:3; הַמֲדַבְּרִים /hamăðabăˈʀim/ 2 Tawarikh 33:18.
  • Sekiranya syeva senyap diikuti oleh bunyi gutural atau yod, ia akan bertukar menjadi syeva bergerak mengikut peraturan yang di bawah, jika didahului oleh meteg. Manuskrip kuno menyokong pandangan ini. Contoh: נִֽבֳהָל /nivɔ̆ˈhɔl/ Amsal 28:22; שִֽׁבֲעַת /ʃivăˈʕaθ/ Ayub 1:3.
  • Mana-mana syeva, jika tanda meteg dilekatkan padanya, akan menukar vokal amat pendek kepada vokal pendek atau biasa. Untuk memahami perkara ini dengan baik, hanya manuskrip-manuskrip kuno dan berwibawa yang boleh dipercayai kerana selepas begitu lama, lebih banyak simbol meteg telah ditambahkan ke dalam Alkitab oleh penulis terkemudian.

Huruf-huruf gutural (אהח"ע), dan yod (י), mempengaruhi sebutan syeva yang mendahuluinya. Alofon-alofon fonem /ă/ mengikut dua peraturan berikut:

  • Bunyinya akan bertukar untuk meniru bunyi gutural selepasnya. וּקֳהָת /ˌʔuqɔ̆ˈhɔθ/ Bilangan 3:17; וְנִזְרֳעָה /wănizrɔ̆ˈʕɔ/ Bilangan 5:28.
  • Ia akan disebut sebagai ḥireq sebelum konsonan yod. Contoh: יִרְמִיָהוּ /jiʀmĭˈjɔhu/ Yeremia 21:1; עִנִייָן /ʕinĭˈjɔn/ dalam autograf Maimonides dalam ulasannya untuk Misynah.[nb 5]

Walaupun tidak ada tanda khusus selain /ɛ̆/, /ă/, /ɔ̆/ untuk menunjukkan semua vokal sembunyi, empat lagi vokal (/u/, /i/, /e/, /o/) dilambangkan dengan syeva biasa (ḥaṭaf ḥiriq (אְִ) dalam Naskhah Halab adalah ganjil dan langsung tidak biasa digunakan dalam manuskrip-manuskrip Ibrani dengan penyuaraan Tabariyah).

Semua kes lain harus dianggap sebagai vokal sifar (senyap, nah), termasuklah syeva akhir berganda (syeva awal berganda tidak wujud dalam dialek Ibrani ini), dan syeva dalam perkataan שְׁתַּיִם /ˈʃtajim/ dan שְׁנַיִם /ˈʃnajim/, dibaca oleh orang Masora Tabariyah sebagai אֶשְׁתַּיִם /ʔɛʃˈtajim/ dan אֶשְׁנַיִם /ʔɛʃˈnajim/. Sebutan ini serupa dengan sebutan Ibrani Samaria dan bahasa Phoenicia.

Bergantung pada aliran sebutan (dan mungkin juga atas sebab-sebab muzik), tanda meteg boleh menukar suku kata tertutup menjadi terbuka, dan oleh itu, menukar vokal pendek ke panjang, dan syeva senyap, menjadi bergerak.

Hal ini disebutkan secara khusus oleh ahli tatabahasa zaman pertengahan:

Kalau seseorang mengatakan "dalet" dalam perkataan 'Mordekhai' (dan huruf lain dalam kata lain) mempunyai hatef qames, beritahu dia, "tanda ini hanyalah alat yang digunakan oleh sesetengah penulis untuk menunjukkan bahawa konsonan itu harus disebut dengan jelas dan tidak dikemam.

— Abu al-Faraj Harun, Hidāyat al-Qāri (Horayat Ha-Qore), dipetik dalam Yeivin (1980:283–284)

Nama-nama diakritik vokal adalah unik dan bervariasi:

Nama-nama vokal kebanyakannya berdasarkan bentuk dan perbuatan mulut semasa membunyikannya, Misalnya, פַּתַ֫ח pembukaan; צֵרֵ֫י memisahkan (mulut) dengan luas, (juga שֶׁ֫בֶר) pecah, perpisahan (rujuk Arab, kasr); חִ֫ירֶק (juga חִרֶק) bukaan sempit; ח֫וֹלֶם penutupan, atau menurut orang lain kepenuhan, mulut (juga מְלֹא פּוּם kepenuhan mulut). קָ֫מֶץ juga mengisyaratkan pemampatan atau pengecutan mulut yang lebih kecil, dengan kata שׁוּרֶק dan קִבּוּץ (juga קבוץ פּוּם) dan yang lebih tegang. Segôl (סְגוֹל segugus anggur) dinamakan begitu kerana bentuknya. Juga, שָׁלֹשׁ נְקֻדּוֹת (tiga titik) ialah nama lain untuk Qibbúṣ. Tambahan lagi, nama-nama itu kebanyakannya diberikan begitu (bukan sejak mula tetapi kemudian masa), sehingga bunyi setiap vokal kedengaran dalam suku kata pertama (קָמֶץ untuk קֹמֶץ, פַּתַח untuk פֶּתַח, צֵרִי untuk צְרִי); untuk memastikan ini konsisten, malah ada yang tuliskan Sägôl, Qomeṣ-ḥatûf, Qûbbûṣ.

— Wilhelm Gesenius, Gesenius' Hebrew Grammar, §8d

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malah, semua vokal yang ditekankan dahulu dipanjangkan apabila ada jeda dalam percakapan, lihat Janssens (1982:58–59), seperti yang boleh dilihat dalam perkataan Tabariyah כַּף /kaf/ < */kaf/, jeda כָּף /kɔf/ < */kɔːf/ < */kaːf/ < */ kaf/. Peralihan dalam bahasa Ibrani Tabariyah bagi */aː/ > */ɔː/ berlaku selepas vokal dipanjangkan tetapi sebelum hilangnya kepentingan kepanjangan fonemik (berdasarkan perkataan seperti ירחם dengan alofoni [aː] panjang kekal panjang tanpa berubah).
  2. ^ Ia dibuktikan wujud dengan pernyataan Rabai Joseph Qimḥi (abad ke-12) dan transkripsi-transkripsi Arab zaman pertengahan: Janssens (1982:54–56). Bukti juga mungkin ada pada tingkah laku kesan kantilasi dan patakh Babylonia: Blau (2010:82).
  3. ^ Lihat אֳנִי /ʔɔ̆ˈni/ 'kapal-kapal' אֲנִי /ʔăˈni/ 'I', חֳלִי /ħɔ̆ˈli/ 'sakit' חֲלִי /ħăˈli/ 'perhiasan', עֲלִי /ʕăˈli/ 'naik!' (Bil 21:17) dan בַּעֱלִי /baʕɛ̆ˈli/ '(dengan) alu' (Amsal 27:22). Blau (2010:117–118) /ɛ̆/ sering bertukar ganti dengan /ă/ dan jarang berkontras dengannya: אֱדוֹם /ʔɛ̆ˈðom/ 'Edom' bdg. אֲדֹמִי /ʔăðoˈmi/ 'dari Edom'. Blau (2010:117–118) /ɔ̆/ jelas fonemik tetapi menanggung beban fungsi yang minimum. Sáenz-Badillos (1993:110) /ă/ ditulis dengan šwa bergerak ְ dan hataf patah ֲ. Blau (2010:117)
  4. ^ Sebenarnya, tidak jelas jika vokal yang pendek patut dianggap sebagai satu suku kata lengkap. Kadangkala, tekanan sesuatu perkataan beralih ke suku kata terbuka sebelumnya untuk mengelaknya bersebelahan dengan suku kata lain yang ditekankan, melangkau vokal-vokal yang amat pendek: עִם־יוֹ֫רְדֵי בוֹר /ʕimˈjorăðe vor/ 'dengan mereka yang turun ke dalam lubang' מְטֹ֫עֲנֵי חָ֫רֶב /măˈtˤoʕăne ˈħɔrɛv/ 'ditusuk dengan pedang'. Lihat Blau (2010:143–144)
  5. ^ Kedua-dua peraturan ini, serta peraturan bahawa metheg mengubah syeva daripada amat pendek kepada vokal biasa, direkodkan oleh Solomon Almoli dalam Halichot Sheva (Konstantiniah 1519), walaupun beliau menyatakan bahawa perbezaan ini semakin pupus dan tidak disebut di kebanyakan tempat. Syeva disebut seperti segol. Dalam komuniti-komuniti Timur seperti di Syria, peraturan ini masih direkodkan oleh ahli tatabahasa pada tahun 1900-an (seperti Sethon, Menasheh, Kelale Diqduq ha-qeriah, Aleppo 1914), tetapi ia biasanya tidak dicerminkan dalam sebutan sebenar. Peraturan tentang yod dan metheg, walaupun bukan peraturan tentang bunyi gutural, masih dipatuhi oleh orang Yahudi Sepanyol dan Portugis Amsterdam: Rodrigues Pereira, Martin, 'Hochmat Shelomoh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tiberian Hebrew Phonology: Focussing on Consonant Clusters, Andries W. Coetzee
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan b111-112 tidak disediakan

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Bar-Asher, M. (1998). Scripta Hierosolymitana Volume XXXVII Studies in Mishnaic Hebrew.
  • Blau, Joshua (2010). Phonology and Morphology of Biblical Hebrew. Winona Lake, Indiana: Eisenbrauns. ISBN 978-1-57506-129-0.
  • Dotan, A. (1967). The Diqduqe Hatte'amim of Aharon ben Moshe ben Asher.
  • Eldar, I. (1994). The Art of Correct Reading of the Bible.
  • Ginsburg, C.D. (1897). Introduction to the Massoretico-Critical Edition of the Hebrew Bible.
  • Golomb, D. M. (1987). Working with no Data: Semitic and Egyptian Studies presented to Thomas O. Lambdin.
  • Hayyim, Z. B. (1954). Studies in the Traditions of the Hebrew Language.
  • Janssens, Gerard (1982). Studies in Hebrew historical linguistics based on Origen's Secunda. Orientalia Gandensia. 9. Uitgeverij Peeters. ISBN 978-2-8017-0189-8.
  • Malone, Joseph L. (1993). Tiberian Hebrew phonology. Winona Lake, IN: Eisenbrauns.
  • Sáenz-Badillos, Angel (1993). A History of the Hebrew Language. Cambridge University Press. ISBN 0-521-55634-1.
  • Steiner, Richard C. (1997), "Ancient Hebrew", dalam Hetzron, Robert (penyunting), The Semitic Languages, Routledge, m/s. 145–173, ISBN 0-415-05767-1
  • Yeivin, Israel (1980). Introduction to the Tiberian Masorah. Scholars Press. ISBN 0-89130-373-1.