Pulasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulasan
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Keluarga: Sapindaceae
Genus: Nephelium
Spesies:
N. ramboutan-ake
Nama binomial
Nephelium ramboutan-ake
(Labill.) Leenh.
Sinonim
  • Litchi ramboutan-ake Labill.
  • Nephelium mutabile Blume
Buah
Tiga buah pulasan, salah satunya telah dibuka untuk menampakkan isinya yang boleh dimakan.
Pokok pulasan dengan buah yang telah masak di Kerala


Pulasan[1] atau nama saintifiknya Nephelium mutabile ialah sejenis buah tropika yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan. Tetapi biji buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding buah rambutan. Buah ini dikenali sebagai maritam di Brunei dan Kalimantan, dan bulala di Filipina.

Ciri-ciri botani/morfologi[sunting | sunting sumber]

Buah pulasan diseliputi bulu yang lebih keras berbanding rambutan. Buah pulasan dimakan begitu sahaja, ia sesedap rambutan dan laici, tetapi amat jarang dijumpai di luar Asia Tenggara.

Pokok Pulasan[sunting | sunting sumber]

Pokok pulasan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Ia mencapai ketinggian 10-15 ; mempunyai batang yang halus, 30-40 cm; dan dahan yang berbulu keperangan semasa muda. Mempunyai daun berselang, pinnate atau pinnate-ganjil, sepanjang 17-45 cm, mempunyai 2 hingga 5 pasang daun kecil bersetentangan atau hampir bersetentangan, bujur atau menirus (oblong-or elliptic-lanceolate), sepanjang 6.25-17.5 cm dan sehingga 5 cm lebar; agak beralun, hijau gelap dan hampir tidak berkilat pada permukaan atas; pucat, agak kebiruan, dengan bulu halus pendek jarang di bahagian bawah. Pokok Pulasan juga mempunyai bunga yang agak kecil, tanpa kelopak dengan 4-5 sepal berambut, secara tunggal atau bergugus pada hujung dahan utama atau dahan kecil, dipenuhi bulu halus kuning atau keperangan.


Spesies berkait

Sapindaceae[sunting | sunting sumber]

  • Dimocarpus longan Longan
  • Litchi chinensis Laici
  • Meliococcus bijigatus Longan Fiji, Mamoncillo
  • Nephelium lappaceum Rambutan
  • Nephelium xerospermoides Rambutan Gondol
  • Paullinia cupana Guarana

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • classic volume oleh Julia Morton, "Fruits of Warm Climates".


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nephelium ramboutan-ake". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 10 June 2020.