Puncak Lenin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puncak Lenin
Puncak Ibnu Sina
Puncak Lenin dari Sary Mogol
Titik tertinggi
Ketinggian7,134 meter (23,406 ka) [1]
Tonjolan2,853 meter (9,360 ka) [1]
Pengasingan85.9 kilometer (53.4 bt)
SenaraiUltra
Koordinat39°20′33″N 72°52′39″E / 39.34250°N 72.87750°E / 39.34250; 72.87750Koordinat: 39°20′33″N 72°52′39″E / 39.34250°N 72.87750°E / 39.34250; 72.87750[1]
Geografi
LokasiSempadan KyrgyzstanTajikistan
Induk banjaranBanjaran Trans-Alay (Pamir)
Pendakian
Pendakian pertama1928 oleh Karl Wien, Eugen Allwein dan Erwin Schneider
Laluan paling mudahPendakian batu, salji atau ais

Puncak Lenin (Kyrgyz: Ленин Чокусу, Lenin Çoqusu, لەنىن چوقۇسۇ; Tajik: қуллаи Ленин, qulla‘i Lenin/qullaji Lenin; Rusia: Пик Ленина, Pik Lenina) merupakan sebuah puncak dengan ketinggian 7,134 meter di kawasan Gorno-Badakhshan di sempadan Kyrgyzstan-Tajikistan dan merupakan puncak kedua tertinggi di kedua-dua negara.

Puncak ini merupakan puncak 7,000 meter paling banyak didaki di dunia dengan ratusan orang pendaki menuju ke puncak ini oleh kerana sifat gunung yang kurang teknikal dan mudah didaki.[2]

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Puncak tersebut mula ditemui pada 1871 dan dinamakan sebagai Puncak Kaufman sempena gabenor pertama Turkestan, Konstantin Kaufman. Puncak ini dinamakan sebagai Puncak Lenin sempena pemimpin Kesatuan Soviet, Vladimir Lenin pada 1928.

Puncak ini dinamakan semula di Tajikistan secara rasmi sebagai Puncak Ibnu Sina (Tajik: қуллаи Абӯалӣ ибни Сино, qulla‘i Abûalî ibni Sino) sejak Julai 2006.[3]

Di Kyrgyzstan pula, puncak ini masih secara rasminya dinamakan sebagai Puncak Lenin. Meskipun begitu, terdapat cadangan untuk penamaan semula oleh Presiden Kyrgyzstan, Almazbek Atambayev kepada "Puncak Manas" daripada Epik Manas pada Oktober 2017;[4] terdapat sebuah puncak yang telah dinamakan sebagai Puncak Manas iaitu sebuah gunung berketinggian 4,488 meter di banjaran Talas Alatau dalam wilayah Talas.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekeping setem Tajikistan yang memaparkan Puncak Lenin (ditulis sebagai Puncak Ibnu Sina dalam setem).

Pendakian pertama di kawasan ini dikatakan merupakan perjalanan seorang hamba Rusia, Filipp Efremov dari Bukhara tanpa sengaja dan merupakan orang Eropah pertama yang mendaki Pergunungan Alai.[6][7]

Pada September 1928, dua orang pendaki Jerman, Eugen Allwein dan Karl Wien serta seorang pendaki Austria, Erwin Schneider menjalankan ekspedisi untuk menuju ke puncak gunung itu. Pendakian mereka bermula pada 25 September dan tiba di puncak pada 3:30 petang pada hari tersebut.

Sehingga 1933, puncak ini dikatakan sebagai puncak tertinggi di pergunungan Pamir sehingga pendakian dibuat di Puncak Ismail Samani dan mendapati bahawa gunung itu berketinggian 300 meter lebih dari anggapan asal.

Pada 1974, sekumpulan lapan orang pendaki gunung wanita maut akibat ribut di gunung tersebut.[8] Kemudian, 43 orang pendaki maut pada 13 Julai 1990 akibat runtuhan salji daripada sebuah gempa bumi di gunung tersebut.[9]

Laluan pendakian[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, terdapat 16 laluan ke puncak, di mana sembilan laluan berada di cerun selatan dan yang lain di cerun utara. Misalnya, laluan dari utara menerusi Puncak Razdelnaya merupakan salah satu daripada laluan klasik ke puncak dan tidak memerlukan kebolehan khusus dalam pendakian.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Peaklist.org listed here as Pik Achiktash (ex. Lenina) retrieved 21-09-2011
  2. ^ "Lenin Peak on summitpost.org". Dicapai pada 21 September 2011.
  3. ^ Government Resolution No. 297, July 4, 2006, Dushanbe Diarkibkan 29 November 2007 di Wayback Machine (Tajik); untuk teks bahasa Rusia: lihat ini. Diarkibkan 2007-03-12 di Wayback Machine.
  4. ^ "Зачем Атамбаев придумал Дни истории и памяти предков" (dalam bahasa Rusia). Kaktus Media. 2017-10-27. Dicapai pada 2017-11-05.
  5. ^ "Manas Peak". GoKG. Dicapai pada 2017-11-05.
  6. ^ F.S. Efremov. "Девятилетнее странствование и приключения в Бухарии, Хиве, Персии и Индии и возвращение оттуда через Англию в Россию" (dalam bahasa Rusia) St. Petersburg 1786
  7. ^ Ефремов (филипп Сергеев)
  8. ^ "The 1974 Russian womens' tragedy on Peak Lenin". Dicapai pada 19 Julai 2013.
  9. ^ Clines, Francis X. (18 Julai 1990). "Avalanche Kills 40 Climbers in Soviet Central Asia". The New York Times. Dicapai pada 2010-03-14.
  10. ^ "Пик Ленина. Восхождение на Пик Ленина" (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 18 November 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]