Punjab (India)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Punjab

ਪੰਜਾਬ

—  state  —
Chandigarh
Lokasi Punjab di India
Koordinat
Negara  India
Daerah 20
Tarikh ditubuhkan 1 November 1956
Ibu negeri Chandigarh
Bandar terbesar Ludhiana
President Aaron C Simon
Ketua Menteri Parkash Singh Badal
Perundangan (kerusi) Kerajaan Punjab tunggal (117 Punjab MLAs)
Penduduk

Kepadatan

24,289,296 (15)

482/km2 (1,248/sq mi)

Bahasa rasmi Bahasa Panjabi
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 50362 km2 (19445 sq mi)
ISO 3166-2 IN-PB
Mohor Punjab

Punjab Mengenai audio inisebutan  (Bahasa Panjabi: ਪੰਜਾਬ, IPA: [pəɲdʒaːb]) (Juga dieja Panjab) ialah sebuah negeri di bahagian barat laut India. Negeri India ini bersempadan dengan wilayah Punjab Pakistan di barat, Jammu dan Kashmir di utara, Himachal Pradesh di timur laut, Haryana di selatan dan tenggara, Chandigarh di tenggara dan Rajasthan di barat daya. Jumlah keluasan negeri ini ialah 50,362 km persegi (19,445 batu persegi) dan bilangan penduduknya 24,289,296 orang (2000). Ibu negeri Punjab ialah Chandigarh yang ditadbir secara berasingan sebagai Wilayah Kesatuan kerana juga dijadikan ibu negeri Haryana yang berhampiran. Bandaraya-bandaraya lain di Punjab termasuk Ludhiana, Amritsar, Jalandhar dan Patiala.

Dalam sejarah, Punjab India membentuk sebahagian rantau Punjab lebih besar yang merangkumi beberapa bahagian Afghanistan, wilayah Punjab dan Wilayah Sempadan Barat Laut di Pakistan, negeri-negeri Haryana dan Himachal Pradesh di India, bahagian-bahagian tertentu di Jammu dan Kashmir dan Delhi dan Wilayah Kesatuan Chandigarh, dan barat daya China. Punjab India dipecahkan menjadi tiga pada tahun 1966 lalu mewujudkan negeri Haryana dan Himachal Pradesh.

Nama "Punjab" ialah gabungan perkataan bahasa Parsi iaitu panj (پنج, "lima") dan āb (آب, "air"), maka memberi erti harfiahnya Tanah Lima Sungai. Lima batang sungai yang menyumbang kepada nama Punjab ialah Sungai Jhelum, Sungai Chenab, Sungai Ravi, Sungai Beas dan Sungai Sutlej - kesemuanya cawangan Sungai Indus.

Pertanian merupakan industri terbesar di Punjab. Industri-industri utama yang lain termasuk pembuatan peralatan saintifik, barangan elektrik, perkhidmatan kewangan, perkakas mesin, tekstil, mesin jahit, peralatan sukan, kanji, pelancongan, baja, basikal, pakaian, dan pemprosesan minyak pain dan gula. Punjab dikatakan menikmati prasarana terbaik di India [1], termasuklah hubungan penangkutan jalan raya, gerabak, udara dan sungai yang bersambungan di seluruh rantau. Punjab juga melihatkan kadar kemiskinan terendah di India pada 6.16% (perangkaan 1999-2000), dan telah memenangi anugerah prestasi negeri terbaik[2], berdasarkan data statistik yang disusun oleh Kerajaan India.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-18. Dicapai pada 2007-10-07.
  2. ^ http://www.hindustantimes.com/StoryPage/StoryPage.aspx?id=765c7761-40d4-4355-8198-68a607038e35&&Headline=Punjab+is+the+'best'+state!

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]