Pusat Kewangan Ping An

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Kewangan Ping An
平安金融中心
Pusat Kewangan Ping An
Maklumat
Lokasi Shenzhen, China
Status Siap dibina
Tempoh pembinaan 2010 – 2017
Kegunaan Pejabat
Dibuka Mac 2017
Musnah
Ketinggian
Antena/Puncak 599.1 m (1,965.6 ka)[1]
Bumbung 599.1 m (1,965.6 ka)
Tingkat atas 562.1 m (1,844.2 ka)
Maklumat teknikal
Bilangan tingkat 115
Keluasan tingkat 459,187 m2 (4,942,600 ka2)
Bilangan lif 80
Kos
Syarikat-syarikat
Arkitek Amerika Syarikat Kohn Pedersen Fox Associates
Jurutera Thornton Tomasetti
Kontraktor Republik Rakyat China China Construction First Building Group
Pemaju Ping An Life Insurance Company of China
Pemilik

Pusat Kewangan Ping An (juga dikenali sebagai Ping An FC) (Bahasa Cina: 平安 金融 中心) adalah pencakar langit teramat tinggi yang mempunyai 115 tingkat di Shenzhen, wilayah Guangdong, China. Bangunan ini telah dirancang oleh Ping An Insurance dan direka oleh firma arkitek Amerika Syarikat, Kohn Pedersen Fox Associates. Ia dibina pada 2010 dan siap dibina pada 2016, sekali gus menjadi bangunan ke-4 tertinggi di dunia selepas Menara Abraj Al Bait di Makkah, Menara Shanghai di Shanghai dan Burj Khalifa di Dubai. Ia juga merupakan bangunan kedua tertinggi di China.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Bangunan ini terletak di Daerah Pusat Perniagaan di Shenzhen. Tanah seluasan 18.931 meter persegi telah dibeli oleh Kumpulan Ping An melalui lelongan pada harga 1,6568 bilion RMB pada 6 November, 2007. Batu asasnya telah dibentangkan pada 29 Ogos 2009 dan pembinaan bermula pada bulan November tahun yang sama.

Pada 15 Mac 2013, proses pembinaan itu dihentikan buat sementara waktu, kerana konkrit yang digunakan disyaki dibuat daripada pasir laut yang tidak diproses, yang boleh menghakis struktur keluli. Pembinaan bangunan disambung semula selepas ujian sampel.

Pada pagi 15 Julai 2014, apabila kolum keluli sepanjang 10 meter diletakkan pada tempatnya, pencakar langit ini mencapai ketinggian 443.8 meter, mengalahkan menara KK100 untuk menjadi bangunan tertinggi di Shenzhen.

Bangunan ini siap pada 30 April 2015 dan menjadi pencakar langit kedua tertinggi di China pada ketinggian 600 meter. Rancangan asal adalah untuk menambah antena 60 meter di atas bangunan untuk mengatasi Menara Shanghai dan menjadi bangunan tertinggi di China. Walau bagaimanapun, pada bulan Februari 2015, ia telah diputuskan bahawa antena tidak akan dipasang di atas menara kerana kemungkinan bahawa ia mungkin menghalang laluan penerbangan.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Apabila siap, bangunan itu akan mengandungi pejabat, hotel dan ruang runcit serta menampilkan pusat persidangan dan pusat membeli-belah mewah. Dua tingkat paling atas akan menampilkan dek pemerhatian. Seperti namanya, ia juga akan menjadi ibu pejabat Ping An Insurance. Bangunan ini akan mempunyai jumlah keluasan tanah seluas 378.600 meter persegi serta ruang bawah tanah 90,000 meter persegi.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Petronas Twin Towers Official Website - General Statistics". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2010-01-15.