6 November
Penubuhan Boyband SUPER JUNIOR Dari Korea Selatan 06 November 2005
<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | ||
2023 |
6 November merupakan hari ke-310 (hari ke-311 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 55 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Perlembagaan di Republik Dominika (1844) dan Tajikistan (1994);
- Hari Gustav II Adolf di Sweden;
- Hari Bendera di Finland.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]

- 1776 - Raja Lumu iaitu Raja Selangor telah ditabalkan dan digelar oleh Sultan Perak sebagai Sultan Salahuddin Shah iaitu Yang di-Pertuan Negeri Selangor.
- 1860 - Abraham Lincoln (gambar) menjadi calon Republikan pertama memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
- 1917 - Perang Dunia Pertama: Angkatan Kanada menawan Passendale, Belgium, selepas tiga bulan bertempur dengan Jerman dalam Pertempuran Ketiga Ypres.
- 1935 - Di New York, Edwin Howard Armstrong membentangkan kajiannya mengenai modulasi frekuensi (FM) untuk kegunaan radio kepada Institut Jurutera Radio.
- 1935 - Hawker Hurricane, pesawat yang bertanggungjawab terhadap 60% kemenangan udara Tentera Udara Diraja British dalam Pertempuran Britain, menjalani penerbangan sulungnya.
- 1962 - Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 1761, yang mengecam polisi aparteid Afrika Selatan.
- 1963 - Duong Van Minh secara rasmi mengambil alih kerajaan Vietnam Selatan beberapa hari selepas pembunuhan Presiden Ngo Dinh Diem.
- 1975 - Penunjuk perasaan di Maghribi memulakan Perarakan Hijau ke Sahara Sepanyol, menyeru "pengembalian Sahara Maghribi."
- 1999 - Rakyat Australia mengundi untuk mengekalkan raja sebagai ketua negara dalam pungutan suara republik Australia.
- 2005 - Penubuhan band terkenal SUPER JUNIOR dari Korea Selatan.
- 2008 - Raja termuda di dunia ketika ini, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck ditabalkan sebagai Raja Naga Bhutan kelima.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1944 - Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali, seorang Menteri Besar Perak ke-9
- 1983 - Mai Selim, penyanyi dan pelakon wanita Jordan
- 1990 - Jeihan Angga, seorang pengarah filem lelaki Indonesia
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1959 - Jose P. Laurel, Presiden Filipina ke-3