Raja Jaafar bin Raja Aris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari R. Jaafar)
Jump to navigation Jump to search
"R. Jaafar" dilencongkan di sini.
R. Jaafar
Kelahiran Raja Jaafar bin Raja Aris
1932 [1]
Batu Pahat, Johor
Meninggal dunia 14 Mei 1995
Hospital Universiti, Petaling Jaya
Sebab kematian Serangan jantung dan penyakit paru-paru berair
Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur
Kediaman Flet Seri Selangor
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelawak, Pelakon
Pasangan Aishah Abdullah

Allahyarham Raja Jaafar bin Raja Aris atau lebih dikenali sebagi R. Jaafar merupakan seorang pelawak yang terkenal era 1970-an dan 80-an. Raja Jaafar berasal dari Batu Pahat, Johor memulakan karier seninya sebagai pelakon bangsawan sebelum dikenali ramai memenangi Pertandingan Bakat TV 1975 anjuran RTM bersama rakan baiknya, A. R. Badul[2] di Ipoh, Perak.

Sebelum berkecimpung dalam bidang seni, beliau berpengalaman menyertai Pasukan Polis Hutan (PPH), malah pernah ditugaskan di Balai Polis Campbell (kini Balai Polis Dang Wangi) dan Balai Polis Simpang Lelong, Georgetown, selain mengikuti operasi di sempadan Malaysia - Thailand di Kedah.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kemudian Allahyarham menyertai beberapa kumpulan bangsawan termasuk Dian Bangsawan, Sentosa Opera dan Bintang Timur, yang kemudian membuka laluannya dalam bidang lakonan televisyen dan filem.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Sepanjang terbabit dalam bidang lakonan, Allahyarham pernah muncul menerusi lebih 10 filem antaranya :

  1. Jangan Tinggal Daku
  2. Aku Yang Berhormat
  3. Selendang Merah
  4. Abu Nawas
  5. Keranda Jingga
  6. Panglima Badul
  7. Penyu
  8. Kekasih Awal Dan Akhir
  9. Si Luncai
  10. Gila Gila
  11. Superstar
  12. Perempuan, Isteri & ...
  13. Alahh... Dah Jodoh.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

R. Jaafar meninggal dunia di Hospital Universiti, Petaling Jaya pada 5 pagi 14 Mei 1995 akibat serangan jantung dan penyakit paru-paru berair. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan isterinya, Aishah Abdullah, selepas hampir seminggu dimasukkan ke hospital berkenaan akibat demam dan batuk yang berpanjangan kira-kira dua bulan sebelum kematiannya.[3][4][5]

Jenazah R Jaafar kemudian dibawa pulang ke Surau Flet Seri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [R. Jaafar meninggal.
  2. ^ Pengalaman kahwin tujuh kali
  3. ^ "R. Jaafar meninggal dunia, Berita Harian, 14 Mei 1995.
  4. ^ "Pelakon R. Jaafar meninggal", Utusan Malaysia, 14 Mei 1995.
  5. ^ "Veteran actor R. Jaafar dies", New Straits Times, 14 May 1995.
  6. ^ "Jenazah pelakon R. Jaafar selamat dikebumikan", Berita Harian, 15 Mei 1995.
  7. ^ "R. Jaafar laid to rest", New Straits Times, 15 May 1995.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]