Raja Jaafar bin Raja Aris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
R. Jaafar
Kelahiran
Raja Jaafar bin Raja Aris

1932 [1]
Meninggal dunia14 September 1996(1996-09-14) (umur 63–64)
Sebab kematianSerangan jantung dan penyakit paru-paru berair
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelawak, Pelakon
PasanganAishah Abdullah

Allahyarham Raja Jaafar bin Raja Aris atau lebih dikenali sebagi R. Jaafar merupakan seorang pelawak yang terkenal era 1970-an dan 80-an. Raja Jaafar berasal dari Batu Pahat, Johor memulakan karier seninya sebagai pelakon bangsawan sebelum dikenali ramai memenangi Pertandingan Bakat TV 1975 anjuran RTM bersama rakan baiknya, A. R. Badul[2] di Ipoh, Perak.

Sebelum berkecimpung dalam bidang seni, beliau berpengalaman menyertai Pasukan Polis Hutan (PPH), malah pernah ditugaskan di Balai Polis Campbell (kini Balai Polis Dang Wangi) dan Balai Polis Simpang Lelong, Georgetown, selain mengikuti operasi di sempadan Malaysia - Thailand di Kedah.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kemudian Allahyarham menyertai beberapa kumpulan bangsawan termasuk Dian Bangsawan, Sentosa Opera dan Bintang Timur, yang kemudian membuka laluannya dalam bidang lakonan televisyen dan filem.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Sepanjang terbabit dalam bidang lakonan, Allahyarham pernah muncul menerusi lebih 10 filem antaranya :

  1. Jangan Tinggal Daku
  2. Aku Yang Berhormat
  3. Selendang Merah
  4. Abu Nawas
  5. Keranda Jingga
  6. Panglima Badul
  7. Penyu
  8. Kekasih Awal Dan Akhir
  9. Si Luncai
  10. Gila Gila
  11. Superstar
  12. Perempuan, Isteri & ...
  13. Alahh... Dah Jodoh.
  14. Si Badul
  15. Bujang Selamat

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

R. Jaafar meninggal dunia di Hospital Universiti, Petaling Jaya pada 14 September 1996 akibat serangan jantung dan penyakit paru-paru berair. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan isterinya, Aishah Abdullah, selepas hampir seminggu dimasukkan ke hospital berkenaan akibat demam dan batuk yang berpanjangan kira-kira dua bulan sebelum kematiannya.[3][4][5]

Jenazah R Jaafar kemudian dibawa pulang ke Surau Flet Seri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [R. Jaafar meninggal.
  2. ^ Pengalaman kahwin tujuh kali
  3. ^ "R. Jaafar meninggal dunia, Berita Harian, 14 September 1996.
  4. ^ "Pelakon R. Jaafar meninggal", Utusan Malaysia, 14 September 1996.
  5. ^ "Veteran actor R. Jaafar dies", New Straits Times, 14 September 1996.
  6. ^ "Jenazah pelakon R. Jaafar selamat dikebumikan", Berita Harian, 15 September 1996.
  7. ^ "R. Jaafar laid to rest", New Straits Times, 15 September 1996.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]