Rafiena Ezanee Ramli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rafiena Ezanee
Kelahiran
Rafiena Ezanee binti Ramli

(1982-11-27) 27 November 1982 (umur 41)
Nama lainDre
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit, usahawan
Tahun aktif1999-kini
PasanganMazlan Abd Hamid (bercerai)
Anak-anak2

Yang Hormat Dato' Rafiena Ezanee binti Ramli (lahir 27 November 1982) merupakan seorang pelakon, penerbit, dan usahawanita Malaysia. Beliau juga merupakan penerbit Darkwave Pictures Sdn Bhd, usahawan dan pengasas kepada produk koleksi spa dan wangian, House Of Dre. Beliau mula terlibat dalam dunia penerbitan sejak 2008.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Rafiena Ezanee telah bersekolah di Sekolah Rendah Laka Temin, Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam Selangor. Kemudian, Selepas memperoleh keputusan SPM beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang seni persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Selepas itu, beliau meninggalkan pengajiannya yang baru memasuki semester satu itu kerana beliau memperoleh tawaran untuk menjadi pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS) dan pada masa yang sama beliau telah menceburi bidang lakonan, ketika itu beliau hanya berlakon dengan produksi terbitan Skop Productions milik Yusof Haslam. Oleh kerana masih terikat dengan syarikat penerbangan beliau hanya berlakon dalam beberapa buah drama. Beliau berhenti kerja sebagai pramugari ketika beliau berusia 22 tahun.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penglibatan beliau dalam dunia penerbitan bermula sejak beliau menanam azam untuk memiliki syarikat produksi sendiri selepas berhenti kerja sebagai pramugari. Beliau menimba ilmu sebanyak yang mungkin dalam bidang penerbitan  dan kerja-kerja menghasilkan produksi drama. Beliau juga belajar selok belok untuk menjadi penerbit daripada Datuk Yusof Haslam.

Beliau telah memulakan syarikat produksi, iaitu Darkwave Pictures Sdn Bhd pada tahun 2008, dan terdapat empat anak syarikat bernaung di bawahnya. Antara drama yang diterbitkan oleh Syarikatnya pada peringkat permulaan adalah Hijrah Catrina, Dendam Seorang Isteri, Di Garisan Takdir, dan ®®Lepaskan Aku Pergi sebelum M.A.I.D, Jodoh Sebelah Pintu, Racun Menantu, Kubur Berdarah, Tanggang Ayu, Sesal Separuh Nyawa dan Assalamualaikum Cinta.

House Of Dre[sunting | sunting sumber]

Dre merupakan singkatan bagi nama beliau sendiri iaitu Dato’ Rafiena Ezanee. Bergelar ibu tunggal kepada dua permata hati beliau iaitu Catherina Batrisya dan Christina Zaraa pada usianya yang muda tidak menghalang impian beliau untuk mempunyai rangkaian produk spa dan wangian ini yang melibatkan hal penjagaan diri dan kecantikkan. Beliau amat mengemari wangian, jadi House Of Dre adalah laluan baginya untuk memiliki wangian sendiri. Antara ciri penting minyak wangi Dre Charisma Luxury adalah mampu mewujudkan keyakinan dalam diri pemakai.

Antara Koleksi Spa yang dikeluarkan oleh House Of Dre ialah :

  • Shower Gel
  • Body Lotion
  • Shampoo
  • Conditioner

Wangian yang dikeluarkan oleh House Of Dre ialah :

  • Charisma Luxury
  • Charisma Luxury Limited

Dre Collegen yang dikeluarkan oleh House Of Dre terdiri daripada :

  • Bentuk serbuk
  • Tablet

Dre telah menjadi salah satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia , Singapura dan Brunei . Beliau yakin koleksi Spa dan wangian House of Dre ini akan menjadi produk kegemaran dan terkenal di Malaysia , Singapura dan Brunei serta negara-negara jiran yang lain.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Nota
2014 Perempuan Dalam Pasungan Fariena Astro Prima Sebagai pelakon dan penerbit.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (2012)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]