Raja Hamidah Raja Saat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Hamidah Raja Saat
Kelahiran(1932-12-09)9 Disember 1932
Meninggal dunia12 September 2012(2012-09-12) (umur 79)
Sebab kematianPenyakit barah payudara
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Kelang
Nama lainMak Keydah
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1948–1988
Terkenal keranaKampung Sentosa
PasanganSalleh Ghani (k. 1955; m. 1986)
Anak-anak12 (termasuk Adam Salleh)

Raja Hamidah Raja Saat (9 Disember 1932 – 12 September 2012) merupakan salah seorang seniwati veteran filem Melayu klasik. Allahyarham yang juga isteri kepada pengarah filem legenda, Allahyarham Salleh Ghani

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Raja Hamidah Raja Saat berasal dari Johor Bharu, Johor itu mula menceburi bidang lakonan seawal usia 18 tahun iaitu pada 1948 apabila dia terpilih untuk membintangi filem Kampung Sentosa arahan B Reaves E Elliot, terbitan Sound Master of New York Ins. Ketika uji bakat diadakan Raja Hamidah membantu kakaknya Allahyarham Raja Zainab di pejabat UMNO Jalan Laut, Johor. Filem Kampung Sentosa menjalani penggambaran di Serangoon Kecil, Singapura.[1]

Selepas lakonannya dalam filem pertamanya, Raja Hamidah mula bekerja di Shaw Brothers dengan gaji bulanan sebanyak RM150, mula menyemai bakat lakonannya dalam filem-filem terbitan Shaw Brothers arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee seperti Sumpah Orang Minyak dan Musang Berjanggut.

Dalam filem yang amat popular itu, dia berlakon sebagai anak gadis Udo Omar, salah seorang pembesar negeri yang mahu menjodohkan anak mereka dengan P. Ramlee.

Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pengarah Salleh Ghani pada 1955. Bagaimanapun di kala anak-anak semakin menuju usia dewasa, Salleh terlebih dulu meninggalkan keluarga besar mereka pada 28 Ogos 1986.

Pada awalnya, Raja Hamidah jarang diundang berlakon oleh Allahyarham suaminya. Hanya selepas lama berkahwin, barulah Salleh Ghani mengambilnya berlakon dalam filem arahannya seperti filem Jalak Lenteng, Ibu Ayam dan Anak Manja.

Mereka sekeluarga kemudian menetap di Kuala Lumpur, di mana beliau berlakon sebagai pelakon pembantu dan berwatak antaranya dalam filem Ribut Barat dan Pertentangan di bawah arahan suaminya Salleh .

Selain berlakon, Raja Hamidah turut meminati bidang nyanyian sejak kecil dan boleh memetik gitar dan pernah menyanyi bersama Allahyarham Wak Jasni (suami seniwati Neng Yatimah) serta menganggotai kumpulan Seni Wanita. Selain berlakon, dia adalah penari dan penyanyi latar di Shaw Brothers. Dia turut berlakon sebagai watak Mak Lenggang dalam drama Tragedi Sri Mersing.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Allahyarham Raja Hamidah meninggal pada 12 September 2012 tepat jam 7.05 malam pada usia 79 tahun akibat penyakit barah payudara. Allahyarham yang juga isteri kepada pengarah filem legenda, Allahyarham Salleh Ghani menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Klang Gate, Hulu Klang, Selangor.

Pelakon watak Mak Lenggang dalam drama Tragedi Sri Mersing ini, meninggalkan 12 anak termasuklah Pengarang Rencana Metro Ahad, Adam Salleh, Normala, Zulkifli, Norasyikin, Lukmarul Hakim, Norshidah, Mohd Nor, Mariam, Mohd Effendi, Ahmad, Abdullah, dan Taib. Beliau juga meninggalkan 24 orang cucu.

Jenazah Allahyarham Raja Hamidah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Kelang. [2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Belasungkawa: Perginya sebutir bintang.
  2. ^ "Belasungkawa: Perginya sebutir bintang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-24. Dicapai pada 2014-02-07.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]