Ralf Schumacher

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ralf Schumacher
Ralf Schumacher di Hockenheimring pada tahun 2008
Lahir (1975-06-30) 30 Jun 1975 (umur 48)
Hürth, North Rhine-Westphalia, Jerman Barat
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanJerman Jerman
Tahun aktif19972007
TeamsJordan, Williams, Toyota
Entri182 (180 permulaan)
Kejuaraan0
Kemenangan6
Podium27
Mata kerjaya329
Petak pertama6
Pusingan terpantas8
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 1997
Kemenangan pertamaGrand Prix San Marino 2001
Kemenangan terakhirGrand Prix Perancis 2003
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2007

Ralf Schumacher (lahir 30 Jun 1975) ialah seorang bekas pemandu kereta lumba dari Jerman, dan merupakan adik kepada Juara Dunia Formula Satu sebanyak tujuh kali, Michael Schumacher.[1] Kerjayanya dalam Formula Satu merangkumi 11 musim, dari tahun 1997 hingga 2007, di mana beliau memulakan 180 perlumbaan dan mendapat 27 keputusan podium, dan bersara daripada perlumbaan Grand Prix selepas gagal untuk mencari pasukan untuk berlumba pada tahun 2008. Beliau kemudiannya berlumba dalam siri Deutsche Tourenwagen Masters, dan bersaing dalam lima musim bersama Mercedes sebelum mengumumkan persaraanya dari sukan permotoran sebelum musim 2013 bermula.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Schumacher dilahirkan di Hürth, North Rhine-Westphalia.[2] Beliau mula berlumba dari umur tiga tahun di sebuah litar go-kart kepunyaan ibu-bapanya di bandar Kerpen. Selepas menjadi naib-juara dalam siri kart nasional, Schumacher bertanding dalam kejuaraan German Formula Three pada tahun 1995. Menamatkan musim sebagai naib-juara dalam siri ini bukanlah kejayaan terbesarnya, tetapi beliau juga memenangi perlumbaan jalan di Macau, iaitu sebuah pencapaian yang juga dicapai oleh abangnya Michael. Dalam perlumbaan ini, beliau mengalahkan Jarno Trulli, Pedro de la Rosa dan Norberto Fontana, iaitu pemandu yang memenangi kejuaraan German Formula 3 tahun tersebut.

Schumacher kemudiannya pergi ke Jepun untuk bertanding dalam kejuaraan Formula Nippon pada tahun 1996, di mana beliau menang, dan kemudiannya mendapat sebuah kerusi perlumbaan dalam Formula Satu bersama Jordan pada tahun berikutnya.

Kerjaya Formula Satu[sunting | sunting sumber]

Jordan (1997–1998)[sunting | sunting sumber]

Ralf Schumacher membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu pada tahun 1997 bersama pasukan Jordan. Pada perlumbaan pertama, Ralf mendapat tempat ke-12 pada pusingan kelayakan. Beliau naik beberapa tempat dalam perlumbaan dan berada di tempat ke-8 sebelum bersara setelah mengalami masalah kotak gear selepas hanya dua pusingan. Schumacher mendapat podium pada perlumbaan ketiganya, di Argentina. Walau bagaimanapun, Schumacher bersara dalam 10 perlumbaan yang diadakan pada musim ini dan menamatkan musim di belakang rakan sepasukan, Giancarlo Fisichella.[3] Schumacher juga berlanggar dengan Fisichella di Grand Prix Argentina ketika mereka bersaing untuk mendapatkan tempat ke-2. Mereka juga bertembung di Grand Prix Luxembourg. Schumacher mendapat tempat ke-11 dalam kedudukan kejuaraan pemandu dengan 13 mata, di belakang Fisichella.

Pada musim berikutnya, Jordan menggunakan enjin Honda dan terbukti mampu memenangi perlumbaan apabila Schumacher menamatkan perlumbaan di belakang rakan sepasukan, Damon Hill, di tempat kedua dalam keadaan hujan di Grand Prix Belgium. Schumacher dilaporkan tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan untuk memintas Hill pada saat-saat akhir atas arahan pasukan. Beliau mendapat tempat ke-3 pada perlumbaan seterusnya di Grand Prix Itali. Beliau memulakan 11 perlumbaan di hadapan Hill, tetapi Hill mendapat lebih banyak mata dalam kejuaraan tersebut. Ralf mendapat tempat ke-10 dalam kedudukan keseluruhan.

Williams (1999–2004)[sunting | sunting sumber]

1999[sunting | sunting sumber]

Schumacher memandu untuk Williams di Grand Prix Kanada 1999.

Selepas mengetahui bahawa sebuah perjanjian telah dilakukan dengan BMW pada tahun 1999, beliau menyertai pasukan Williams dan mendapat tiga keputusan podium dan menamatkan musim di tempat ke-6 dalam Kejuaraan Pemandu Dunia dengan enjin menggunakan enjin Supertec yang ketinggalan zaman. Schumacher berpeluang untuk memenangi perlumbaan pertamanya di GP Eropah, namun telah mengalami tayar pancit. Di paddock, Schumacher dianggap sebagai seorang bintang pada masa hadapan yang akan datang kerana beraksi dengan cemerlang di dalam sebuah kereta Williams yang kurang berdaya saing. Walau bagaimanapun, Heinz-Harald Frentzen menggantikan Schumacher di Jordan, dengan memenangi dua perlumbaan dan mendapat empat podium pada tahun itu.

2000[sunting | sunting sumber]

Ramai yang mengatakan prestasi Schumacher pada musim 2000 amat mengecewakan. Dengan menggunakan enjin BMW baru yang lebih berkuasa, beliau diharap untuk menang, tetapi hanya mampu untuk menyamai rekod tiga keputusan podium pada tahun sebelumnya, walaupun merupakan pemandu senior dalam pasukan dan bersara sebanyak empat kali disebabkan oleh kegagalan mekanikal. Beliau memulakan 11 perlumbaan di hadapan Jenson Button dan menamatkan musim di tangga ke-5 dengan 24 mata.

2001[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2001, Ralf muncul sebagai bintang masa hadapan dengan memenangi tiga perlumbaan Grand Prix, di Imola, Montreal dan Hockenheim. Grand Prix San Marino adalah kemenangan pertama untuk pasukan Williams sejak tahun 1997. Ralf dan abangnya, Michael, menjadi adik-beradik yang pertama untuk mendapat keputusan 1-2 dalam sejarah Formula 1, apabila Ralf memenangi perlumbaan di Kanada. Ini juga merupakan kali pertama di mana Michael Schumacher dikalahkan oleh adiknya itu, yang mempunyai kereta lebih berkuasa untuk perlumbaan ini. Mereka berdua juga mendapat keputusan 1-2 dalam edisi 2003. Pada perlumbaan Grand Prix tuan rumahnya, Ralf menang mudah, dan berada 46 saat di hadapan Rubens Barrichello.

Ralf Schumacher menamatkan musim 2001 di tangga ke-4 dalam Kejuaraan Pemandu Dunia di hadapan rakan sepasukannya, Juan Pablo Montoya.

2002[sunting | sunting sumber]

Ralf Schumacher pada tahun 2002 ketika bersama Wiliams.

Pada tahun 2002, Williams berjuang untuk kedudukan podium selepas pasukan Ferrari dibukti amat sukar untuk dikalahkan pada musim ini. Namun begitu, Ralf berjaya memenangi kemenangan tunggal Williams pada musim ini di Grand Prix Malaysia, selepas bermula di tempat ke-4. Perlumbaan ini merupakan salah satu daripada 2 perlumbaan, daripada 17 perlumbaan yang bukan dimenangi oleh Ferrari pada tahun itu. Ralf mendapat 5 podium lagi termasuk mendapat tempat kedua di Grand Prix Brazil. Beliau sekali lagi menamatkan musim di tangga ke-4 dalam kejuaraan, kali ini di belakang rakan sepasukannya, Juan Pablo Montoya.

2003[sunting | sunting sumber]

Ralf Schumacher memandu untuk Williams-BMW F1 team pada tahun 2003.

Selepas memulakan musim dengan perlahan tetapi yakin, dan mendapat mata dalam setiap perlumbaan, Ralf hanya mendapat podium pertamanya pada musim ini pada perlumbaan kelapan di Montreal, di mana beliau mendapat tempat ke-2. Oleh itu, bagi kebanyakan perlumbaan di Eropah, beliau seolah-olah mempunyai peluang yang realistik untuk memenangi kejuaraan pemandu pertamanya selepas memenangi Grand Prix Eropah (di Nürburgring) dan Grand Prix Perancis. Walau bagaimanapun, prestasi dan nasibnya menyebabkan impian tersebut pudar di Grand Prix Itali di Monza. Pada enam perlumbaan terakhir musim ini, beliau hanya mampu mendapat mata dalam satu perlumbaan sahaja. Kemalangan semasa melakukan sebuah sesi ujian di Monza menamatkan harapannya untuk memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia. Schumacher menamatkan musim di tangga ke-5 dan dengan sumbangannya, di samping Juan Pablo Montoya, membantu pasukan Williams untuk mendapat tempat kedua dalam Kejuaraan Pengeluar pada tahun 2002 dan 2003, dan Williams hampir memenangi kedua-dua kejuaraan pada tahun 2003.

Kemalangan di Indianapolis[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Jun 2004, Schumacher cedera parah dalam sebuah kemalangan di Grand Prix Amerika Syarikat. Nyahpecutan tersebut telah diukur sebanyak 78 g (765 m/s²), dan merupakan salah satu kemalangan yang paling teruk dalam kesemua sejarah sukan permotoran, dan ia menyebabkan Ralf mengalami konkusi dan mengakibatkan dua keretakan kecil kepada tulang belakang beliau. Beliau dibawa ke hospital berhampiran dan menghabiskan masa hampir empat hari di sana dan beberapa bulan di rumah di atas katil. Ini menyebabkan beliau tidak dapat beraksi dalam beberapa perlumbaan pada musim ini. Beliau terbabas dengan cara yang hampir sama pada tahun 2005, dan ia mendedahkan masalah tayar yang akan membawa kepada skandal yang berlaku di Grand Prix Amerika Syarikat 2005.

Toyota (2005–2007)[sunting | sunting sumber]

Schumacher memandu untuk Toyota di Grand Prix Kanada 2005, di mana beliau mendapat tempat keenam.

Pada tahun 2005, Schumacher menyertai pasukan Toyota F1 selepas Williams menolak permintaan gajinya. Pada kemunculan sulungnya bersama Toyota, beliau dikalahkan oleh rakan sepasukan, Jarno Trulli. Bagaimanapun di Spa-Francorchamps, beliau beraksi dengan baik dan akhirnya menetapkan masa pusingan terpantas. Schumacher memperoleh podium pertamanya dengan Toyota F1 di Grand Prix Hungary, dengan mendapat tempat ketiga, kurang daripada satu saat di belakang abangnya. Pasukan Toyota membawa spesifikasi "B" bagi kereta TF105 mereka untuk tiga perlumbaan terakhir pada musim ini. Schumacher mendapat petak pertama di Jepun dalam keadaan hujan, yang menghalang ramai pemandu daripada menetapkan masa pusingan yang kompetitif. Beliau kemudiannya mendapat tempat ke-3 di Grand Prix China seminggu kemudian. Versi kereta yang diubahsuai ini membantu Schumacher untuk mendapat tempat keenam dalam Kejuaraan Pemandu, dua mata di hadapan Trulli, dan membantu Toyota mendapat keempat dalam kejuaraan pengeluar, 12 mata di belakang Ferrari.

Schumacher mendahului Jarno Trulli di Grand Prix Kanada 2006.

Schumacher kekal bersama Toyota pada tahun 2006, namun pasukan tersebut tidak dapat mengekalkan prestasi mereka dari tahun sebelumnya, dan hanya mampu mendapat kelapan di Malaysia. Pada perlumbaan ketiga musim ini di Australia, beliau mendapat tempat ketiga. Ini juga merupakan podium terakhir bagi Schumacher dalam Formula Satu. Keputusan terbaik beliau selepas perlumbaan ini ialah tempat ke-4 di Perancis. Beliau mendapat tempat ke-6 di Hungary, dan ke-7 di Turki dan Jepun. Secara keseluruhannya, beliau menewaskan Trulli sekali lagi, tetapi mengakui ia adalah sebuah musim yang mengecewakan untuk dirinya sendiri dan untuk pasukan Toyota F1, kerana beliau hanya mendapat tempat ke-10 dalam kejuaraan pemandu.

Ralf Schumacher memperoleh mata pertama Toyota pada musim 2007 dengan mendapat di tempat kelapan di Grand Prix Australia, satu tempat di hadapan rakan sepasukan, Jarno Trulli. Walau bagaimanapun, Trulli kemudiannya mendapat tempat ke-7 pada kedua-dua perlumbaan berikutnya di Malaysia dan Bahrain, dan mendapat 2 mata dalam setiap perlumbaan. Schumacher pula gagal untuk mendapat sebarang mata. Di Grand Prix Sepanyol, beliau terlibat dalam sebuah kemalangan dengan pemandu Williams, Alexander Wurz. Beliau akhirnya bersara selepas mengalami masalah mekanikal. Perlumbaan di Monaco terbukti menjadi sebuah lagi medan perjuangan untuk Schumacher, selepas mendapat tempat ke-20 pada pusingan kelayakan, dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-16, 0.9 saat di belakang Trulli. Terdapat khabar angin pada waktu itu yang mengatakan bahawa pasukan Toyota yang tidak berpuas hati dengan prestasi beliau, dan seolah-olah cenderung untuk menggugurkan pemandu tersebut apabila kontraknya tamat pada akhir musim 2007.[4]

Schumacher dalam musim ketiganya bersama Toyota di Grand Prix British 2007.

Schumacher mendapat mata dengan mendapat tempat ke-8 di Grand Prix Kanada, di mana Trulli terpaksa bersara selepas mengalami kemalangan. Namun ini tidak menghalang Naib Pengerusi Toyota Motorsport, Tadashi Yamashina, secara terbuka menggesa Schumacher untuk meningkatkan prestasinya atau menghadapi risiko kehilangan kerusi perlumbaannya,[5] selepas mendapat tempat ke-18 pada pusingan kelayakan. Beliau kemudiannya hilang kawalan di selekoh pertama pada perlumbaan seterusnya, dan menyebabkan Rubens Barrichello, David Coulthard, serta dirinya sendiri bersara. Dalam usaha untuk mengekalkan tempatnya di Toyota pada tahun 2008, beliau ditawarkan potongan gaji sebanyak $17 juta.[6] Beliau bersara di Grand Prix British dan Grand Prix Eropah selepas memulakan perlumbaan di tempat ke-10 teratas. Beliau bersara di Grand Prix British disebabkan oleh kegagalan mekanikal dan bersara di Grand Prix Eropah selepas berlanggar dengan pemandu BMW Sauber, Nick Heidfeld.

Nasib Schumacher berubah di Grand Prix Hungary (Grand Prix yang sama di mana Toyota mendapat podium pertama mereka). Schumacher bermula di tempat ke-5 selepas menetapkan masa ke-6 terpantas (Fernando Alonso diturunkan ke tempat ke-6). Beliau akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-6. Bagaimanapun, nasib ini tidak berterusan bagi Schumacher selepas mendapat tempat ke-16 pada pusingan kelayakan di Grand Prix Turki, dan Trulli memulakan perlumbaan di tempat ke-9. Schumacher menamatkan perlumbaan di tempat ke-12, di hadapan rakan sepasukannya tetapi hanya selepas Trulli berlanggar dengan Giancarlo Fisichella di selekoh pertama.

Pada 1 Oktober, Schumacher mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Toyota pada akhir musim 2007 untuk cabaran baru. Tahun itu, beliau mempunyai gaji kedua terbesar selepas pemandu Ferrari, Kimi Räikkönen.[1] [7][8]

Persaraan dari Formula Satu[sunting | sunting sumber]

Sebelum dan selepas persaraan rasmi Schumacher daripada Toyota, tedapat khabar angin yang mengaitkan beliau dengan beberapa pasukan Formula Satu. Beliau menghampiri McLaren untuk bertanya mengenai tempat duduk yang ditinggalkan oleh Fernando Alonso, tetapi telah ditolak.[9] Beliau mengadakan perbincangan dengan mentor lama dan ketua pasukan Scuderia Toro Rosso, Franz Tost, untuk berlumba dengan pasukannya,[10] tetapi sebaliknya Toro Rosso memilih Sebastian Vettel dan Sébastien Bourdais. Namun begitu, Schumacher yakin bahawa beliau akan berlumba dalam Formula Satu pada tahun 2008.[11]

Schumacher memandu dalam sebuah kereta Formula Satu buat kali terakhir pada bulan Disember 2007 apabila beliau mengambil bahagian dalam sebuah ujian untuk pasukan Force India dalam usaha untuk mendapatkan kerusi perlumbaan kedua bersama Adrian Sutil. Walau bagaimanapun, selepas menjadi pemandu yang paling perlahan bagi kesemua pemandu yang menguji bersama Force India, Schumacher menyatakan bahawa beliau tidak lagi berminat bersama memandu untuk pasukan itu,[12] dan beliau mungkin tidak akan memandu dalam Formula Satu pada tahun 2008.[13] Kerusi perlumbaan tersebut akhirnya diberikan kepada Giancarlo Fisichella, iaitu rakan sepasukan Schumacher ketika membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu pada tahun 1997.

Selepas tidak bersaing dalam Formula Satu buat dua musim, pengalaman Schumacher menjadi sasaran untuk pasukan baru seperti US F1, Hispania (HRT), Virgin dan Lotus untuk tahun 2010, tetapi menolak kesemua pasukan tersebut.[14]

Kerjaya DTM[sunting | sunting sumber]

Schumacher pada musim 2010 dalam perlumbaan pembuka tirai di Hockenheim.
Schumacher di Brands Hatch pada tahun 2008 bersama (Mücke Motorsport) dengan memandu sebuah kereta AMG-Mercedes C-Klasse 2007 dalam kejuaraan DTM.

Pada 17 Januari 2008, Schumacher mengambil bahagian dalam sebuah ujian bersama pasukan Mercedes dalam kejuaraan Deutsche Tourenwagen Masters (DTM) di Litar Estoril di Portugal.[15] Ia adalah perlumbaan pertamanya dengan AMG Mercedes sejak 20 Julai 1997, apabila beliau menjadi salah seorang pemandu jemputan dalam sebuah perlumbaan FIA GT Championship di Spa-Francorchamps, Belgium, dengan memandu sebuah AMG Mercedes CLK-GTR. Ini juga adalah peluang terakhir bagi Schumacher untuk memandu sebuah kereta perlumbaan dengan bumbung.

Pada awal bulan Februari, Schumacher mengambil bahagian dalam ujian kedua untuk pasukan Mercedes di Estoril. Beberapa minggu kemudian, beliau mengumumkan bahawa beliau akan berlumba dalam DTM bersama Mercedes bagi musim 2008.[16]

Ralf mendapat mata dalam 2 perlumbaan pada musim 2008, dengan mendapat tempat ke-7 di Barcelona and ke-8 di Nürburgring. Beliau menamatkan musim sulungnya dalam DTM di tempat ke-14, dengan 3 mata, di belakang Gary Paffett.

Topi keledar[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk topi keledar Ralf Schumacher adalah sama seperti abangnya. Topi keledar Ralf berwarna kuning, dengan bahagian di atas berwarna hitam dan dikelilingi dengan astroid, dan bahagian atasnya berwarna biru, bukannya putih. Seperti Michael, Ralf mengubah warna topi keledarnya pada tahun 2000, dengan mengubah warna bulatan di atas daripada warna hitam ke kuning.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Oktober 2001, Schumacher berkahwin dengan Cora-Caroline Brinkmann, seorang bekas model. Pada 23 Oktober 2001, mereka mendapat anak pertama mereka, yang dinamakan David.

Rekod perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Ringkasan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Musim Siri Pasukan Perlumbaan P/Pertama Kemenangan Mata Kedudukan
1992 Formula BMW Junior ? ? ? ? 66 Ke-6
1993 Formula BMW Junior ? ? ? ? ? Ke-2
1994 German Formula Three Opel Team WTS 19 2 1 158 Ke-3
Macau Grand Prix Mild Seven WTS Racing 1 0 0 N/A Ke-4
Grand Prix de Monaco F3 Opel Team WTS 1 0 0 N/A Ke-15
Masters of Formula Three WTS Motorsport 1 0 0 N/A Ke-30
1995 German Formula Three Opel Team WTS 15 2 3 171 Ke-2
Macau Grand Prix Mild Seven Opel Team WTS 1 1 1 N/A Pertama
Grand Prix de Monaco F3 Opel Team WTS 1 0 0 N/A Ke-2
Masters of Formula Three WTS Motorsport 1 1 0 N/A Ke-2
1996 Formula Nippon X Japan Team Le Mans 10 2 3 40 Pertama
All-Japan GT Championship Team Lark 6 4 3 60 Ke-2
1997 Formula Satu Benson & Hedges Jordan Peugeot 17 0 0 13 Ke-11
FIA GT Championship AMG Mercedes 1 0 0 2 Ke-29
1998 Formula Satu Benson & Hedges Jordan 16 0 0 14 Ke-10
1999 Formula Satu Winfield Williams F1 Team 16 0 0 35 Ke-6
2000 Formula Satu BMW Williams F1 Team 17 0 0 24 Ke-5
2001 Formula Satu BMW Williams F1 Team 17 1 3 49 Ke-4
2002 Formula Satu BMW Williams F1 Team 17 0 1 42 Ke-4
2003 Formula Satu BMW Williams F1 Team 15 3 2 58 Ke-5
2004 Formula Satu BMW Williams F1 Team 12 1 0 24 Ke-9
2005 Formula Satu Panasonic Toyota Racing 18 1 0 45 Ke-6
2006 Formula Satu Panasonic Toyota Racing 18 0 0 20 Ke-10
2007 Formula Satu Panasonic Toyota Racing 17 0 0 5 Ke-16
2008 Deutsche Tourenwagen Masters Mücke Motorsport 11 0 0 3 Ke-14
2009 Deutsche Tourenwagen Masters HWA Team 10 0 0 9 Ke-11
2010 Deutsche Tourenwagen Masters HWA Team 11 1 0 3 Ke-14
2011 Deutsche Tourenwagen Masters HWA Team 10 0 0 21 Ke-8
2012 Deutsche Tourenwagen Masters HWA Team 10 0 0 10 Ke-17

Keputusan lengkap Formula Satu[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 WDC Mata
1997 Benson & Hedges Total
Jordan Peugeot
Jordan 197 Peugeot A14 3.0 V10 AUS
Ret
BRA
Ret
ARG
3
SMR
Ret
MON
Ret
ESP
Ret
CAN
Ret
FRA
6
GBR
5
GER
5
HUN
5
BEL
Ret
ITA
Ret
AUT
5
LUX
Ret
JPN
9
EUR
Ret
Ke-11 13
1998 Benson & Hedges Total
Jordan
Jordan 198 Mugen-Honda MF-301
HC 3.0 V10
AUS
Ret
BRA
Ret
ARG
Ret
SMR
7
ESP
11
MON
Ret
CAN
Ret
FRA
16
GBR
6
AUT
5
GER
6
HUN
9
BEL
2
ITA
3
LUX
Ret
JPN
Ret
Ke-10 14
1999 Winfield Williams Williams FW21 Supertec FB01 3.0 V10 AUS
3
BRA
4
SMR
Ret
MON
Ret
ESP
5
CAN
4
FRA
4
GBR
3
AUT
Ret
GER
4
HUN
9
BEL
5
ITA
2
EUR
4
MAL
Ret
JPN
5
Ke-6 35
2000 BMW WilliamsF1 Team Williams FW22 BMW E41 3.0 V10 AUS
3
BRA
5
SMR
Ret
GBR
4
ESP
4
EUR
Ret
MON
Ret
CAN
14
FRA
5
AUT
Ret
GER
7
HUN
5
BEL
3
ITA
3
USA
Ret
JPN
Ret
MAL
Ret
Ke-5 24
2001 BMW WilliamsF1 Team Williams FW23 BMW P80 3.0 V10 AUS
Ret
MAL
5
BRA
Ret
SMR
1
ESP
Ret
AUT
Ret
MON
Ret
CAN
1
EUR
4
FRA
2
GBR
Ret
GER
1
HUN
4
BEL
7
ITA
3
USA
Ret
JPN
6
Ke-4 49
2002 BMW WilliamsF1 Team Williams FW24 BMW P82 3.0 V10 AUS
Ret
MAL
1
BRA
2
SMR
3
ESP
11
AUT
4
MON
3
CAN
7
EUR
4
GBR
8
FRA
5
GER
3
HUN
3
BEL
5
ITA
Ret
USA
16
JPN
11
Ke-4 42
2003 BMW WilliamsF1 Team Williams FW25 BMW P83 3.0 V10 AUS
8
MAL
4
BRA
7
SMR
4
ESP
5
AUT
6
MON
4
CAN
2
EUR
1
FRA
1
GBR
9
GER
Ret
HUN
4
ITA
PO
USA
Ret
JPN
12
Ke-5 58
2004 BMW WilliamsF1 Team Williams FW26 BMW P84 3.0 V10 AUS
4
MAL
Ret
BHR
7
SMR
7
ESP
6
MON
10
EUR
Ret
CAN
DSQ
USA
Ret
FRA
DNP
GBR
GER
HUN
BEL
ITA
PO
CHN
Ret
JPN
2
BRA
5
Ke-9 24
2005 Panasonic Toyota Racing Toyota TF105 Toyota RVX-05 3.0 V10 AUS
12
MAL
5
BHR
4
SMR
9
ESP
4
MON
6
EUR
Ret
CAN
6
USA
PO
FRA
7
GBR
8
GER
6
HUN
3
TUR
12
ITA
6
BEL
7
BRA
8
Ke-6 45
Toyota TF105B JPN
8
CHN
3
2006 Panasonic Toyota Racing Toyota TF106 Toyota RVX-06 2.4 V8 BHR
14
MAL
8
AUS
3
SMR
9
EUR
Ret
ESP
Ret
Ke-10 20
Toyota TF106B MON
8
GBR
Ret
CAN
Ret
USA
Ret
FRA
4
GER
9
HUN
6
TUR
7
ITA
15
CHN
Ret
JPN
7
BRA
Ret
2007 Panasonic Toyota Racing Toyota TF107 Toyota RVX-07 2.4 V8 AUS
8
MAL
15
BHR
12
ESP
Ret
MON
16
CAN
8
USA
Ret
FRA
10
GBR
Ret
EUR
Ret
HUN
6
TUR
12
ITA
15
BEL
10
JPN
Ret
CHN
Ret
BRA
11
Ke-16 5

Keputusan lengkap DTM[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Pasukan Kereta 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Ked Mata
2008 Mücke Motorsport AMG-Mercedes C-Klasse 2007 HOC1
14
OSC
10
MUG
Ret
LAU
13
NOR
16
ZAN
12
NÜR
8
BRA
15
CAT
7
BUG
Ret
HOC2
14
Ke-14 3
2009 HWA Team AMG-Mercedes C-Klasse 2009 HOC1
9
LAU
10
NOR
6
ZAN
10
OSC
11
NÜR
7
BRH
9
CAT
13
DIJ
5
HOC2
Ret
Ke-11 9
2010 HWA Team AMG-Mercedes C-Klasse 2009 HOC1
9
VAL
Ret
LAU
9
NOR
11
NÜR
6
ZAN
9
BRH
Ret
OSC
9
HOC2
Ret
ADR
12
SHA
10
Ke-14 3
2011 HWA Team AMG-Mercedes C-Klasse 2009 HOC1
3
ZAN
11
SPL
2
LAU
12
NOR
6
NÜR
Ret
BRH
5
OSC
Ret
VAL
13
HOC2
11
Ke-8 21
2012 HWA Team AMG Mercedes C-Coupé 2012 HOC1
7
LAU
10
BRH
19
SPL
11
NOR
Ret
NÜR
13
ZAN
10
OSC
13
VAL
14
HOC2
9
Ke-17 10

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ralf Schumacher retires from racing to take managerial role". autosport.com. Dicapai pada 9 Jun 2013.
  2. ^ "Ralf Schumacher biography and information". celebrina.com. 23 Julai 2007. Dicapai pada 4 Jun 2013.
  3. ^ "Ralf Schumacher compared with Montoya, Trulli, Button, Fisichella and Zanardi". F1-facts.com. Dicapai pada 4 Jun 2013.
  4. ^ "Replacing Ralf..." grandprix.com. 31 Mei 2007. Dicapai pada 4 Jun 2013.
  5. ^ "Toyota boss urges Ralf to improve form". autosport.com. 13 Jun 2007. Dicapai pada 5 Jun 2013.
  6. ^ "Ralf offers $17m pay-cut for 2008". formula1sport.net. 4 Julai 2007.
  7. ^ Ralf leaves Toyota ralf-schumacher.de - 1 Oktober 2007
  8. ^ "Schumacher set to quit Toyota". BBC. 2 Oktober 2007. Dicapai pada 5 Jun 2013.
  9. ^ "Ralf Schumacher News". planet-f1.com. Dicapai pada 5 Jun 2013.
  10. ^ Jonathan Noble, Jonathan (25 Ogos 2007). "Berger: Ralf sounded out Toro Rosso". autosport.com. Dicapai pada 5 Jun 2013.
  11. ^ "Ralf Schumacher News". planet-f1.com. Dicapai pada 5 Jun 2013.
  12. ^ "Ralf Schumacher News". planetf1.com. Dicapai pada 5 Jun 2013.
  13. ^ "UpdateF1 >> Formula 1 News > Ralf - F1 career could be over". formula-1.updatesport.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-09. Dicapai pada 5 Jun 2013.
  14. ^ "Ralf Schumacher rejected F1 return". crash.net.
  15. ^ "DTM News: Mercedes waiting on Ralf's decision". autosport.com. 2008-01-17. Dicapai pada 5 Jun 2013.
  16. ^ "Ralf confirms Mercedes DTM deal". autosport.com. 18 Februari 2008. Dicapai pada 5 Jun 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]