René Moawad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
René Moawad
رينيه معوض

OM, ONC
200px
René Moawad, 1989
8 Presiden Lubnan
Dalam jawatan
5 November 1989 – 22 November 1989*
Perdana MenteriSelim Hoss
Didahului olehSelim Hoss (Memangku)
Digantikan olehSelim Hoss (Memangku)
Butiran peribadi
Lahir(1925-04-17)17 April 1925
Zgharta, Lebanon
Meninggal dunia22 November 1989(1989-11-22) (umur 64)
Beirut, Lubnan
Parti politikParti Kataeb
PasanganNayla Moawad (k. 1965–1989); (sehingga kematiannya)
Anak-anakRima Moawad (1966)
Michel Moawad (1972)
Alma materUniversiti Saint Joseph
ProfesionPeguam, Ahli politik
*Tempoh kepimpinan Moawad dipertikai oleh Michel Aoun.


René Moawad (l. 17 April 1925, Zgharta – m. 22 November 1989, Beirut) (Bahasa Arab: رينيه معوض‎) merupakan Presiden Lubnan selama 17 hari iaitu dari 5 sehingga 22 November 1989, iaitu hari beliau dibunuh oleh pembunuh yang tidak dikenali.

Pendidikan dan kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Mouawad menerima pendidikan di Sekolah De La Salle di Tripoli, sebelum melanjutkan di peringkat menengah di Kolej Saint Joseph di Aintoura. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Saint Joseph di Beirut, dan memperoleh ijazah undang-undang pada 1947. Beliau telah menyertai firma guaman Abdallah El-Yafi, bekas Perdana Menteri Lubnan sebelum membuka firma guamannya sendiri di Tripoli pada 1951.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Moawad membuat kemunculan pertamanya dalam dunia politik Lubnan pada tahun 1951, apabila beliau gagal memenangi kerusi di Zgharta dalam Dewan Negara. Walaupun kalah, namun pilihanraya tersebut telah membuat perikatan antara beliau dengan puak Frangeih. Beliau kemudiannya telah dilantik dalam Dewan Negara pada 1957 dan dilantik semula pada 1960, 1964, 1968 dan 1972 - pilihanraya parlimen terakhir sebelum pilihanraya presiden (perang saudara yang berlarutan dari 1975 sehingga 1990 telah menghalang diadakan lagi pada tempoh tersebut).

Pada 1952, Moawad pernah ditangkap dan ditahan di Aley kerana terlibat dalam pemberontakan yang memaksa peletakan jawatan Presiden Bechara El Khoury, pemimpin pertama Lubnan selepas kemerdekaan. Beliau turut bertelagah dengan pengganti Khoury, Camille Chamoun apabila membayangkan untuk mengubah perlembagaan bagi melanjutkan tempoh pemerintahan kepada enam tahun. Beliau telah hidup dalam di Latakia, Syria. Sewaktu dalam pembuangan, pertama kali beliau telah memenangi pilihanraya ke Dewan Negara. Moawad telah ke Mesir dan bertemu Presiden Nasser, dan memberi cadangan untuk membatalkan kerakyatan Lubnan Dr Charles Malik.

Moawad telah menjadi penyokong kuat pengganti Chamoun, Fuad Chehab. Beliau telah mempengerusikan Jawatankuasa Undang-Undang Parlimen dan Jawatankuasa Kewangan dan Belanjawan. Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Pos dan Komunikasi dalam kerajaan Perdana Menteri Rashid Karami dari 31 Oktober 1961 sehingga 20 Februari 1964. Beliau kemudiannya menjadi Menteri Kerja Raya, sekali lagi di bawah Perdana Menteri Karami, dari 16 Januari sehingga 24 November 1969. Pada 1970, beliau berpaling tadah dan menyokong sekutu lamanya Suleiman Frangieh yang menentang calon Chehabist, Elias Sarkis. Frangieh menang dengan satu undian.

Pada 25 Oktober 1980, Moawad kembali ke Kabinet sebagai Menteri Pendidikan Nasional dan Seni Halus, di bawah kerajaan Presiden Elias Sarkis (yang menggantikan Frangieh pada tahun 1976) dan Perdana Menteri Shafik Wazzan. Jawatan itu disandang beliau sehingga tempoh pemerintahan Sarkis tamat pada 24 September 1982. Perikatan Moawad dengan Frangieh mula diuji apabila Moawad mengundi untuk menyokong pesaing Frangieh, Bachir Gemayel sebagai calon Presiden. Walaupun marah dengan tindakan Moawad, namun persahabatan mereka kekal utuh.

Berikutan Perjanjian Taif untuk menamatkan perang saudara, Dewan Negara bersidang pada 5 November di Pangkalan Udara Rene Mouawad di Utara Lubnan dan memilih Moawad sebagai Presiden Lubnan selepas 409 hari dikosongkan oleh Amine Gemayel apabila tamat tempoh pada tahun 1988. Tujuh belas hari kemudian, Moawad kembali dari sambutan Hari Kemerdekaan Lubnan pada 22 November 1989 dan 250 kg bom kereta telah diletakkan berhampiran kenderaan pengiring Moawad di Barat Beirut yang telah membunuh Moawad dan 23 yang lain. Wakil PBB Lubnan, Chawki Choweiri berkata "Ini adalah malapetaka besar daripada tahun malapetaka kita ada setakat ini. Kami mungkin telah kehilangan salah satu peluang terakhir untuk menyatukan negara."

Sehingga hari ini, identiti dan motif mereka yang bertanggungjawab tetap menjadi perdebatan. [1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sebagai anak Anis Bey Mouawad, yang pernah menjadi Datuk Bandar perbandaran, dan isterinya Evelyn Shalhoub, Moawad adalah keturunan daripada keluarga Zgharta yang menonjol, tetapi dia adalah ahli pertama dari keluarganya yang dipilih ke Parlimen.

Pada tahun 1965, Moawad berkahwin Nayla Najib Issa El-Khoury, saudara kepada lawan politiknya, Bechara El Khoury. Anak perempuan mereka, Rima Moawad kini merupakan seorang peguam dan graduan Universiti Harvard di Amerika Syarikat, manakala anak lelaki mereka, Michel Moawad adalah seorang peguam dan ahli perniagaan yang lulus dari Universiti Sorbonne di Paris. Michel turut menubuhkan sebuah parti politik baharu, Gerakan kemerdekaan pada tahun 2006.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]