Pergi ke kandungan

Ribozim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rajah tatacara 'pemotongan' RNA oleh suatu ribozim.

Ribozim atau enzim asid ribonukleik (RNA) ialah molekul-molekul RNA yang dapat menjalankan pemangkinan bagi tindak-tindak balas biokimia seperti enzim protein lazim, pemisahan RNA. Tindak-tindak balas lazim ribozim termasuk pemisahan atau gabungan RNA serta pembentukan ikatan peptida.[1] Dalam ribosom, ribozim bertindak sebagai sebahagian daripada subunit besar ribosom untuk menggabungkan asid-asid amino dalam penghasilan protein.

  1. ^ Fedor MJ, Williamson JR (May 2005). "The catalytic diversity of RNAs". Nature Reviews Molecular Cell Biology. 6 (5): 399–412. doi:10.1038/nrm1647. PMID 15956979.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Media berkenaan Ribozim di Wikimedia Commons