Robert Goddard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Robert Hutchings Goddard
Dr. Robert H. Goddard - GPN-2002-000131.jpg
Lahir (1882-10-05)5 Oktober 1882
Worcester, Massachusetts, Amerika Syarikat
Meninggal dunia 10 Ogos 1945(1945-08-10) (umur 62)
Baltimore, Maryland, A.S
Kanser tekak
Pendidikan Institut Politeknik Worcester
Universiti Clark
Dikenali kerana Roket bahan api cecair pertama
Anugerah Pingat Emas Kongres (1959)
Pingat Emas Langley (1960)
Pingat Daniel Guggenheim (1964)
Pasangan Esther Christine Kisk (k. 1924–1945) (1901–1982)

Robert Hutchings Goddard (5 Oktober 1882 – 10 Ogos 1945) merupakan seorang jurutera, profesor, ahli fizik dan pereka cipta dari Amerika Syarikat. Beliau dikenali kerana mereka cipta roket bahan api cecair pertama di dunia.[1] Kerja-kerja Goddard sebagai ahli teori dan jurutera banyak meneraju pembangunan yang memungkinkan teknologi penerbangan angkasa lepas.[2]

Meskipun sumbangannya dalam bidang aeroangkasa sangat berpengaruh, namun beliau kurang mendapat perhatian orang ramai; bahkan usaha-usaha beliau kadangkalanya diperlekehkan dalam akhbar harian. Oleh itu, beliau cenderung merahsiakan kehidupan peribadi dan kerja-kerjanya.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Robert Hutchings dilahirkan di Worcester, Massachusetts, kepada petani Nahum Danford Goddard (1859–1928), dan Fannie Louise Hoyt (1864–1920). Satu-satu adiknya, Richard Henry, dilahirkan dengan kecacatan pada tulang belakangnya dan meninggal dunia sebelum hari lahirnya yang pertama.[3]:16

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Robert mula menjadi tertarik dengan bidang sains ketika bandarnya, serta bandar dan kota lain mula mendapatkan bekalan elektrik secara meluasnya di Amerika Syarikat pada tahun 1880-an. Beliau lebih menumpukan minatnya terhadap bidang angkasa lepas setelah membaca novel The War of the Worlds karya H. G. Wells pada usia 16 tahun.[4]

Beliau dikekang dengan masalah kesihatan yang pelbagai semasa kecil seperti sakit perut, selesema dan bronkitis sehingga ketinggalan dua gred jauh dari rakan sebaya yang lain. Namun, beliau sangat giat membaca dan sering meminjam buku-buku perpustakaan sekolahnya.[3]:16,19 Apabila kesihatannya semkin pulih, beliau mengambil pengajian di Sekolah Komuniti Tinggi South di Worcester pada tahun 1901.[5] Goddard begitu cekal dalam pelajarannya, dan rakan sekelasnya dua kali melantik beliau sebagai ketua kelas.

Robert masuk ke Institut Polyteknik Worcester pada tahun 1904.[3]:41 Kerajinannya begitu mengagumkan ketua jabatanfizik tersebut yang kemudiannya mengambil beliau sebagai pembantu makmal dan pengajar.[3]:42 Goddard memperoleh ijazah Bacelor Sains fiziknya dari Politeknik tersebut pada 1908,[3]:50 dan beliau menyambung pengajian graduannya di Universiti Clark di Worcester pada musim luruh tahun 1909.[6]

Kehidupan bekerjaya[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadinya[sunting | sunting sumber]

Beliau mengahwini Esther Christine Kisk (31 Mac 1901 – 4 Jun 1982),[7] seorang setiausaha di pejabat presiden Universiti Clark, pada 21 Jun 1924. Esther berkongsi minat mengenai sains roket bersama Goddard serta turut membantunya dalam menjalankan ujikajinya. Pasangan tersebut tidak mempunyai anak.

Robert menghidap tuberkulosis yang kemudiannya melemahkan paru-parunya. Pekerjaannya bersama Tentera Laut A.S di negeri Maryland yang beriklim lembap lebih merumitkan penyakit beliau. Beliau didiagnos menghidap kanser tekak pada tahun 1945. Beliau meninggal dunia pada bulan Ogos tahun yang sama,[3]:377,395[8] sambil itu isterinya menguruskan kertas kerjanya serta menyediakan paten tambahan ke atas kerja-kerjanya.[9] Robert disemadikan di Hope Cemetery di kampungnya di Worcester, Massachusetts.[10]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Exhibition". Smithsonian Institution. 
  2. ^ Hunley, JD (April 1995). "The Enigma of Robert H. Goddard". Technology and Culture. 36 (2): 327–50. doi:10.2307/3106375. JSTOR 3106375. 
  3. ^ a b c d e f Lehman, Milton (1963). "This High Man: The Life of Robert H. Goddard". New York: Farrar, Strauss, and Co. .
  4. ^ "Goddard Biography" (PDF). Jet Propulsion Laboratory. .
  5. ^ "Frequently Asked Questions – Dr. Robert H. Goddard Collection – Archives and Special Collections – Clark University". clarku.edu. 
  6. ^ "Robert Goddard". WPI George C. Gordon Library. Dicapai 10 Mac 2010. 
  7. ^ "Frequently Asked Questions About Dr. Robert H. Goddard". Clark University. Diarkibkan daripada asal pada November 3, 2009. Dicapai January 15, 2011. 
  8. ^ "Dr. Goddard Dead. Expert on Rockets. Pioneer in Field, Chief of Navy Research on Jet-Propelled Planes, Taught Physics Experimented Three Decades Secret Work During War". New York Times. 11 Ogos 11, 1945. Baltimore, August 10, 1945 (Associated Press) Dr. Robert H. Goddard, internationally known pioneer in rocket propulsion and chief of Navy research on jet-propelled planes, died today at University Hospital.  Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ "Goddard Memorial Association/Esther". Dicapai 16 Mac 2010. 
  10. ^ Robert Hutchings Goddard di Find a Grave.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]