Mark Zuckerberg
Mark Zuckerberg | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mark Elliot Zuckerberg 14 Mei 1984 White Plains, New York, A.S. |
Pekerjaan | Usahawan teknologi |
Tahun aktif | 2004–kini |
Terkenal kerana | Pengasas bersama Facebook |
Kampung asal | Dobbs Ferry, New York, A.S. |
Nilai bersih | ▲US $73.6 bilion[1] (May 2019) |
Pasangan | Priscilla Chan (k. 2012) |
Anak | 2 |
Saudara | Randi Zuckerberg (kakak) Donna Zuckerberg (adik) |
Laman sesawang | facebook |
Tandatangan | |
![]() |
Mark Elliot Zuckerberg (lahir 14 Mei 1984) merupakan usahawan teknologi dan dermawan Amerika Syarikat.[2][3] Beliau terkenal sebagai pengasas Facebook - sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Facebook.
Kejayaan Facebook[sunting | sunting sumber]
Pengguna Facebook kini meningkat kepada 250 juta orang. Jumlah ini sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang anda telah lakukan. Palo Alto, ibu pejabat Facebook di California ditubuhkan pada 2004. Facebook mengalahkan MySpace yang dimiliki oleh News Corporation.
Pada Julai 2009, syarikat Internet Rusia menawarkan AS$100 juta (RM358 juta) untuk membeli saham daripada pekerja-pekerja Facebook.Syarikat Rusia itu, Digital Sky Technologies (DST) itu melabur sebanyak AS$200 juta (RM716 juta) ke atas Facebook pada Mei 2009 dan menawarkan sebanyak AS$14.77 juta (RM52.8 juta) untuk satu unit saham biasa Facebook.
Syarikat gergasi perisian komputer Amerika Syarikat, Microsoft telah membeli 1.6 % dalam Facebook bernilai AS$240 juta (RM859 juta) pada 2007.[4]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Bloomberg Billionaires Index". Bloomberg L. P. Dicapai pada May 11, 2019.
- ^ Napach, Bernice (July 26, 2013). "Facebook Surges and Mark Zuckerberg Pockets $3.8 Billion". Yahoo! Finance.
- ^ Hiltzik, Michael (Mei 20, 2012). "Facebook shareholders are wedded to the whims of Mark Zuckerberg". Los Angeles Times. Diarkib daripada yang asal pada Disember 2, 2017.
- ^ Pengguna Facebook 250 juta
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: Mark Zuckerberg |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mark Zuckerberg |