Roy E. Disney

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Roy E. Disney
RoyEDisney07.jpg
Roy E. Disney pada 11 Disember 2007
KelahiranRoy Edward Disney
(1930-01-10)10 Januari 1930
Los Angeles, California, A.S.
Meninggal dunia16 Disember 2009(2009-12-16) (umur 79)
Newport Beach, California, A.S.
PekerjaanEksekutif filem
Eksekutif perniagaan
Tahun aktif1954–2009
PasanganPatricia Ann Dailey (1955–2007)
Leslie DeMeuse-Disney (2008–2009)

Roy Edward Disney, KCSG (10 Januari 1930 – 16 Disember 2009)[1] ialah seorang eksekutif kanan jangka panjang untuk The Walt Disney Company yang diasaskan oleh Roy Oliver Disney dan bapa saudaranya Walt Disney. Saat meninggal dunia, beliau merupakan pemegang saham syarikat Disney (lebih 16 juta atau 1% saham),[2] serta menjawat penasihat dan Pengarah Emeritus dalam Lembaga Pengarah syarikat berkenaan. Beliau paling dikenali kerana mengaturkan pelucutan jawatan dua eksekutif tertinggi Disney, bermula dengan Ron Miller pada tahun 1984, diikuti Michael Eisner pada tahun 2005.

Sebagai ahli terakhir keluarga Disney yang melibatkan diri dalam syarikat dengan aktif, Roy Disney sering diperbandingkan dengan bapa saudara dan bapa sendiri. Pada tahun 2006, majalah Forbes menganggarkan nilai harta peribadinya pada USD$1.2 bilion.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]