21st Century Fox

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Twenty-First Century Fox, Inc.
21st Century Fox
Awam
ISINUS90130A1016
US90130A2006
IndustriMedia massa
PendahuluNews Corporation
Ditubuhkan28 Jun 2013; 9 tahun yang lalu (2013-06-28)
PengasasRupert Murdoch
Dibubarkan20 Mac 2019; 3 tahun yang lalu (2019-03-20)
Ibu pejabat1211 Avenue of the Americas, Bandaraya New York, New York, Amerika Syarikat
Tempat diberi khidmat
Seluruh dunia
Tokoh penting
KeluaranPenyiaran, penerbitan filem, penerbitan televisyen, televisyen kabel, syarikat rakaman, internet
Hasil AS$27.32 bilion (2016)[1]
US$4.15 bilion (2016)[1]
US$2.75 bilion (2016)[1]
Jumlah aset US$48.19 bilion (2016)[1]
Jumlah ekuiti US$13.66 bilion (2016)[1]
PemilikKeluarga Murdoch (39%)
Bilangan kakitangan
21,500 (2016)[2]
Pembahagian
Laman web rasmi
www.21cf.com (diarkibkan 19 Mac 2019)
Catatan kaki / rujukan
[4][5]

21st Century Fox ialah sebuah perbadanan media massa multinasional Amerika Syarikat yang berpusat di Midtown Manhattan, Bandaraya New York. Ia merupakan salah satu daripada dua syarikat yang dibentuk daripada keluaran sampingan 2013 aset penerbitan News Corporation, seperti yang diasaskan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1979.

Syarikat ini ialah pengganti sah bagi News Corporation yang terutamanya berurusan dengan industri-industri filem dan televisyen. Ia kini konglomerat media ketiga terbesar di Amerika selepas Syarikat Walt Disney dan Comcast. Syarikat lain, News Corporation yang "baru" memegang aset-aset kepentingan media cetak dan media lain milik Murdoch di Australia (kedua-duanya dimiliki oleh beliau dan keluarganya melalui amanah keluarga dengan 39% mengawal kepentingan masing-masing).

Aset-aset syarikat termasuklah Fox Entertainment Group–pemilik studio filem 20th Century Fox (senama separa syarikat), rangkaian televisyen Fox dan saluran Fox News, antara aset lain. Ia juga mempunyai operasi asing yang signifikan termasuklah pengendali saluran berbayar seluruh Asia STAR TV serta kira-kira 39% kepentingan dalam Sky plc–pengendali bagi penyedia televisyen satelit dan saluran berbayar di United Kingdom dan Ireland, Austria, Jerman dan Itali.

Pada 14 Disember 2017, syarikat Walt Disney mengumumkan rancangan untuk memperoleh 21st Century Fox pada harga AS$52.4 bilion; ini akan termasuklah aset utama seperti 20th Century Fox, FX Networks, National Geographic Partners, rangkaian sukan serantau, dan rangkaian antarabangsanya. Aset-aset seperti rangkaian televisyen Fox, saluran Fox News dan kebanyakkan Fox Sports akan dipisahkan kepada syarikat bebas yang diuruskan oleh keluarga Murdoch.

Aset[sunting | sunting sumber]

21st Century Fox didominasi oleh harta media dan penyiaran yang dimiliki oleh pendahulunya, seperti Fox Entertainment Group, STAR TV, saham mereka sebanyak 39,14% di BSkyB, Sky Italia, dan saham sebanyak 54,5% di Sky Deutschland. Harta penyiaran News Corporation di Australia, seperti Foxtel dan Fox Sports Australia, masih menjadi sebahagian dari News Corp Australia, dipisahkan bersama News Corp dan bukan sebahagian dari 21st Century Fox.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "2016 annual results". Twenty-First Century Fox Inc.
  2. ^ "FOXA Profile - Twenty-First Century Fox, Inc. Stock - Yahoo Finance".
  3. ^ "Businesses - 21st Century Fox". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-05. Dicapai pada 2017-12-17.
  4. ^ Ozanian, Mike (March 8, 2019). "New York Yankees Buy Back YES Network For $3.47 Billion". Forbes. Dicapai pada March 20, 2019.
  5. ^ "Twenty-First Century Fox 2018 Annual Report Form (10-K)". U.S. Securities and Exchange Commission. August 13, 2018. Dicapai pada August 23, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]