Vilayet Bosnia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Vilayet Bosnia
Vilayet Empayar Uthmaniyyah

1867–1908

Bendera Vilayet Bosnia

Bendera

Location of Vilayet Bosnia
Vilayet Bosnia pada tahun 1880-an
Ibu negara Sarajevo
Sejarah
 - Diasaskan 1867
 - Diduduki oleh Austria-Hungary 1878
 - Diilhak oleh Austria-Hungary 1908
Luas
 - 1871 46,000 km2 (17,761 batu2)
Populasi
 - 1871 1,232,000 
     Ketumpatan 26.8 /km2  (69.4 /batu2)
Kini sebahagian daripada  Bosnia dan Herzegovina
 Montenegro
Sumber untuk populasi;[1] luas[2]

Vilayet Bosnia merupakan divisyen (vilayet) pentadbiran tahap pertama di Empayar Uthmaniyyah, yang terdiri daripada wilayah yang kini terletak di negara Bosnia dan Herzegovina. Ia bersempadan dengan Vilayet Kosovo di selatan. Sebelum pembaharuan pentadbiran pada tahun 1867, ia dikenali sebagai Eyalet Bosnia. Pada akhir kurun ke-19, ia dilaporkan merangkumi kawasan seluas 17,900 batu persegi (46,000 km2).[2]

Ia dibubarkan sebagai wilayah Uthmaniyyah selepas diduduki oleh Austria-Hungary pada tahun 1878. Walaubagaimanapun, ia kekal wujud untuk 30 tahun seterusnya sehingga tahun 1908, meskipun ditadbir oleh Austria-Hungary. Ini tidak termasuk Herzegovina Tua, yang mana diserahkan kepada Prinsipaliti Montenegro pada tahun 1878. Pada tahun 1908, Austria-Hungary secara rasminya mengilhak Bosnia ke dalam wilayah jajahannya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Markus Koller and Kemal H. Karpat, Ottoman Bosnia: A History in Peril, University of Wisconsin Press (2004) ISBN 0-299-20714-5
  • Matija Mazuranic, A Glance into Ottoman Bosnia, Saqi Books (2007)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]