Saad Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Saad Man adalah bekas ADUN Negeri Kedah kawasan Jitra. Beliau menang bertanding di kawasan itu atas tiket Barisan Nasional/UMNO dalam PRU 2008. Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mencalonkan nama beliau kerana pernah menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Dalam pilihan raya itu, beliau mendapat 12,065 (2,258) sementara lawannya Dr. Rohani Abd Mutalib PR/PAS mendapat 9,807 undi.


Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Jun 2014, beliau meninggal dunia di kediamannya di Lorong Enggang, Datuk Keramat AU , Hulu Kelang. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU Datuk Keramat pada hari yang sama. [1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bekas ADUN Jitra meninggal dunia". Utusan Malaysia. 4 Jun 2014.