Sains pemakanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sains pemakanan (Nutrition) merupakan sebuah bidang sains yang mengkaji tindak balas kimia samada metabolik atau fisiologi badan pada permakanan. Dengan kemajuan dalam bidang biologi molekul, biokimia, genetik, dan kajian pemakanan manusia semakin mementingkan berkaitan dengan metabolisme dan laluan metabolisme: jujukan langkah biokimia melalui mana substances dalam benda hidup berubah dari satu bentuk pada bentuk yang lain.

Penyelidikan Sains Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Penyelidikan sains pemakanan selalunya selari dengan Sains Makanan (Food Science) dan klinikal (Dietetik). Sains pemakanan selalunya berfokus kepada fungsi sesuatu khasiat atau zat makanan terhadap kesihatan manusia. Antara khasiat yang sering difokuskan adalah protein, lemak, karbohidrat, dan kandungan gula. Selari dengan perkembangan analisis kimia, penyelidikan sains makanan telah berkembang menjadi lebih berfokus seperti penyelidikan khasiat sebuah jenis bahan kimia terhadap kesihatan tubuh badan. Antara jenis kelas bahan kimia yang sering dikaitkan dengan kesihatan tubuh badan adalah isoflavon, asid amino, vitamin, dan pelbagai lagi.

Metod strategi penyelidikan sains pemakanan selalunya berfokus kepada kelansungan laluan metabolisme seperti kitaran krebs, glikolisis dan pelbagai kitaran biokimia yang lain di dalam badan. Penyelidikan ini sering dikaitkan dengan penyelidikan sains makanan yang selalunya berfokus kepada penambahbaikan khasiat atau kandungan makanan dan dietetik yang berfokus kepada kebolehupayaan sebuah diet untuk meningkatkan kualiti kesihatan tubuh badan (melalui penyelidikan klinikal).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]