Salak Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Salak Selatan merupakan salah satu pekan yang terletak di pinggir selatan Bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia. Asalnya, pekan Salak Selatan hanya menempatkan 2 barisan rumah kedai, namun pekan ini telah mengalami transformasi pembangunan yang cepat dengan peningkatan bilangan rumah, serta ia merupakan bandar satelit baru di Kuala Lumpur. Disini juga terdapat sebuah kampung yang dikenali Kampung Baru Salak Selatan.

Salak Selatan dapat dihubungkan dengan Stesen LRT Salak Selatan melalui Aliran Sri Petaling dan Stesen Komuter Salak Selatan.