Salbutamol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salbutamol
Salbutamol (atas),
(R)-(−)-salbutamol (tengah) dan
(S)-(+)-salbutamol (bawah)
Data klinikal
Nama dagangVentolin, Proventil, ProAir, lain-lain[1]
Nama lainAlbuterol (USAN AS)
AHFS/Drugs.comMonograph
MedlinePlusa607004
Data lesen
Kategori
kehamilan
Kaedah
pemberian
Melalui mulut, sedutan, IV
Kelas ubatAgonis adregenik beta2
Status perundangan
Status perundangan
  • AU: S3/S4 [4]
  • KA: Preskripsi sahaja [5]
  • UK: POM (Preskripsi sahaja)
  • AS: Preskripsi sahaja
Data farmakokinetik
MetabolismeHati
Mula masa tindak<15 min (sedutan), <30 min (pil)[6]
Penyingkiran separuh hayat3.8–6 jam
Tempoh tindak2–6 jam[6]
PerkumuhanBuah pinggang
Pengecam
  • (RS)-4-[2-(tert-Butylamino)-1-hydroxyethyl]-2-(hydroxymethyl)phenol
ECHA InfoCard100.038.552 Sunting ini di Wikidata
Data kimia dan fizikal
FormulaC13H21NO3
Jisim molar239.32 g·mol−1
Model 3D (JSmol)
KekiralanCampuran rasemik
  • CC(C)(C)NCC(C1=CC(=C(C=C1)O)CO)O
  • InChI=1S/C13H21NO3/c1-13(2,3)14-7-12(17)9-4-5-11(16)10(6-9)8-15/h4-6,12,14-17H,7-8H2,1-3H3 ☑Y
  • Key:NDAUXUAQIAJITI-UHFFFAOYSA-N ☑Y
 ☒N☑Y (what is this?)  (verify)

Salbutamol, juga albuterol dan dijual dengan nama Ventolin antara nama jenama lain,[1] ialah ubat yang membuka saluran pernafasan sederhana dan besar di dalam paru-paru.[6] Ia digunakan untuk merawat asma, termasuk serangan asma, penyempitan cabang paru-paru akibat senaman, dan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD).[6] Ia juga boleh digunakan untuk merawat paras kalium dalam darah yang tinggi.[7] Salbutamol biasanya digunakan dengan alat sedut atau penebula tetapi ia juga boleh didapati dalam bentuk pil, cecair, dan larutan intravena.[6][8] Versi sedutan biasanya akan jalan dalam masa 15 minit dan kekal selama dua hingga enam jam.[6]

Kesan sampingan biasa termasuk geletar, sakit kepala, degupan jantung yang cepat, pening dan rasa resah.[6] Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk kekejangan bronkus yang semakin teruk, degupan jantung yang tidak teratur dan paras kalium dalam darah yang rendah.[6] Ia boleh digunakan semasa mengandung dan menyusukan bayi, tetapi keselamatannya tidak betul-betul jelas.[6][9] Ia adalah agonis reseptor adrenergik β2 yang bertindak dengan jangka pendek, berfungsi dengan melonggarkan otot licin saluran pernafasan.[6]

Salbutamol telah dipatenkan pada tahun 1966 di Britain dan dijual di UK pada tahun 1969.[10] [11] Ia telah diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1982.[6] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[12] Salbutamol boleh didapati sebagai ubat generik.[6] Kos borong di negara-negara membangun bagi alat sedut yang mengandungi 200 dos adalah antara US$1.12 dan US$2.64 Setakat 2014.[13] Di Amerika Syarikat, bekalan sebulan biasa adalah antara US$25 dan US$50.[14] Pada tahun 2017, ia adalah ubat kesepuluh yang paling kerap dipreskripsikan di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 50 juta preskripsi.[15][16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Salbutamol". Drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-30. Dicapai pada April 11, 2016.
  2. ^ Thereaputic Goods Administration (2018-12-19). "Prescribing medicines in pregnancy database". Australian Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-20. Dicapai pada 2017-06-20.
  3. ^ "Albuterol Use During Pregnancy". Drugs.com. 8 March 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2019. Dicapai pada 21 December 2019.
  4. ^ Thereaputic Goods Administration. "Poisons Standard October 2017". Australian Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-11. Dicapai pada 2018-01-11.
  5. ^ "Prescription Drug List". Government of Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-12. Dicapai pada 2017-06-20.
  6. ^ a b c d e f g h i j k l "Albuterol". Drugs.com. The American Society of Health-System Pharmacists. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08. Dicapai pada Dec 2, 2015.
  7. ^ "Emergency interventions for hyperkalaemia". The Cochrane Database of Systematic Reviews (2): CD003235. April 2005. doi:10.1002/14651858.CD003235.pub2. PMC 6457842. PMID 15846652.
  8. ^ "Intravenous salbutamol for childhood asthma: evidence-based medicine?" (PDF). Archives of Disease in Childhood. 99 (9): 873–7. September 2014. doi:10.1136/archdischild-2013-304467. PMID 24938536. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-09-08.
  9. ^ Yaffe, Sumner J. (2011). Drugs in pregnancy and lactation: a reference guide to fetal and neonatal risk (ed. 9th). Philadelphia: Wolters Kluwer Health/Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 32. ISBN 9781608317080. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08.
  10. ^ Landau, Ralph (1999). Pharmaceutical innovation: revolutionizing human health. Philadelphia: Chemical Heritage Press. m/s. 226. ISBN 9780941901215. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08.
  11. ^ Fischer, Jnos; Ganellin, C. Robin (2006). Analogue-based Drug Discovery. John Wiley & Sons. m/s. 542. ISBN 9783527607495. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-06. Dicapai pada 2019-03-03.
  12. ^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771.
  13. ^ "Salbutamol". International Drug Price Indicator Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 January 2018. Dicapai pada 5 December 2015.
  14. ^ Hamilton, Richart (2015). Tarascon Pocket Pharmacopoeia 2015 Deluxe Lab-Coat Edition. Jones & Bartlett Learning. m/s. 448. ISBN 9781284057560.
  15. ^ "The Top 300 of 2020". ClinCalc. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
  16. ^ "Albuterol - Drug Usage Statistics". ClinCalc. 1 December 1981. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2021. Dicapai pada 11 April 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]