Sanjay Purusottam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sanjay Purusottam merupakan juruterbang kapal terbang Cessna 152 . Dia menyertai Elite Flying Club yang terletak di Lapangan Terbang Senai, bandar Senai, Johor.

Terhempas di Gunung Pulai[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Januari 2009, Sanjay didapati terhempas bersama kapal terbang Cessna 152 di Gunung Pulai, daerah Pontian,selatan Johor, Malaysia. Empangan air terletak di Gunung Pulai dan ditadbir oleh pihak berkuasa Singapura kerana air darinya disalurkan melalui paip besar ke pulau Singapura.[1]

Kapal terbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Senai , Johor menuju ke Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka jam 9.42 pagi dan hilang dari radar di menara kawalan di Johor dan Melaka pada 10.50 am. Kapal terbang itu mempunyai 2 tempat duduk. Sanjay berumur 30-an ditemui selamat tetapi cedera terbakar di bahagian tubuh . OCPD Supt Zulkefly Yahya dari Balai Polis Kulaijaya mengesahkan pasukan penyelamat berjaya menemui Sanjay di Gunung Pulai, berdekatan Saleng dan Kulai. Operasi penyelamat mengadakan markas di Dewan Kampung Seri Pulai.[2]

Sanjay merupakan warganegara India dan mendapat status PR di Singapura. Kegemaran masa lapangnya memandu kapal terbang.Ketika melawat di Hospital Sultanan Aminah di Johor Bahru, isterinya Shubdha Bhave (35) enggan memberi sebarang maklumat . Sanjay dipindahkan le Hospital Mount Elizabeth di Singapura.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]