Gunung Pulai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Pulai
Titik tertinggi
Ketinggian 654 m (2,146 ka)
Geografi
Lokasi Daerah Kulai, Johor, Malaysia

Gunung Pulai merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Gunung Pulai mempunyai ketinggian setinggi 654 meter.

Gunung Pulai mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat Stesen Pemancar TV dan radio meliputi daerah Johor Bahru. Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan daerah Kluang. Pemancar ini juga menjangkau ke Singapura dan Pulau Batam , dan pulau-pulau yang berdekatan di Indonesia.

Sistem 'troposcatter' telah dipasang di puncak Gunung Pulai dengan Kuching, Sarawak bagi meningkatkan perhubungan telefon antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur pada tahun 1970. Hubungan kawat SEACOM juga telah dipertingkatkan sejak 1967.

Gunung Pulai merupakan salah satu pemancar terpenting di Malaysia bagi Johor Bahru dan kawasan sekitarnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]