Sayangku Kapten Mukhriz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sayangku Kapten Mukhriz
GenreCinta
Drama
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Anugerah Terindah karya Sophilea
Ditulis olehNieza Nahar
PengarahIdora Abdul Rahman
Dibintangi oleh
Raja Afiq
Niena Baharun
Fezrul Khan
Ikhlas Jalil
Neera Azizi
Lagu pembukaanAnugerah Terindah - Black
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod23 Episode
Penerbitan
Tempoh siaranSetiap Isnin - Khamis, 6.58 petang
Syarikat pengedaran
(Creative Skill Solution Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal15 Julai 2016 – 30 Ogos 2016
Kronologi
MengikutiSeindah Takdir Cinta
Diikuti olehLara Terindah

Sayangku Kapten Mukhriz ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Idora Abdul Rahman , dibintangi oleh Raja Afiq, Niena Baharun dan Fezrul Khan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 15 Julai 2016 menggantikan Seindah Takdir Cinta. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Berkisarkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas, pegawai KAGAT yang berkhidmat di situ, seorang lulusan UIA dan berasal dari Perlis. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana kisah hubungannya dengan Kapten Aliza yang menjadi perhatian. Kapten Aliza Adeline, keturunan cina jatuh cinta pada Mukhriz. Malah, ramai yang suka mereka bersama sebab merasakan mereka pasangan yang sepadan. Namun, keputusan Mukhriz untuk menolak cinta Kapten Aliza membuatkan wanita itu kecewa dan minta ditukarkan ke Kelantan. Gamat seketika suasana. Ramai yang simpati pada Kapten Aliza kerana tahu Kpten Aliza sedang mendalami Islam dan perlukan pembimbing. Namun Mukhriz bimbang jika Aliza mahu memeluk Islam kerana mahu berkawin dan bukan kerana sinar Islam itu sendiri. Dan Mukhriz juga mengalah kerana dia tahu Fakhrie begitu sukakan Aliza dan berdoa agar suatu masa nanti mereka akan bertemu jodoh.

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Raja Afiq sebagai Kapten Ustaz Mukhriz
  • Niena Baharun sebagai Dr. Arianna Dahlia
  • Ikhlas Jalil sebagai Kapten Ustaz Fauzan
  • Hafizul Kamal sebagai Zakuan
  • Neera Azizi sebagai Dr. Anisa
  • Reen Rahim sebagai Siti Awina
  • Fezrul Khan sebagai Leftenan Komander Izzudin
  • Ieka Zulkifli sebagai Marlia
  • Hafizuddin Fadzil sebagai Tuan Razlan
  • Khaty Azian sebagai Puan Sharifah Radziah
  • Noniswara sebagai Puan Zarina
  • Nurul Iliyana sebagai Mirza
  • Alif Hadi sebagai Syamsul Baharin
  • Nur Sarah Alisha sebagai Puteri
  • Feiyna Tajudin sebagai Rabiatul Adawiyah
  • Azzahra Ahmad sebagai Harlina
  • Mohd Fadhil sebagai Kapten Fadzhil
  • Tash Yong seabgai Amrina
  • Aliff Aziz sebagai Dr. Faizal
  • Iskandar Zulkarnain sebagai Syamsul Bahrin
  • Alex Faizal sebagai Syamsudin

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Terindah - Black
  • Kali Ini - Cherpen Band
  • Sampai Jannah - Farah Farhanah
  • Takkan Ada (feat. Viral) - Wan Azlyn
  • Yang Satu - Feeya Iskandar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Sayangku Kapten Mukhriz. MyInfoTaip. Dicapai 6 Ogos 2021


: Akasia Isnin–Khamis, 6.58 petang
Sebelumnya Sayangku Kapten Mukhriz Berikutnya
Seindah Takdir Cinta Lara Terindah