Sean Bean

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sean Bean
Sean Bean TIFF 2015.jpg
Bean pada tahun 2015.
Kelahiran Shaun Mark Bean[1]
(1959-04-17) 17 April 1959 (umur 59)
Handsworth, Sheffield, West Riding of Yorkshire, England
Pusat pendidikan Royal Academy of Dramatic Art
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1983–sekarang
Pasangan Debra James (k. 1981–1988)
Melanie Hill (k. 1990–1997)
Abigail Cruttenden (k. 1997–2000)
Georgina Sutcliffe (k. 2008–2010)
Anak 3

Shaun Mark Bean (lahir 17 April 1959), dikenali secara profesional sebagai Sean Bean, ialah seorang pelakon Inggeris. Beliau membuat penampilan profesional pertama dalam produksi teater Romeo dan Juliet pada tahun 1983. Beliau mula mencapai kejayaan selepas melakonkan watak Richard Sharpe dalam siri ITV, Sharpe. Bean selepas itu menerima pengiktirafan lagi untuk lakonannya sebagai Ned Stark dalam siri HBO, Game of Thrones serta peranan dalam siri antologi, BBC, Accused dan siri ITV, Henry VIII. Peranan filemnya yang paling terkenal adalah sebagai Boromir dalam trilogi The Lord of the Rings (2001–2003).

Peranan-peranannya yang lain termasuk Alec Trevelyan dalam filem James Bond, GoldenEye (1995) dan Odysseus dalam Troy (2004) serta peranan dalam Patriot Games (1992), Ronin (1998), National Treasure (2004), North Country (2005), The Island (2005), Silent Hill (2006), Black Death (2010), Jupiter Ascending (2015) dan The Martian (2015). Sebagai seorang pelakon suara, Bean mempunyai peranan dalam permainan video, The Elder Scrolls IV: Oblivion dan drama The Canterbury Tales. Beliau telah menerima beberapa anugerah dalam kariernya dan memenangi Emmy Antarabangsa untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Beliau juga dicalonkan Anugerah BAFTA dan Anugerah Zuhal.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Bean dilahirkan di Handsworth. Beliau adalah anak lelaki kepada Rita (née Tuckwood) dan Brian Bean.[3] Beliau mempunyai seorang adik perempuan bernama Lorraine.

Karier[sunting | sunting sumber]

Semasa tayangan perdana North Country di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2005

Bean menamatkan pengajian dari RADA pada tahun 1983, membuat penampilan lakonan profesional pertamanya pada tahun itu sebagai Tybalt dalam Romeo dan Juliet di Teater Watermill, Newbury.[3] Diantara tahun 1986 dan 1988, beliau merupakan ahli Royal Shakespeare Company, muncul dalam produksi Romeo dan Juliet, The Fair Maid of the West dan A Midsummer Night's Dream.[4][5] Beliau muncul dalam filem pertamanya, Caravaggio (1986), melakonkan watak Ranuccio Tomassoni disusuli dengan War Requiem (1988). Pada tahun 1989, beliau membintangi sebagai Dominic O'Brien dalam The Fifteen Streets.

Beliau muncul dalam produksi BBC, Clarissa dan Lady Chatterley.[6] Pada tahun 1990, Bean membintangi The Field. Juga pada tahun 1990, beliau melakonkan watak Anton dalam Windprints. Pada tahun 1996, beliau melakonkan watak Jimmy Muir dalam When Saturday Comes.[7] Walaupun filem ini tidak menerima ulasan positif, Bean dipuji untuk lakonannya.[8] Kerjanya yang berkaitan dengan bola sepak berterusan pada tahun 1998 apabila beliau menceritakan La Coupe de la Gloire, filem rasmi untuk Piala Dunia FIFA 1998.[9]

Pujian kritis Bean dalam Caravaggio dan Lady Chatterley menyumbang kepada imej beliau sebagai simbol seks, tetapi beliau lebih dikenali dengan peranannya sebagai Richard Sharpe dalam siri ITV, Sharpe. Bean melakonkan watak Richard Fenton dalam minisiri TV, Scarlett. Penampilan Hollywood pertamanya yang dikenali adalah dalam filem 1992, Patriot Games.

Dalam filem 1995, GoldenEye, Bean melakonkan watak Alec Trevelyan (MI6's 006).[10] Beliau melakonkan watak Spence dalam Ronin (1998), seorang bekas banduan dalam Essex Boys (2000) dan seorang penculik/pencuri dalam Don't Say a Word (2001). Beliau juga dikenali dengan meluas sebagai Ian Howe dalam National Treasure dan melakonkan watak saintis jahat dalam The Island (2005). Beliau juga mempunyai peranan dalam filem bebas, Far North.

Peranan Bean yang paling menonjol adalah sebagai Boromir dalam trilogi The Lord of the Rings. Beliau muncul dalam The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring, The Lord of the Rings: The Two Towers dan The Lord of the Rings: The Return of the King.

Bean juga muncul dalam Outlaw dan The Hitcher. Pada tahun 2009, beliau muncul dalam trilogi Red Riding sebagai John Dawson. Beliau juga muncul dalam Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief (2010) sebagai Zeus. Juga pada tahun itu, Bean membintangi CA$H sebagai Pyke Kubic dan Reese Kubic.

Bean membintangi musim pertama Game of Thrones sebagai Eddard Stark.[11] Pada bulan Ogos 2012, Bean muncul sebagai Simon dalam episod pembukaan musim kedua siri televisyen UK, Accused. Beliau membintangi Soldiers of Fortune dan filem 2012, Cleanskin.

Beliau muncul dalam Mirror Mirror yang ditayangkan di A.S. pada bulan Mac 2012.[12] Bean menyambung wataknya sebagai Christopher Da Silva dalam sekuel Silent Hill, Silent Hill: Revelation 3D.[13] Beliau mmebintangi drama bersiri ABC, Missing yang pertama kali ditayangkan pada awal tahun 2012.[14]

Bean membintangi siri televisyen, Legends sebagai Martin Odum.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bean telah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali. Beliau berkahwin dengan Debra James pada 11 April 1981. Perkahwinan ini berakhir dengan perceraian pada tahun 1988. Bean berjumpa dengan pelakon, Melanie Hill di RADA dan mereka berkahwin pada 27 Februari 1990. Anak pertama pasangan ini, Lorna, dilahirkan pada bulan Oktober 1987; anak kedua mereka, Molly, dilahirkan pada bulan September 1991. Perkahwinan Bean dan Hill berakhir dengan perceraian pada bulan Ogos 1997. Semasa penggambaran Sharpe, Bean berjumpa dengan pelakon, Abigail Cruttenden dan mereka berkahwin pada 22 November 1997. Anak mereka, Evie Natasha, dilahirkan pada bulan November 1998. Bean dan Cruttenden bercerai pada Julai 2000.

Bean mula mempunyai hubungan dengan pelakon, Georgina Sutcliffe pada tahun 2006. Beliau berkahwin dengan Sutcliffe pada 19 Februari 2008. Bean dan Sutcliffe berpisah pada 6 Ogos 2010,[15][16] dan perceraian itu diselesaikan pada 21 Disember 2010.[17] Bean memulakan hubungan dengan pelakon, Ashley Moore pada tahun 2013.[18]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1984 Winter Flight Pelacur
1986 Caravaggio Ranuccio
1988 Stormy Monday Brendan
1989 How to Get Ahead in Advertising Larry Frisk
1989 The Fifteen Streets Dominic O'Brien
1989 War Requiem Askar Jerman
1990 Windprints Anton
1990 Field, TheThe Field Tadgh McCabe
1992 Patriot Games Sean Miller
1994 Shopping Venning
1994 Black Beauty Farmer Grey
1995 GoldenEye Alec Trevelyan / Janus
1996 When Saturday Comes Jimmy Muir
1997 Anna Karenina Vronsky
1998 Ronin Spence
1998 Airborn Dave Toombs
2000 Essex Boys Jason Locke
2001 Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring, TheThe Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring Boromir
2001 Don't Say a Word Patrick Koster
2002 Lord of the Rings: The Two Towers, TheThe Lord of the Rings: The Two Towers Boromir
2002 Equilibrium Errol Partridge
2002 Tom and Thomas Paul Shepherd
2003 Lord of the Rings: The Return of the King, TheThe Lord of the Rings: The Return of the King Boromir
2003 Big Empty, TheThe Big Empty Koboi
2004 National Treasure Ian Howe
2004 Troy Odysseus
2005 North Country Kyle
2005 Flightplan Kapten Marcus Rich
2005 Island, TheThe Island Dr. Merrick
2006 Dark, TheThe Dark James
2006 Silent Hill Chris Da Silva
2007 Hitcher, TheThe Hitcher John Ryder
2007 Outlaw Danny Bryant
2007 Far North Loki
2010 Black Death Ulric
2010 Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief Zeus
2010 Ca$h Pyke Kubic
Reese Kubic
2011 Death Race 2 Markus Kane
2011 Age of Heroes Jones
2012 Cleanskin Ewan
2012 Soldiers of Fortune Dimidov
2012 Mirror Mirror Raja, Bapa Snow White
2012 Silent Hill: Revelation 3D Christopher Da Silva / Harry Mason
2014 Wicked Blood Frank Stinson
2015 The Snow Queen: Magic of the Ice Mirror Arrog Suara
2015 Any Day Vian
2015 Jupiter Ascending Stinger Apini
2015 Pixels Corporal Hill
2015 The Martian Mitch Henderson
2016 The Young Messiah Severus

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1984 The Bill Horace Clark Episod: "Long Odds"
1984 Punters Lurch Filem televisyen
1985 Exploits at West Poley Scarred Man Filem televisyen
1986 The Practice 2 episod
1988 The Storyteller The Prince Episod: "The True Bride"
1988 Troubles Capt. Bolton Filem televisyen
1989 The Jim Henson Hour Prince Episod: "Musicians"
1990 Screen Two Vic Episod: "Small Vones"
1990 Lorna Doone Carver Doone Filem televisyen
1990 Wedded Man Filem televisyen
1991 4 Play Smith Episod: "In the Border Country"
1991 Screen One Gabriel Lewis / Jack Morgan 2 episod
1991 Clarissa Lovelace 4 episod
1992 Inspector Morse Alex Bailey Episod: "Absolute Conviction"
1992 Fool's Gold: The Story of the Brink's-Mat Robbery Micky McAvoy Filem televisyen
1992 My Kingdom for a Horse Steve Minisiri
1993 Sharpe's Rifles Sarjan/Leftenan Richard Sharpe Filem televisyen
1993 Sharpe's Eagle Kapten Richard Sharpe Filem televisyen
1993 Lady Chatterley Mellors Minisiri
1993 A Woman's Guide to Adultery Paul Minisiri
1994 Jacob Esau Filem televisyen
1994 Sharpe's Company Kapten Richard Sharpe Filem televisyen
1994 Sharpe's Enemy Major Richard Sharpe Filem televisyen
1994 Sharpe's Honour Major Richard Sharpe Filem televisyen
1994 Scarlett Lord Richard Fenton Minisiri
1995 Sharpe's Gold Major Richard Sharpe Filem televisyen
1995 Sharpe's Battle Major Richard Sharpe Filem televisyen
1995 Sharpe's Sword Major Richard Sharpe Filem televisyen
1996 Decisive Weapons Pencerita Dokumentari
1996 Sharpe's Regiment Major Richard Sharpe Filem televisyen
1996 Sharpe's Siege Major Richard Sharpe Filem televisyen
1996 Sharpe's Mission Major Richard Sharpe Filem televisyen
1997 Sharpe's Revenge Major Richard Sharpe Filem televisyen
1997 Sharpe's Justice Major Richard Sharpe Filem televisyen
1997 Sharpe's Waterloo Leftenan Kolonel Richard Sharpe Filem televisyen
1998 The Canterbury Tales The Nun's Priest Suara
Episod: "Leaving London"
1999 Bravo Two Zero Andy McNab Filem televisyen
1999 Extremely Dangerous Niel Bryne Minisiri
1999 The Vicar of Dibley Diri sendiri Episod: "Spring"
2003 Henry VIII Robert Aske Filem televisyen
2004 Pride Dark Suara
Filem televisyen
2006 Faceless Eddie Prey
2006 Sharpe's Challenge Lt Col Richard Sharpe Filem televisyen
2007 Once Upon a Time in Iran Pencerita Dokumentari[19]
2008–10 Crusoe James Crusoe 5 episod
2008 Sharpe's Peril Lt Col Richard Sharpe Filem televisyen
2009 Red Riding John Dawson Minisiri
2010 Lost Future, TheThe Lost Future Amal Filem televisyen
2011 Game of Thrones Eddard "Ned" Stark 10 episod
2012 Missing Paul Winstone 8 episod
2012 Accused Simon / Tracie Episod: "Tracie's Story"
2013 Family Guy Portrait Griffen Suara
Episod: "No Country Club for Old Men"
2014 Robot Chicken Walder Frey Suara
Episod: "Catdog on a Stick"
2014–15 Legends Martin Odum 20 episod
2015 The Frankenstein Chronicles John Marlott 6 episod
Penerbit (2015)
2016 The Untamed The Stranger Suara
26 episod

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
1997 GoldenEye 007 Alec Trevelyan
2002 The Lord of the Rings: The Two Towers Boromir
2006 The Elder Scrolls IV: Oblivion Martin Septim
2012 Lego The Lord of the Rings Boromir
2013 Papa Sangre II Pencerita/Panduan
2015 Kholat Pencerita

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Artis Tajuk Peranan
2002 Moby "We Are All Made of Stars" Diri sendiri

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Person Details for Shaun M Bean, "England and Wales Birth Registration Index, 1837-2008" — FamilySearch.org". familysearch.org. 
  2. ^ Jack de Aguilar. "Sean Bean Triumphs at International Emmys For Transvestite Teacher in 'Accused'". Contact Music. Dicapai 11 December 2013. 
  3. ^ a b "Sean Bean Biography". Tiscali. m/s. 1. Dicapai 14 September 2006. 
  4. ^ Trowbridge, Simon. The Company: A Biographical Dictionary of the Royal Shakespeare Company, Oxford: Editions Albert Creed (2010) ISBN 978-0-9559830-2-3
  5. ^ The Company: A Biographical Dictionary of the RSC: Supplementary Material
  6. ^ "Sharpe still cuts it". London: The Times. 22 April 2006. Dicapai 14 September 2006. 
  7. ^ "When Saturday Comes". The New York Times. 
  8. ^ "When Saturday Comes review". Rotten Tomatoes. Diarkibkan daripada asal pada 13 October 2008. Dicapai 14 September 2006. 
  9. ^ "FIFA World Cup and Official FIFA Events: Programming". FIFA Films. Retrieved 28 January 2013
  10. ^ "Sean Bean on 'great honour' of playing a James Bond villain". Digital Spy. 30 October 2012. Dicapai 17 August 2013. 
  11. ^ 'Game Of Thrones' Star Sean Bean On Playing 'A Good Man For A Change' MTV Retrieved 20 April 2011
  12. ^ fairiesfly (30 March 2012). "Mirror Mirror (2012)". IMDb. 
  13. ^ "Sean Bean Back For Silent Hill Sequel". Empire Online. Dicapai 17 March 2011. 
  14. ^ spyrosmet. "Missing (TV Series 2012)". IMDb. 
  15. ^ "Sean Bean To Divorce". National Ledger. 7 August 2010. Dicapai 9 August 2010. 
  16. ^ "Sean Bean splits from fourth wife after two years of marriage" (reprint). London: Daily Mail. 6 August 2010. Dicapai 6 August 2010. 
  17. ^ "'LOTR' star divorces for a fourth time". Canoe Inc. 22 December 2010. Dicapai 13 April 2011. 
  18. ^ Strang, Fay (21 November 2013). "It's Bean a good night! Sean leaves club arm-in-arm with new girlfriend Ashley". dailymail.co.uk. London. Dicapai 21 November 2013. 
  19. ^ "Radio and TV Narration". compleatseanbean.com. 

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]

  • Trowbridge, Simon: The Company: A Biographical Dictionary of the Royal Shakespeare Company, Oxford: Editions Albert Creed (2010) ISBN 978-0-9559830-2-3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]