Sejarah perkakasan pengkomputan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Komputer ialah mesin untuk mengolah data berpandukan siri suruhan yang ditetapkan.

Menentukan mana-mana satu peranti merupakan komputer terawal adalah susah kerana takrif komputer pada dirinya telah berubah-ubah. Banyak peranti yang pada suatu ketika dipanggil "komputer" tidak layak lagi dipanggil sedemikian menurut taraf hari ini. Istilah "komputer" dalam bahasa Inggeris pada asalnya merujuk kepada ahli kira yang melakukan penghitungan berangka (komputer manusia), seringnya dengan bantuan peranti hitung mekanik seperti sepua, pembaris gelongsor, dan barangkali juga astrolab atau mekanisme Antikythera (yang wujud sejak sekitar 150-100 SM). Akhir Zaman Pertengahan memperlihatkan kecergasan semula matematik dan kejuruteraan Eropah, dengan peranti Wilhelm Schickard pada tahun 1623 merupakan salah satu alat kira terawal yang dicipta oleh jurutera Eropah.

Abad ke-19[sunting | sunting sumber]

Alat tenun Jacquard merupakan salah satu peranti boleh atur cara yang pertama.

Walaupun banyak alat kira telah direka, tidak terdapat sebarang peranti itu yang sepadan dengan takrif moden komputer kerana kesemua itu tidak boleh diaturcarakan. Pada tahun 1801, Joseph Marie Jacquard memperbaik mesin tenun tekstil dengan menggunakan kad tebuk kertas sebagai templat bagi membenarkan mesinnya menenun corak yang rumit dan berjalin-jalin secara automatik. Mesin tenunnya merupakan satu langkah yang penting dalam pengembangan komputer kerana penggunaan kad tebuknya itu, walaupun terhad, boleh diperlihatkan sebagi sejenis kebolehaturcaraan yang awal.

Pada tahun 1837, Charles Babbage merupakan orang yang pertama untuk mengkonsepsikan dan mereka bentuk komputer mekanik boleh atur cara penuh yang dikenalinya sebagai "Enjin Analisis". (Enjin Analisis Babbage harus tidak dikelirukan dengan enjin pembezaannya yang merupakan sebuah alat kira mekanik tak boleh atur cara.) Diakibatkan kewangan yang terhad serta ketakmampuannya bertahan daripada menggodek-godek reka bentuknya, beliau tidak pernah membina enjin tersebut.

Pemprosesan data automatik kad tebuk berskala besar dilakukan untuk Banci Amerika Syarikat pada tahun 1890 melalui mesin jadual yang direka bentuk oleh Herman Hollerith dan dikilangkan oleh Perbadanan Penghitungan Penjadualan Pencatatan (Computing Tabulating Recording Corporation, bakal IBM). Menjelang akhir abad ke-19, sebilangan teknologi yang kemudian terbukti berguna dalam penciptaan komputer yang praktik mula muncul: kad tebuk, algebra Boolean, tiub vakum (injap termion) dan telepencetak.

1900-1950[sunting | sunting sumber]

EDSAC ialah salah satu komputer terawal yang menggunakan atur cara tersimpan (seni bina von Neumann).

Pada separuh pertama abad ke-20, banyak keperluan pengiraan saintifik dipenuhi oleh komputer analog yang semakin canggih dan yang menggunakan model mekanik atau elektrik sebagai asas untuk penghitungan. Bagaimanapun, kesemua ini tidak boleh diaturcarakan dan umumnya tidak memiliki keserbagunaan dan kejituan komputer digital moden.

Satu siri peranti pengiraan yang semakin berkuasa dan fleksibel dicipta pada 1930-an dan 1940-an yang beransur-ansur menambah ciri-ciri utama yang terdapat pada komputer moden kini. Kegunaan elektronik digital (terumatanya direka oleh Claude Shannon pada 1937) dan kebolehaturcaraan yang lebih fleksibel merupakan langkah yang amat penting, tetapi untuk menetapkan satu titik dalam perjalanan ini sebagai "komputer elektronik digital yang pertama" adalah amat susah. [1]. Pencapaian-pencapaian terkenal termasuk:


Ciri-ciri tertakrif bagi lima buah komputer digital boleh kendali yang pertama
Komputer Ditunjukkan boleh berfungsi Perduaan Elektronik Boleh diatur cara Turing sempurna
Zuse Z3 Mei 1941 Ya Tidak Dengan filem stock tebuk Ya (1998)
Komputer Atanasoff–Berry Musim panas 1941 Ya Ya Tidak Tidak
Colossus Disember 1943 /
Januari 1944
Ya Ya Sebahagian, melalui pendawaian semula Tidak
Harvard Mark I – IBM ASCC 1944 Tidak Tidak Dengan pita kertas tebuk Ya (1998)
ENIAC 1944 Tidak Ya Sebahagian, melalui pendawaian semula Ya
1948 Tidak Ya Dengan ROM Jadual Fungsi Ya


Banyak pembangun ENIAC mengakui kecacatan komputeer itu lalu mencipta reka bentuk yang jauh lebih fleksibel dan bijak yang kini dikenali sebagai seni bina atur cara tersimpan atau seni bina von Neumann. Reka bentuk ini diperikan buat pertama kali secara formal oleh John von Neumann dalam kertas kerjanya, "Draf Pertama Laporan Tentang EDVAC" yang diterbitkan pada 1945. Sebilangan projek untuk mengembangkan komputer berdasarkan seni bina atur cara tersimpan bermula pada sekitar masa ini, dengan yang pertama disiapkan di Great Britain. Komputer pertama yang terbukti boleh dikendalikan ialah Mesin Uji Kaji Skala Kecil Manchester (Manchester Small-Scale Experimental Machine, SSEM) atau "Bayi" (Baby). Bagaimanapun, EDSAC yang disiapkan setahun selepas SSEM mungkin merupakan komputer praktik yang pertama untuk reka bentuk atur cara tersimpan. Tidak lama selepas itu, EDVAC yang pada asalnya diperikan dalam kertas kerja von Neumann disiapkan tetapi tidak digunakan sepenuhnya sehingga dua tahun kemudian.

Hampir semua komputer moden menggunakan sesetengah bentuk seni bina atur cara tersimpan yang telah dijadikan satu ciri untuk berlayak ditakrifkan sebagai "komputer" pada hari ini. Mengikut piawai itu, banyak peranti yang lebih awal tidak lagi dipanggil komputer berdasarkan takrif tersebut, tetapi dirujuk sebegitu berdasarkan konteks sejarahnya. Sedangkan teknologi yang digunakan dalam komputer telah berubah secara pesat sejak komputer elektronik serba guna yang pertama pada dekad 1940-an, kebanyakannya masih menggunakan seni bina von Neumann. Reka bentuk itu menyebabkan komputer sejagat menjadi suatu kenyataan praktik.

Selepas 1950[sunting | sunting sumber]

Mikropemproses merupakan peranti yang sering menggunakan CPU atur cara tersimpan.

Komputer berdasarkan tiub vakum digunakan pada sepanjang dekad 1950-an tetapi digantikan sebahagian besarnya pada dekad 1960-an oleh peranti berdasarkan transistor yang lebih kecil, cepat, murah, lebih boleh diharap, dan menggunakan kurang kuasa. Faktor-faktor itu membenarkan komputer dikeluarkan pada skala komersil yang tidak pernah berlaku dahulu. M

enjelang dekad 1970-an, penggunaan teknologi litar bersepadu dan kemudiannya penciptaan mikropemproses seperti Intel 4004 menyebabkan satu lagi lompatan dalam saiz, laju, harga dan kebolehpercayaan. Kemudian pada dekad 1980-an, komputer telah menjadi cukup kecil dan murah untuk menggantikan kawalan mekanik yang mudah di dalam alat rumah seperti mesin basuh. Lebih kurang pada masa itu, komputer mampu dibeli oleh kebanyakan orang untuk penggunaan peribadi dalam bentuk komputer rumah dan komputer peribadi kini. Sehubungan dengan perkembangan internet yang pesat sejak dekad 1990-an, komputer peribadi kini semakin seumum televisyen dan telefon, dengan hampir semua peranti elektronik mengandungi sesetengah jenis komputer terbenam di dalamnya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Wikiversity
Di Wikiversity, anda boleh mempelajari tentang:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]