Sekolah Kebangsaan Batu Berendam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam
Lokasi
KM. 7.2 Batu Berendam, 75350, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoCemerlang, Gemilang
Nombor sekolah6063171496
Kod sekolahMBA2016[1]
Pengerusi PIBGEn. Mohd Tuah bin Ismail
Guru besarPuan Maharia binti Baharuddin
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Hairul Nizam Bin Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Nor Azilah binti Hamzah
Penolong Kanan KokurikulumEncik Norzamri bin Sulaiman
Faks6063175730
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Batu Berendam atau nama ringkasnya SK Batu Berendam, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di KM. 7.2 Batu Berendam.

Pada 2019, Sekolah Kebangsaan Batu Berendam memiliki 409 pelajar lelaki dan 374 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 783 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.2019

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam telah diasaskan pada tahun 1900 oleh kerajaan British dengan menggunakan nama "Sekolah Melayu Batu Berendam". Pembinaan sekolah ini adalah atas inisiatif masyarakat sekitar kampung. Sekolah ini ditadbirkan oleh Guru Besar yang pertama iaitu Cikgu Jonid bin Abu. Pada awalnya sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan kayu mengandungi 4 bilik darjah serta murid seramai 25 orang.
Pada tahun 1926, sebuah bangunan baru didirikan menggantikan bangunan yang sedia ada. Bangunan yang diperbuat daripada kayu ini juga mengandungi 4 bilik darjah dengan saiz yang lebih besar (yang mengandungi 2 tingkat) Bangunan ini telah dirobohkan pada tahun 1994 bukan kerana lama tetapi tapak kawasan ini digunakan untuk pembinaan bangunan yang baharu. 
Jumlah murid yang semakin bertambah setiap tahun mendorong kerajaan membina sebuah bangunan dua tingkat dengan belanjaan sebanyak RM 58,000. Bangunan ini siap digunakan dalam tahun 1972 yang pada ketika itu menempatkan sebuah bilik guru, pejabat, tiga bilik darjah serta tandas dan satu ruang kecil yang diubahsuai menjadi bilik sumber dan tiga bilik darjah. Perkembangan Sekolah Kebangsaan Batu Berendam tidak terhenti setakat itu.
Sebaliknya pada tahun 1991 dan 1992, sekolah telah mendapat peruntukan dari Kerajaan sebanyak RM 75,000 bagi membina dua blok bilik darjah di bawah projek gotong-royong. Kedua–dua blok ini kini dikenali sebagai Blok D dan E dan khusus menempatkan kelas Tahap 1.
Meskipun hanya proiek gotong- royong, tetapi ia dilengkapi dengan kemudahan prasarana. Seterusnya pada tahun 1983, kerajaan telah membina sebuah lagi bangunan 3 tingkat (kini disebut Blok C) yang mengandungi 8 buah bilik darjah, perpustakaan, bilik Alat Pandang Dengar (APD), stor dan tandas serta sebuah kantin. Disebabkan oleh pembangunan infrastruktur di kawasan Batu Berendam semakin pesat menyebabkan berlakunya kebanyakkan pelajar, pihak sekolah terpaksa mengadakan 2 waktu sesi persekolahan yang dimulakan pada tahun 1993.
Ketidakselesaan murid- murid mengikuti pelajaran, telah mendapat perhatian dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seterusnya meluluskan peruntukan membina bangunan tambahan empat tingkat yang terdiri dari 10 buah bilik darjah serta pejabat sekolah. Untuk itu kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 478, 000 bagi menyiapkan dan melengkap bangunan ini. Bangunan ini telah digunakan sepenuhnya mulai 20 Jun 1994. Pada tahun 2010, satu bagunan baru di Blok D, telah dibina menempatkan kelas-kelas, bilik-bilik khas dan surau.
Senarai guru besar
  • 1907 - 1909  : En Jonid b Abdullah
  • 1909 - 1910  : En Baba b Idris
  • 1910 -1918  : En Osman b Bulat
  • 1918 - 1922  : En Abd Aziz b Khamis
  • 1923-1946  : En Husin b Siron
  • 1947 -1948  : En Daleb b Uteh
  • 1948 - 1949  : En Ab Wahab b Md Amin
  • 1949 - 1953  : En Abd Samad b Abdullah
  • 1954 - 1959  : En Alias b Md Derus
  • 1959 - 1960  : En Khalid b Mohammad
  • 1961-1962  : En Aziz b Khamis
  • 1962-1963  : En Sabtu b Long
  • 1963-1964  : En Md Adil b Chepak
  • 1965-1966  : En Omar b Meun
  • 1967 -1973  : En Ahmad b Omar
  • 1973-1977  : En Harun b Pit
  • 1977 -1986 : Tn Hj Md Yasin - Ghani
  • 1987-1989  : En Md Jani b Awal
  • 1989-1992  : Tn Hj Mohamad b Hj Nor
  • 1992-2006  : En Sulaiman b Hashim
  • 2006-2008  : En Mohd Saat b Hj Latiff
  • 2008-2013  : Tn Hj Adam b Mohammad
  • 2013-2015 : En Zainal b Mohd Kattas
  • 2015 - 2019  : En Mohd Ali b Yusop
  • 2019 - 2020  : Puan Junalis binti Mahmod
  • 2020 - kini  : Puan Maharia binti Baharuddin

Logo sekolah[sunting | sunting sumber]

Cogankata[sunting | sunting sumber]

  • Berilmu, Berusaha, Berbakti

[sunting | sunting sumber]

Lambang sekolah ini berbentuk sebutir berlian yang melambangkan ketinggian nilai-nilai estetikanya. Terdapat huruf SKBB sebagai akronim bagi nama Sekolah Kebangsaan Batu Berendam. Di bahagian bawah tertulis frasa ”Ilmu Obor” dan nyalaan obor dapat dilihat di bahagian atas logo.

  • Frasa Ilmu Obor: Menggambarkan bahawa ilmu yang diperolehi ibarat obor yang akan menerangi sesiapa jua yang menghargai ilmu.
  • Tulisan SKBB: Ianya terletak di atas frasa ’ilmu obor’ melambangkan bahawa Sekolah Kebangsaan Batu Berendam diasaskan atas budaya ilmu yang kukuh.
  • Obor: Obor yang menyala di atas perkataan "SKBB" melambangkan ilmu akan memberi manfaat jika ia dihargai dan diamalkan. Sinar cahayanya akan menjadi penerang warga SKBB.

Warna[sunting | sunting sumber]

  • Kuning: Melambangkan kemakmuran dan kebahagiaan kepada warga sekolah SKBB.
  • Biru: Melambangkan sikap seorang individu yang berdisiplin dan beretika serta mempunyai visi.
  • Merah: Melambangkan keberanian dan kecekalan jiwa dalam mencari ilmu.
  • Hitam: Melambangkan keteguhan dan istiqamah dalam mencapai misi

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Pada Ogos 2017, sekolah ini Johan Pertandingan Futsal Prasekolah
  2. Naib Johan bola tampar, lelaki pada Januari 2019
  3. Tempat ke-5 dalam Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula Peringkat Kebangsaan 2020 pada Disember 2020

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Batu Berendam
Km. 7.2 Batu Berendam
75350, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 6063171496
Fax = 6063175730

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]