Sekolah Kebangsaan St. Mary, Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan St. Mary

Lencana Sekolah Kebangsaan St. Mary

Alamat  Malaysia Jalan Intan Baiduri 5D, Taman Intan Baiduri , Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon 0361381258
Faksimili 0361381334
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto I Serve
Slogan I SERVE
Kod Sekolah WBB0085[1]
Guru Besar Puan Siew Mei Sin
Penolong Kanan Pentadbiran Puan Halizah bt Abdul Hamid
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Puan Noor Sa'adah bt Mahmood
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Norazizah bt Abdul Aziz
Tahun dirasmikan 1912

Sekolah Kebangsaan St. Mary merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Intan Baiduri 5D, Taman Intan Baiduri , Kuala Lumpur, Malaysia.

Pada 2023, Sekolah Kebangsaan St. Mary yang dikhaskan untuk pelajar perempuan mempunyai seramai 953 orang pelajar selain mempunyai seramai 57 orang guru. Di sekolah ini telah disediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan murid-murid

Pemandangan di sekolah ini cukup mendamaikan dan cantik diserikan dengan kolam ikan hiasan di hadapan sekolah. Laluan dari pintu pagar ke dalam sekolah juga baru sahaja dicat. Setiap pagi, kedatangan murid ke sekolah disambut ceria oleh guru dan pengawas bertugas. Sekolah ini banyak menempa kejayaan yang membanggakan dalam bidang kokurikulum dan ko akademik.

Antaranya ialah, anak didik sekolah ini berjaya merangkul tempat keenam dalam acara Squash di peringkat Kebangsaan, Johan Pertandingan Bercerita peringkat Negeri empat tahun berturut-turut, menyertai Kem Bola anjuran Astro Kasih di Barcelona, Sepanyol, Johan Tilawah Al-Quran peringkat Negeri dan banyak lagi.

Bidang akedemik di sekolah ini juga amat membanggakan. Pada 2016, Sekolah Kebangsaan St Mary mempunyai seramai 10 orang murid memperoleh 6A dalam UPSR sekaligus meletakkan sekolah ini di kedudukan terbaik seluruh Zon Sentul dan tempat kelapan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ramai murid-murid Sekolah Kebangsaan St Mary yang cemerlang berjaya memperoleh tempat di sekolah elit seluruh Malaysia. Antaranya ialah Sekolah Tun Fatimah, Kolej Tunku Kurshiah, SM Sains Hulu Selangor, Kolej Yayasan Saad, SBP Integrasi Gombak dan banyak lagi. Salah seorang alumni sekolah ini yang merupakan tokoh wanita tersohor di Malaysia ialah Tun Dr Siti Hasmah.

Sekolah Kebangsaan St Mary menyediakan 5 buah kelas bagi setiap darjah yang disusun dari Seroja, Tulip, Mawar, Anggerik dan Raya. Nama-nama kelas ini melambangkan murid-murid Sekolah Kebangsaan St Mary ialah flower yang sentiasa perlu mekar oleh para pendidik di sekolah ini yang berdedikasi. Guru Besar sekolah ini juga memanggil murid-murid di sekolah ini dengan gelaran Puteri Jelita untuk memupuk keyakinan dalam diri murid.

Satu acara unik yang diadakan setiap bulan di sekolah ini ialah Program SUIT iaitu singkatan kepada Sahsiah Unggul Insan Terbilang. Dalam program ini, sekolah akan menganugerahkan sama ada Puteri Jelita untuk pelajar bersahsiah tinggi pilihan guru kelas, Amazing Princess untuk pelajar terbaik hasil undian rakan-rakan sekelas dan Awesome Princess yang dipilih oleh Guru Besar untuk murid yang bermasalah yang berubah menjadi baik.

Setiap tahun, Hari Sukan Sekolah pasti acara yang paling dinanti-nanti oleh semua warga sekolah. Guru-guru dan Pengerusi rumah sukanlah yang paling sibuk apabila hampir menjelang Hari Sukan. Tema setiap tahun adalah berbeza-beza. Rumah Kuning memegang tampuk kejuaraan 5 tahun berturut-turut. Namun rekod itu dipecahkan oleh Rumah Biru pada tahun 2015. Rumah Hijau dan Rumah Merah pula seakan-akan bergilir-gilir di tempat Ketiga dan Keempat.

Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff iaitu Sultanah Negeri Kedah Darul Aman juga pernah bersekolah di sini.

Sekolah Kebangsaan St. Mary
Jalan Intan Baiduri 5D, Taman Intan Baiduri , Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon = 0361381258
Fax = 0361381334


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 2018-09-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]