Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah
Sultan Azlan Shah Islamic School
Lokasi
32610 Seri Iskandar, Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Nama lamaSekolah Menengah Kebangsaan Agama Perak
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh,Sekolah Kluster Kecemerlangan
Autoriti pendidikanPPD Perak Tengah
Nombor sekolah605-3711689
Kod sekolahARA8001
PengetuaTuan Haji Taufik Suhaimi Bin Ahmad
Tenaga pengajar51
JantinaLelaki Dan Perempuan
Jumlah penuntut611
Kelas24
SloganDi Sini Lahirnya Sumber Manusia Kekasih Allah
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Haza Liza Binti Mohd Puad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Norihan Binti Mat Isa
Penolong Kanan KokurikulumPuan Maizatun Rahayu Binti Rahmat
Faks605-3712360
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah atau nama ringkasnya SMKA Sultan Azlan Shah, ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Seri Iskandar,Bota, Perak.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah memiliki 326 pelajar lelaki dan 331 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 657 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.

Terkini, bagi tahun 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah telah menerima seramai 238 pelajar lelaki dan 328 pelajar perempuan, dengan jumlah keseluruhan murid adalah seramai 566 orang. Bilangan kekuatan pengurusan dan pentadbiran adalah seramai 53 orang guru dan 22 orang anggota kumpulan pelaksana.

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bermula sebagai SMKA Perak (1 Januari 1984 - 16 Jun 1988)[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS) atau dahulunya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perak (SMKAP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1984 yang juga merupakan SMKA yang pertama di negeri Perak ini.

Pengambilan pelajar perintisnya dibuat pada 16 Januari 1984, iaitu seramai 106 orang pelajar terpilih dari seluruh Perak ditempatkan di Tingkatan Satu. Pada ketika itu, sekolah ini masih tidak mempunyai bangunannya sendiri dan hanya menumpang di bangunan Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh. Hanya terdapat dua blok asrama kepunyaan Sekolah Menengah Gunung Rapat yang dipinjamkan secara penuh untuk penginapan pelajar SMKAP.

Ditukar kepada SMKA Sultan Azlan Shah (16 Jun 1988 - kini)[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 18 Disember 1987 ia dipindahkan ke bangunan baru di Seri Iskandar, Perak. Bilangan tenaga pengajar pada ketika itu adalah seramai 32 orang. Sekolah ini telah dirasmikan pada 16 Jun 1988 oleh DYMM Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah. Bersempena dengan perasmian itu, nama sekolah daripada SMKA Perak telah ditukar kepada SMKA Sultan Azlan Shah bersempena dengan nama baginda.

Pencapaian sekolah[sunting | sunting sumber]

Akademik

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS) telah melalui banyak pengalaman yang manis dan membanggakan sepanjang 37 tahun usianya. Pencapaian cemerlang di bidang kurikulum dan juga kokurikulum menjadikannya unggul di persada pendidikan negara.

Buktinya, pada tanggal 15 Mei 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS) telah dianugerahkan penarafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Akademik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penarafan ini amat membanggakan kerana usaha jitu yang berterusan oleh semua pihak telah membuahkan hasil.

Pada tahun 2016, SMKASAS telah menunjukkan peningkatan di dalam peperiksaan awam 2016. Dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), SMKASAS telah memperoleh keputusan cemerlang iaitu seramai 30 orang memperoleh 11A. Dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seramai 3 orang memperoleh keputusan 11A dan di dalam Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) seramai 2 orang memperoleh keputusan 4A.

Keberangkatan DYMM Sultan Perak[sunting | sunting sumber]

18 Mei 2009[sunting | sunting sumber]

Hari bersejarah sekolah sekali lagi menjelma di mana bertarikh 18 Mei 2009 bersamaan 23 Jamadil Awwal 1430H D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah dan D.Y.M.M Raja Permaisuri Perak telah berkenan hadir ke Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak Dan Hari Anugerah Kecemerlangan SMKA Sultan Azlan Shah Seri Iskandar Sempena 25 Tahun pemerintahan baginda dan juga 25 tahun usia SMKASAS.

22 April 2017 [1][sunting | sunting sumber]

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah berkenan menghadiri Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan 2017 pada 22 April 2017 bersamaan 25 Rejab 1438H

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Pengarah Pendidikan Negeri, Mat Lazim Idris.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut menyampaikan anugerah kepada 40 pelajar sekolah berkenaan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan dalaman. Baginda turut menyampaikan anugerah kepada 47 pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam, termasuk Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sjil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2016. Baginda juga berkenan menyampaikan anugerah kepada guru panitia bagi peperiksaan awam 2016, selain tiga anugerah kepada tokoh pelajar. Sultan Nazrin turut berkenan memberi sumbangan RM200,000 kepada pihak sekolah bagi membantu memperkasa program pendidikan di sekolah berkenaan.

Sistem Pembelajaran & Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Sistem pembelajaran di SMKA Sultan Azlan Shah adalah mengikut standard kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mata pelajaran agama adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh seitiap pelajar

Majlis Pengurusan SMKA Sultan Azlan Shah adalah seperti berikut:-

Pengetua  : Tuan Haji Taufik Suhaimi Bin Ahmad

Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik : Puan Hajah Haza liza Binti Mohd Puad

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  : Puan Norihan Binti Mat Isa

Penolong Kanan Kokurikulum  : Puan Maizatu Rahayu Binti Rahmat

Penolong Kanan Tingkatan 6  : Encik Mohd Fazdly Bin Che Kamarudin

Ketua Jabatan Bahasa  : Puan Norayun Binti Abdullah

Ketua Jabatan Pendidikan Islam  : Puan Marsirah Binti Mustapah

Ketua Jabatan Sains & Matematik  : Puan Hamizan Binti Wook

Ketua Jabatan Kemanusiaan  : Puan Rahayu Binti Karim

Ketua Jabatan Teknik & Vokasional  : Puan Zaimah Binti Ibrahim

Tingkatan[sunting | sunting sumber]

  • Menengah Rendah
    • Tingkatan Satu
    • Tingkatan Dua
    • Tingkatan Tiga
  • Menengah Atas
    • Tingkatan Empat
    • Tingkatan Lima
  • Pra-Universiti
    • Tingkatan Enam Bawah
    • Tingkatan Enam Atas

Aliran[sunting | sunting sumber]

Mata Pelajaran[sunting | sunting sumber]

Menengah Rendah

Teras[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah

Elektif[sunting | sunting sumber]

  • Geografi
  • Pendidikan Islam
  • Reka Bentuk Dan Teknologi
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
  • Kelas Kemahiran Al-Quran(Saringan)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Teras[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah

Elektif[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Fizik/Physics
  • Kimia/Chemistry
  • Biologi/Biology
  • Matematik Tambahan/Additional Mathematics
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi
  • Sains
  • Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
  • Kelas Kemahiran Al-Quran(Saringan)


Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)'

Infrastruktur Sekolah[sunting | sunting sumber]

Dewan Besar/Dewan As-Syafie[sunting | sunting sumber]

Merupakan tempat berlangsungnya acara rasmi seperti perhimpunan hari Jumaat, Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK). Terletak di hadapan blok A.

Dewan Kluster/Centre of Cluster[sunting | sunting sumber]

Dewan ini adalah di mana diadakan kelas atau perjumpaan para Pemimpin Pelajar atau Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR).Selain itu, Dewan ini digunakan sebagai alternatif jika dewan besar tidak boleh digunakan. Ia terletak di blok B. Dewan ini dilengkapi dengan projektor, smartboard, papan putih, pendingin hawa dan kerusi bermeja.

Dewan Kuliah Tingkatan 6[sunting | sunting sumber]

Dewan ini terletak di sebaris denganDewan Kluster. Dewan ini dilengkapi dengan [[]] projektor, papan putih, pendingin hawa dan kerusi bermeja.

Pejabat[sunting | sunting sumber]

Ia terletak di blok A. Di sinilah terletaknya pejabat penolong kanan pentadbiran, penolong kanan Hal Ehwal Murid serta pengetua. Segala urusan rasmi pelawat luar dengan pihak SMKA Sultan Azlan Shah perlulah dibuat di pejabat.

Bilik Guru[sunting | sunting sumber]

Ia terletak di blok A tingkat dua.Tingkat dua menempatkan bilik guru-guru tingkatan 6, bilik guru tingkatan 1 hingga 5 mengikut jabatan masing-masing .

Kantin[sunting | sunting sumber]

Terletak di sebelah padang. Kantin ini turut dibuka dari pagi sehingga bermulanya kelas persediaan (prep) bagi pelajar-pelajar membeli makanan untuk mengalas perut.

Padang Belakang[sunting | sunting sumber]

Terletak berhampiran dengan asrama putera. Ia selalu digunakan untuk aktiviti riadah oleh pelajar lelaki. Padang ini turut dilengkapi dengan dua batang tiang gol (Bola Sepak),gelanggang bola tampar,2 gelanggang sepak takraw,gelanggang tennis,gelanggang futsal

Padang Hadapan[sunting | sunting sumber]

Padang ini digunakan oleh pelajar-pelajar semasa latihan sukan seperti latihan bola jaring serta juga diadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah( KOT)

Bilik Peperiksaan[sunting | sunting sumber]

Bilik ini ialah tempat bagi guru-guru menggubal soalan dan menyimpan soalan-soalan peperiksaan dalaman. Bilik ini juga dilengkapi dengan komputer dan mesin cetak.

Bilik Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Ia ialah tempat perancangan aktiviti kokurikulum serta nadi gerak kokurikulum sekolah.

Bilik Kemahiran Al-Quran[sunting | sunting sumber]

Terletak di bangunan C. Bilik ini bersebelahan dengan Studio Sofwatunnur. Bilik ini turut dilengkapi dengan komputer, projektordan papan putih . Program Kelas Kemahiran al-Quran sering dijalankan di dalam bilik ini.

Perpustakaan/ARC[sunting | sunting sumber]

Terletak di bangunan blok B, ARC(Azlan Resources Centre) ialah sumber pengetahuan yang penting serta boleh dicapai oleh semua pelajar sekolah. ARC turut dibuka pada waktu kelas persediaan petang (prep) untuk para pelajar mengulang kaji di dalamnya.

Makmal Komputer[sunting | sunting sumber]

Makmal Komputer ini terletak berhampiran di blok pelajar tingkatan satu. Dilengkapi dengan set komputer dan capaian internet jalur lebar. Makmal ini turut dibuka pada waktu kelas persediaan (prep) untuk para pelajar mencari maklumat berkenaan pelajaran di Internet.

Koperasi[sunting | sunting sumber]

Nadi ekonomi pelajar sekolah ini terletak di bangunan B.

Asrama[sunting | sunting sumber]

Asrama Putera[sunting | sunting sumber]

Asrama Putera terletak di hadapan masjid, berhampiran dengan kawasan sekolah. Ia dua buah blok banggunan iaitu blok A dan B. Blok B berhampiran dengan Dewan Makan Putera. Memandangkan SMKA Sultan Azlan Shah merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), kesemua pelajar wajib menetap di asrama. Susunan pelajar di asrama adalah mengikut apa yang telah ditetapkan pada hari pendaftaran pelajar.

Asrama Putera mempunyai 3 aras dengan dorm pelajar bermula daripada aras kedua hingga aras ketiga. 15 orang pelajar diperuntukkan untuk setiap dorm. Asrama Putera dilengkapi dengan kemudahan mesin basuh berbayar, arena futsal serta ampaian-ampaian. Bilik penyelia asrama terletak di blok A.

Asrama Puteri[sunting | sunting sumber]

Asrama Puteri terletak diatas bukit sedikit dan mempunyai dua buah blok asrama setinggi dua tingkat. Berhampirannya juga terdapat empat buah kuarters guru. Di sebelah belakangnya pula, terdapat kediaman rasmi pengetua SMKASAS. Susunan asrama untuk pelajar perempuan juga mengikut apa yang ditetapkan semasa hari pendaftaran.

Masjid At-Tarbiyah[sunting | sunting sumber]

Masjid menjadi tempat utama program-program kerohanian anjuran Badan Dakwah dan Rohani (BADAR). Solat berjemaah turut wajib ditunaikan oleh para pelajar muslimin dan muslimat.Di masjid ini juga para pelajar muslimin berkumpul untuk menjalankan solat jumaat secara berjemaah

Dewan Makan[sunting | sunting sumber]

Dewan makan merupakan tempat untuk para pelajar menjamu makanan yang tidak dihidangkan dengan baik, pelajar menjumpai pelbagai bendasing yang tak sepatutnya ada di makanan seperti tikus, ular dan lalat.Ultraman pernah menjamu selera di tempat ini. Para pelajar di SMKA Sultan Azlan Shah diberikan makan sebanyak 6 kali sehari

Aktiviti kokurikulum[sunting | sunting sumber]

SMKASAS cukup dikenali dengan kebitaraannya iaitu nasyid .SMKASAS juga sangat mementingkan kemahiran pelajar dalam berorganisasi. Hari Rabu diperuntukkan untuk aktiviti kokurikulum untuk pelajar-pelajar SMKASAS. Sebuah perhimpunan kokurikulum serta perjumpaan unit-unit beruniform, kelab dan persatuan serta kelab-kelab sukan dan permainan diadakan pada setiap hari rabu setiap minggu. Pelajar-pelajar SMKASAS diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang disertai mereka dipilih oleh pelajar itu sendiri semasa minggu orientasi.

Unit Beruniform[sunting | sunting sumber]

  • Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
  • Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
  • Pengakap
  • Taekwondo
  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  • PKBM Laut

Kelab dan persatuan[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Bahasa Melayu
  • English Language Society (ELS)
  • Persatuan Bahasa Arab
  • Persatuan Sains dan Matematik
  • Persatuan Sejarah
  • Kelab Kerjaya
  • Kelab Skim Pinjaman Buku Teks (Kelab SPBT)
  • Persatuan Usahawan Muda (PUM)
  • Kelab Pencegah Jenayah
  • Kelab Rukun Negara
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Kesenian & Kebudayaan
  • Kelab Kemahiran Al-Quran (KKQ)
  • Kelab Alam Sekitar

Pakaian seragam[sunting | sunting sumber]

Sukan dan permainan[sunting | sunting sumber]

  • Bola sepak
  • Bola baling
  • Tenis
  • Badminton
  • boling
  • hoki
  • Kriket
  • Bola tampar
  • Bola jaring
  • Sepak takraw
  • Memanah
  • Catur dan Permainan Dalaman
  • Ping pong

Badan Khas[sunting | sunting sumber]

  • Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
  • Majlis Pemimpin Pelajar (MPP)
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Pustakawan SMKASAS
  • Sidang Redaksi Majalah
  • Majlis Ketua Tingkatan
  • Ahli Jawatankuasa Koperasi (Koperasi)

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Tuan Hj. Suhot bin Hj. Sayuti 1988

Tuan Hj. Megat Raduan bin Megat Taib 1988 - 1991

Tuan Hj. Ghazali bin Abdul Wahab 1992

Tuan Hj. Suhot bin Hj. Sayuti 1992 - 1995

Tuan Hj. Suib bin Hj. Arshad 1995

Tuan Hj. Suhot bin Hj. Sayuti 1997 - 2003

Tuan Hj. Arip bin Sa'aya Oktober 2004 - Oktober 2011

Puan Naemah binti Ramli November 2011 - Disember 2014

Encik Mohd. Lotpi bin Razali Disember 2014 - 2 Januari 2021

Tn Hj Taufik Suhaimi bin Ahmad 9 April 2021 -Kini

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah,
32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia.
Telefon: 605-3711689
Faks: 605-3712360


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

1) https://www.youtube.com/watch?v=0q4pgM5oAZc Hari Anugerah Kecemerlangan 2009

2) http://www.bharian.com.my/node/274585 Sultan Nazrin hadiri Hari Anugerah Kecemerlangan 2017 SMKA Sultan Azlan Shah

3) https://www.facebook.com/smkasastransformasi Laman Facebook Rasmi SMKA Sultan Azlan Shah

4) https://www.instagram.com/smkasastransformasi/ Laman Instagram Rasmi SMKA Sultan Azlan Shah