Perak Tengah
Batang Padang District | |
---|---|
Daerah Batang Padang | |
Transkripsi Other | |
• Cina | 中霹雳县 |
• Tamil | பேராக் தெஙஹ் |
![]() Lokasi Perak Tengah di Perak | |
Lokasi Perak Tengah di Malaysia | |
Koordinat: 4°15′N 100°55′E / 4.250°N 100.917°EKoordinat: 4°15′N 100°55′E / 4.250°N 100.917°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Kerusi | Seri Iskandar |
Kerajaan kawasan tempatan | Majlis Daerah Perak Tengah |
Kerajaan | |
• Pegawai daerah | Ghopran Bin Yeop Hamzah[1] |
Luas | |
• Jumlah | 1,279.46 km2 (494.00 batu persegi) |
Populasi (2010)[3] | |
• Jumlah | 97,530 |
• Anggaran (2015)[4] | 107,600 |
• Kepadatan | 76/km2 (200/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Not observed) |
Poskod | 326xx, 328xx-329xx |
Kod panggilan | +6-05 |
Plat pendaftaran kenderaan | A |
Perak Tengah merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak, Malaysia.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Daerah Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.
Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu :
- Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan di Parit
- Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar.
Dengan kenaikan taraf Menjadi Majlis Daerah Perak Tengah, maka kawasan tersebut adalah jauh lebih luas iaitu 9308 hektar.
- Kawasan adoption seluas 5978 hektar
- Kawasan operasi seluas 3330 hektar
Kawasan pentadbiran Perak Tengah[sunting | sunting sumber]
Sebelum 1979, daerah kecil Parit dalam Daerah Kuala Kangsar dan Kampung Gajah dalam Daerah Hilir Perak.
Perak Tengah bersempadan dengan Daerah Kuala Kangsar sebelah utara, Daerah Hilir Perak sebelah selatan, Daerah Kinta sebelah Timur dan Daerah Manjong sebelah barat.
Daerah Perak Tengah meliputi kawasan seluas kira-kira 12,205 hektar (1282.05km) persegi yang merangkumi 11 buah mukim.
Daerah ini terletak di bahagian tengah Negeri Perak. Bentuknya memanjang dari Utara ke Selatan dengan Sungai Perak mengalir di bahagian tengah membahagikan kepada dua bahagian kanan dan kiri.
Keluasan[sunting | sunting sumber]
- Luas kawasan Perak Tengah ialah 96 km persegi (9,308 ha)
Penduduk[sunting | sunting sumber]
- Jumlah penduduk Perak Tengah ialah 88,446 orang (1996)
Tempat[sunting | sunting sumber]
- Seri Iskandar
- Bota
- Lambor Kanan
- Lambor Kiri
- Kampung Gajah
- Pasir Salak
- Kota Setia
- Parit
Topografi[sunting | sunting sumber]
Kira-kira 80% dari kawasan daerah adalah tanah rata dan rendah. Cuma terdapat beberapa bahagian sahaja yang berbukit-bukau. Bukit Tunggal (645 kaki di atas aras laut) adalah puncak tertinggi dalam daerah. Selain dari Sungai Perak, daerah ini juga dialiri oleh 3 anak sungai utama iaitu Sungai Kinta, Sungai Tumbuh dan Sungai Pelus.
Iklim[sunting | sunting sumber]
Perak Tengah mengalami iklim tropika dengan purata suhu 81F. Suhu tertinggi iaitu 82F dicatat dalam bulan Mei/Jun setiap tahun. Hitung panjang kadar pengwapan bulanan ialah antara 5.9 hingga 6 inci. Perak Tengah menerima hujan yang agak tinggi iaitu purata 2000 inci setahun. Hujan lebat berlaku dalam bulan November/ Disember, manakala musim kering atau kemarau dialami pada bulan-bulan Jun/Julai.
Pentadbiran Kampung dan Mukim[sunting | sunting sumber]
Perak Tengah mempunyai satu daerah kecil iaitu Kampung Gajah. Keluasan daerah secara keseluruhannya ialah 128,205 hektar bersamaan dengan 1,282.05 km persegi. Dari segi pentadbiran, daerah ini terbahagi kepada 11 buah mukim yang ditadbir oleh 10 orang penghulu. Bilangan kampung berdasarkan pentadbiran Ketua Kampung berjumlah 101 buah. Bilangan kampung-kampung kecil ialah 219 buah.
Mukim[sunting | sunting sumber]
- Mukim Bandar
- Mukim Belanja
- Mukim Bota
- Mukim Jaya Baru
- Mukim Kampong Gajah
- Mukim Kota Setia
- Mukim Lambor Kanan
- Mukim Lambor Kiri
- Mukim Layang-Layang
- Mukim Pasir Panjang Hulu
- Mukim Pasir Salak
- Mukim Pulau Tiga
- Bandar Seri Iskandar
- Pekan Bota Kanan
- Pekan Kampong Buloh Akar
- Pekan Kota Setia
- Pekan Parit
- Pekan Tanjong Belanja
- ^ "Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah - Pegawai Daerah". pdtseriiskandar.perak.gov.my.
- ^ "RTD Perak Tengah 2030" (PDF).
- ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Parameter
|deadurl=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). m/s. 316.