Sekolah Menengah Ugama (Agama) Tarbiah Mardhiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sekolah Menengah Ugama (Agama) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, Kota Bharu, Kelantan adalah sebuah sekolah Menengah Ugama (Arab) bantuan kerajaan Kelantan di bawah pengendalian Yayasan Islam Kelantan.

Pada mulanya SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, Kota Bharu Kelantan berbentuk institusi pengajian pondok yang pertama di Kampung Panchor yang lebih dikenali dengan nama “Pondok Tok Ayah Kedah” yang mana pengasasnya ialah Tok Ayah Kedah dan tuan Guru Haji Bin Said (Lebai said).

Usaha yang dimulakan oleh kedua-dua orang tokoh pendidik itu telah diteruskan oleh Haji Nik Abdullah Bin Haji Arshad dengan perancangan yang lebih tersusun. Hasil kegigihan beliau tertubuhlah sebuah sekolah Ugama (Arab) Panchor pada tahun 1952 bersamaan 1372 hijrah, dengan nama Madrasah Al-Tarbiah Al-Mardhiah.(MTM)

Pada peringkat awal penubuhannya sekolah ini ditempatkan di sebuah bangunan kecil (wakaf) berukuran 10’ x 10’ beratapkan zink yang dijadikan dua bilik darjah. Kini bangunan baru yang berukuran 31’ x 29’ di tapak baru telah didirikan secara gotong-gotong.

Bangunan yang dibina pada tahun 1961 setelah diubahsuai, masih digunakan sehingga sekarang untuk menampung bilangan pelajar yang begitu ramai.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]