Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu
LencanaSMKWB.png
Lokasi
 Malaysia Wakaf Bharu, 16250, Wakaf Bharu,, [Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah harian
MotoBerfokus, Bersegera, Bersungguh-sungguh
Ditubuhkan16 April 1981
Kod sekolahDEA6362
Pengerusi PIBGTuan Haji Mohd Rosdi bin Abd Aziz
PengetuaPn. Wan Haryati binti Wan Junoh (2008)
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Wahab bin Ab. Rahman (2008)
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Ahmad Ghazali bin Mat Hassan (2008)
Penolong Kanan KokurikulumPn. Wan Hasnah binti Wan Yusoff (2008)
Trust Us For Excellence


Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu (SMKWB) atau nama asalnya Sekolah Menengah Rendah Wakaf Bharu mula diasaskan pada 16 April 1981. Pada peringkat permulaannya pelajar yang belajar di sini didatangkan terus dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan. Mereka terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan 2 yang tinggal di sekitar Wakaf Bharu dan kampung berdekatan termasuklah dari Kampung Chenderong Batu dan Kampung Menjual di Chabang Empat. Jumlah pelajar pada peringkat awal penubuhannya ialah seramai 421 orang iaitu 209 orang pelajar tingkatan 1 manakala tingkatan 2 seramai 212 orang. Jumlah kelas pula ialah 11 buah, 5 kelas untuk tingkatan 1 dan 6 kelas untuk tingkatan 2. Sekolah ini terletak di Wakaf Bharu, ia berada kira-kira 6 KM dari bandar Kota Bharu dan berdekatan dengan Stesen Kereta Api Wakaf Bharu. Sekolah ini terletak di antara Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu dan Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Pengetua pertama ialah Tuan Haji Husin bin Salleh yang pada ketika itu sebagai penyelia petang Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyiddin sebelum beliau dinaikkan pangkat sebagai pengetua SMKWB dan jumlah guru SMKWB di awal penubuhannya seramai 21 orang. Beliau telah memilih semua setiausaha unit Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyiddin dan ini menjadi satu pemangkin besar kepada perubahan dan peningkatan SMKWB dalam percaturan akademik di daerah Pasir Mas / Tumpat hingga ke hari ini.

Sesi persekolahannya pada mulanya hanya satu sesi dan dibuka kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Pada tahun 1982, pelajar tingkatan 1 diambil terus dari Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu, Sekolah Rendah Kebangsaan Wakaf Bharu (kini Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu), Sekolah Kebangsaan Delima, Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Sekolah Kebangsaan Chenderong Batu, Sekolah Kebangsaan Kebakat, dan Sekolah Kebangsaan Morak. Pada tahun ini juga kali pertama pelajarnya mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

Tingkatan 4 di sekolah ini mula diadakan pada tahun 1983 iaitu terdiri dari 1 kelas perdagangan dan 3 buah kelas sastera. Pada tahun ini juga SMKWB mula mengadakan dua sesi persekolahan iaitu di sesi pagi bagi pelajar tingkatan 3 dan 4 manakala sesi petang untuk tingkatan 1 dan 2. Pada tahun 1984, SMKWB mula mengadakan kelas tingkatan 5 dan kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seramai 140 orang.

Memandangkan pertambahan pesat bilangan pelajar maka pada tahun 1983 dan 1984 sekolah ini mendapat peruntukan tiga bangunan kayu tambahan (pasang siap) di bawah Rancangan projek Segera. Bangunan ini dikenali dengan nama bangunan kilat dengan mempunyai sembilan belas buah bilik darjah. Bangunan itu kini telah diberi nama baru iaitu blok Al Kindi II dan blok Ibnu Rusyd. Pada tahun 1988, bangunan bilik darjah ditambah dan seterusnya tahun 1990, bangunan satu tingkat dibina yang mampu menempatkan 11 buah bilik darjah. Bangunan musala sekolah turut diperbesarkan pada tahun 1994 bagi menampung peningkatan pertambahan bilangan pelajar.

Bermula pada tahun 1998 SMKWB terpaksa mengadakan dua sesi persekolahan di mana pelajar tingkatan 1 dan 2 belajar pada sesi petang dan pelajar tingkatan 3,4 dan 5 pada sesi pagi. Pada tahun ini juga SMKWB telah dinaikkan taraf kepada sekolah gred A. Tahun 2000 pula, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina bagi menempatkan makmal sains dan bilik darjah.

Pembukaan secara rasmi telah dilancarkan pada 1 Oktober 2002 bersamaan 24 Rejab 1423 Hijrah oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu iaitu Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin. Ketika ini SMKWB mempunyai 10 buah blok.

Sejajar dengan perkembangan ini, perancangan demi perancangan di rencana untuk meningkatkan imej SMKWB di persada dunia pendidikan. Perbincangan dan permuafakatan antara pentadbiran, guru dan ibu bapa menjadi keutamaan sekolah dalam menyusun strategi penambahbaikan akademik, kokurikulum, prasarana dan persekitaran sekolah.

Program akademik menjadi teras penekanan sekolah dan hasilnya cukup memberangsangkan di mana keputusan Peperiksaan SPM dan PMR meningkat dari segi peratus lulus mahupun kualiti tahun demi tahun. SMKWB juga telah dianugerahkan pelbagai gelaran seperti Johan Pertandingan 3K dan yang terbaru pada tahun 2002 SMKWB telah di anugerahkan Naib Johan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar dan pada tahun 2005 SMKWB telah mengungguli dalam Pengurusan SPBT dengan mendapat Naib Johan Pertandingan Pengurusan SPBT Peringkat Kebangsaan.

Pada tahun 2005, SMKWB telah menyediakan kelas untuk pelajar tingkatan 6 dan melahirkan pelajar sulung yang menduduki peperiksaan STPM. Dari segi infrastruktur sekolah ini mempunyai 58 buah bilik darjah yang akan digunakan untuk P & P dengan 10 kelas Tingkatan 4 akan belajar di sebelah petang dan di sokongan dengan sebuah bangunan makmal sains dan sebuah makmal komputer yang telah siap sepenuhnya.

Tahun 2008, sekolah ini telah menerima bilangan pelajar adalah melebihi 2200 orang dengan 153 orang guru.

Visi sekolah[sunting | sunting sumber]

SMKWB sebagai Penjana Insan Cemerlang menjelang tahun 2013.

Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Menjadikan sekolah yang ceria, selesa & selamat.
  • Membina pelajar yang mahir dan berpengetahuan serta membina jati diri yang mantap berteraskan disiplin yang tinggi.
  • Membentuk pelajar yang sihat fizikal dan cerdas minda.
  • Melahirkan pelajar beriman, beramal dan bertaqwa.

Moto sekolah[sunting | sunting sumber]

THE INSPIRING SCHOOL

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

Logo lencana merupakan lambang sekolah yang dipakai oleh semua pelajar SMKWB. Lambang kebangsaan ini mula digunakan pada 3 Mei 1981

Lencana SMKWB[sunting | sunting sumber]

Lambang[sunting | sunting sumber]

Mengandungi gelung bulatan, bentuk poligon, buku, padi, dan bunga raya.

  • Gelung bulatan - Semangat kesukanan yang tinggi.
  • Bentuk poligon - Lambang keislaman dan keislaman negara.
  • Buku - Khazanah tersimpannya berbagai-bagai ilmu.
  • Padi - Pelajar ibarat benih kesuburan yang akan berkembang maju.
  • Bunga raya - Lambang integrasi dan perpaduan antara pelajar berbilang kaum.

Warna[sunting | sunting sumber]

Empat warna yang digunakan dalam lencana sekolah mempunyai takrif seperti berikut:

  • Biru - Melambangkan ketenangan,disiplin dan keharmonian hidup masyarakat yang berilmu pengetahuan.
  • Putih - Kesucian jiwa pendidik-pendidik dan pelajar-pelajar yang sentiasa bersedia memberi dan menerima ilmu, bebas dari sebarang bentuk ideologi, ajaran sesat dan pengaruh perosak.
  • Merah - Kegigihan, ketekunan dan ketabahan jiwa pendidik-pendidik dan pelajar-pelajar dalam menghadapi cabaran ilmu dan masa. Tidak mengenal erti putus asa dalam memberi dan menerima ilmu pengetahuan setiap ketika.
  • Kuning - Norma-norma dan cara-cara hidup ketimuran yang sentiasa dipupuk selaras dengan kemajuan ilmu pengetahuan.

Lencana SMWB[sunting | sunting sumber]

Lambang[sunting | sunting sumber]

  • Bentuk poligon - Lambang keislaman, lima rukun Islam, lima prinsip rukun negara. Dan lima dasar pendidikan sekolah yang disokong oleh masyarakat sekolah ini.
  • Aliran garisan - Lambangkan penekanan kepada konsep pendidikan sepanjang hayat berasaskan kepada lima prinsip yang tersebut di atas.

Cogan kata[sunting | sunting sumber]

Iqraq bererti 'bacalah' bermaksud setiap kejayaan, kematangan fikiran dan kesempurnaan tidak akan tercapai tanpa pembacaan yang luas serta mendalam. Pembacaan itu hendaklah dilakukan sepanjang hayat demi untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Warisan Berilmu[1]

♪ ♫
Ikrar Dan Janji
Kami Tunaikan
Menjadi Pelajar Cemerlang

Ilmu Dan Amal
Kami Sepadukan
Membina Insan Sempurna

Disiplin Dan Sopan
Kami Semaikan
Menjaga Maruah Ibu Bapa
Itulah Janji Kami

Taat Dan Setia
Kami Curahkan
Kepada Guru Dan Sekolah

Agama Bangsa
Kami Pertahankan
Membela Negara Tercinta

SMK. Wakaf Bharu
Peneraju informasi
Pembentuk Sahsiah Terpuji
Pemangkin Warisan Berilmu (2X)
♪ ♫

Ciptaan dan lirik : Mohd Azmi Awang
Gubahan muzik : Mohd Zaid Darsin

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Senarai nama-nama pengetua SMKWB:[2]

  1. Tuan Haji Husin bin Salleh (16 April 1981 hingga 1 Februari 1986)
  2. Tuan Haji Abd. Razi bin Yusoff (1 Februari 1986 hingga 15 April 1989)
  3. Encik Abdul Rahman bin Jusoh (16 April 1989 hingga 15 November 1995)
  4. Encik Wan Ali bin Wan Yusuff (16 November 1995 hingga 16 Februari 1998)
  5. Tuan Haji Mohd Noor bin Zakaria (1 Mac 1998 hingga 28 Februari 2003)
  6. Tuan Haji Rashid bin Saad (1 Mac 2003 hingga 27 Januari 2006)
  7. Puan Hajah Nashimah binti Ahmad (26 Februari 2006 hingga 26 Jun 2008)
  8. Puan Hajah Wan Haryati binti Wan Junoh (22 Julai 2008 hingga 24 Februari 2011)
  9. Tuan Haji Zulkifli bin Hamzah ( 24 Julai 2011 hingga 07 Julai 2013 )
  10. En Mohd Zamri bin Abdul Aziz ( 13 Oktober 2014 hingga Sekarang )

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wakaf 2007. Edisi Ke-16. Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu. Dicapai pada 2008.
  2. ^ Wakaf 2008. Edisi Ke-17. Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu. Dicapai pada 30 Disember 2008.