Sekolah Rendah Agama Integrasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Rendah Agama Integrasi atau ringkasnya SRAI merupakan sekolah projek rintis yang dilaksanakan bermula tahun 2000 oleh Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor. Sehingga tahun 2010, sebelas (11) SRAI telah diwujudkan di 8 daerah . Sekolah ini mengabungkan Kurikulum Sekolah Rendah Agama JAIS dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) /Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).Waktu operasi pengajaran dan pembelajaran adalah dari jam 7.40 pagi hingga jam 3.30 petang.

Sejarah SRAI[sunting | sunting sumber]

SRAI merupakan singkatan Sekolah Rendah Agama Integrasi yang diwujudkan oleh Kerajaan negeri Selangor pada tahun 2000. Sebanyak 10 buah sekolah telah menjadi projek rintis.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju melakukan perubahan ke atas pelaksanaan pendidikan Islam di Sekolah – Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor dengan melaksanakan kurikulum Agama bersepadukan KBSR

Ini bermakna Sekolah – Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor akan melaksanakan KBSR sepenuhnya di samping Kurikulum Agama yang sedia ada. Sekolah yang terlibat dinamakan Sekolah Rendah Agama Integrasi ( SRAI )

Pengubahsuaian ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti Pendidikan Agama Islam mengikut resolusi Tonggak 10 YAB Menteri Besar Selagor iaitu meningkatkan penghayatan, kefahaman agama Islam dan moral melalui pendidikan bersepadu serta menyeluruh terutama di kalangan generasi muda. Ini bermakna sistem pendidikan agama dan kebangsaan hendaklah diintegrasikan bagi membolehkan semua pelajar Islam di negeri ini memperolehi pendidikan Islam yang mampan dan mantap

Kerajaan negeri melalui mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam ( STANCO ) dan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Agama Islam Selangor telah bersetuju melaksanakan SRAI sebagai satu tindak lanjut kepada resolusi Tonggak 10 YAB Menteri Besar Selangor

Keperluan masyarakat terhadap pendidikan Islam yang lebih mantap dan menyeluruh semakin meningkat. Sistem yang ada sekarang tidak mampu menerima arus perubahan yang besar ini

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Mewujudkan persekolahan satu sesi di sebuah sekolah sahaja, ini akan membolehkan kualiti keselamatan dapat dipertingkatkan.
  • Mempertimbangkan asuhan agama yang lebih menekankan amalan dapat dilaksanakan, ini memenuhi hasrat ibu bapa dan masyarakat yang berkehendakkan anak –anak mereka mendapat pendidikan Islam yang lebih mantap.
  • Untuk meningkatkan mutu pendidikan melalui Kurikulum Bersepadu dan seimbang menepati tuntutan Falsafah Pendidikan Islam JAIS.
  • Menyediakan asas pembinaan diri manusia yang mantap dan berkualiti samada dari aspek ilmu – ilmu Fardhu Ain atau Fardhu Kifayah.
  • Mempertingkatkan dan memperkembangkan lagi sistem persekolahan agama di Negeri Selangor di samping mempastikan agar kelangsungan sistem persekolahan agama di negeri Selangor tidak tergugat.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

  • Memberi pendidikan asas kurikulum JAIS dan akademik ( KBSR ) kepada semua kanak – kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia, kukuh dengan nilai – nilai Islam bagi mencapai muslim yang bertakwa serta mendapat keredhaan Allah.
  • Menyediakan sistem persekolahan agama negeri Selangor yang lebih teratur bermula daripada peringkat rendah bagi membolehkan murid-muridnya meneruskan pembelajaran di peringkat menengah dan seterusnya ke Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri.
  • Jabatan Agama Islam Selangor mengambil daya usaha awal merealisasikan pelaksanaan sekolah satu sesi.
  • Dengan menempatkan pelajar – pelajar di sebuah sekolah sahaja, akan dapat meningkatkan kualiti kawalan dan keselamatan pelajar – pelajar berkenaan.

Senarai SRAI di negeri Selangor[sunting | sunting sumber]

-Daerah Petaling (Shah Alam)

-Daerah Hulu Langat

-Daerah Sepang

-Daerah Gombak

-Daerah Klang

-Daerah Kuala Selangor

-Daerah Kuala Langat

-Daerah Sabak Bernam

Bil. Nama SRAI Alamat No. Telefon
1. Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Jalan Gelora 19 / 46 Seksyen 19,40300 Shah Alam. 03-55424950
2. Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato' Mufti Yusuf Shahabuddin, Jalan Plumbum 7/99, Seksyen 7,40000 Shah Alam. 03-55180799
3. Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang, 43700 Beranang ,Hulu Langat. 03-87668048
4. Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi, Jalan Kemajuan 60 / 6 Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang 03-89254714
5. Sekolah Rendah Agama Integrasi Salak Tinggi, 43900 Sepang 03-87063979
6. Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat, Jalan AU 2A, 54200 Ampang/ Ulu Kelang 03-42573911
7. Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chinchin Batu 7 Jalan Gombak, 53100 Gombak 03-61875464
8. Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah, Jalan Sentosa 64, Kawasan 19, Batu Belah,41200 Klang. 03- 33410810 /Faks: 33410816
9. Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor 45000 Kuala Selangor. 03-32893739
10. Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis, 42700 Banting Kuala Langat. 03-31813122
11. Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Sabak, Kompleks Sekolah Agama Muhammadiyah,45200 Sabak Bernam. 03-32162257
10. Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Melawati. Jalan E1,Taman Melawati,53100 Kuala Lumpur,Gombak,Selangor

Rasional[sunting | sunting sumber]

Bagi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mempunyai matlamat untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menunjukkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Untuk melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu, Falsafah Pendidikan JAIS telah menggariskan wawasan yang sangat jelas menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah berkembang di sepanjang zaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan muslim sejati yang mampu menegakkan syariat Allah di muka bumi ini

Kesepaduan falsafah matlamat pendidikan bertujuan untuk melahirkan insan yang mampu menghayati dan mengamalkan ciri – ciri berikut : -

  • Percaya dan patuh kepada Allah
  • Berilmu pengetahuan dan berketerampilan
  • Berperibadi luhur, teguh pegangan dan amalan akidah syariah, akhlak dan ilmu akademik
  • Bertanggungjawab kepada diri, keluarga,masyarakat, agama, bangsa dan negara

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

SRAI berjaya tingkatkan pengurusan berkualiti

Jumaat, 17 Jun 2011

"Sekolah-sekolah Rendah Agama Integrasi telah berjaya mempertingkatkan kefahaman dan tahap pengurusan berkualiti" demikianlah antara ulasan pasukan juruaudit SIRIM yang telah menjalankan pengauditan di SRAI Sungai Chinchin, SRAI Salak Tinggi dan SRAI Bandar Baru Bangi dari 13 hingga 15 Jun 2011.

Pasukan audit yang diketuai oleh En. Ata Abd Muneim telah membentangkan hasil dapatannya dalam mesyuarat penutup audit pemantauan MS ISO 9001:2008 bertempat di bilik mesyuarat tingkat 6 JAIS pada 16 Jun 2011. Pada sesi audit pemantauan MS ISO 9001;2008 kali ini, pihak auditor khususnya

Puan Siti Rahmah yang menjalankan pengauditan di sekolah telah membuat beberapa teguran lisan antaranya berkaitan Rancangan Pengajaran Harian, aspek Bahan Sumber Pengajaran, Pengurusan kantin dan perbekalan buku panduan pengursuan kantin, pengurusan keselamatan sekolah di samping beberapa keperluan lain berkait dengan perbekalan barang Kemahiran Hidup yang dibekalkan oleh pihak JAIS ke sekolah.