Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Falah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Falah
سكوله رنده اڬام رعيت الفلاح
Logo SRAR al-Falah Taman Song Choon
Alamat
Lebuh Rapat Baru 5, Taman Song Choon
Ipoh, 31350,  Perak Perak
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah Agama Rakyat
PengasasAJK Surau Al-Falah Taman Song Choon
SesiPagi dan Petang
Nombor sekolah011-20711877 (Ustazah Juliza)
Kod sekolahKod Kafa JAKIM : AYQ2019 Kod Kafa Negeri : JAIPk/SRAR/IP.25/97
Guru besarUstazah Juliza Aida Binti Zainuddin
GPK Pentadbiran dan AkademikUstaz Hakimi Bin Abdullah Aisha
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUstaz Ben Aziz
Laman sesawang

Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Falah atau nama ringkasnya SRAR Al-Falah, merupakan sebuah Sekolah Agama rakyat yang terletak di Taman Song Choon, Ipoh, Perak.

Pada 2024, Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Falah memiliki 120 murid lelaki dan 91 murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 211 orang. Ia mempunyai seramai 8 orang guru.

Sesi Pagi Sesi Petang Jumlah
Murid Lelaki 32 88 120
Murid Perempuan 29 62 91
Jumlah Keseluruhan 211

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini asalnya merupakan sebuah surau bagi penduduk Taman Song Choon, Ipoh, Perak. Namun, atas inisiatif pendudukan taman dan ajk surau al-falah, bangunan bahagian bawah surau telah dijadikan tapak bagi sekolah agama rakyat manakala di bahagian atas kekal menjadi bahagian solat. Sekolah ini telah didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) pada 10 April 2000 bersamaan 5 Muharram 1421 Hijrah.

Sepanjang tempoh 11 tahun, Pihak Ajk surau al-falah telah merancang dan berusaha bagi membina bangunan sendiri bagi sekolah agama rakyat al-falah ini. Pelbagai peristiwa yang berlaku dan akhirnya pada tahun 2011 bangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Falah, Taman Song Choon berjaya dibina.

Majlis perasmian telah berlangsung dengan jayanya dengan dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar Perak iaitu Y.A.B Dato' Seri Zambry Abdul Kadir pada 20 Oktober 2011.

Maklumat Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kod Kafa JAKIM : AYQ2019

Kod Kafa Negeri : JAIPk/SRAR/IP.25/97

Kod UPKK : A03092

Status Pendaftaran Negeri : BERDAFTAR (Tarikh Diluluskan Pendaftaran : 10/04/2000)

Status KAFA : Kafa

Jenis Premis : SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Nama Lokasi : SEK. AGAMA RAKYAT AL-FALAH

Alamat : LEBUH RAPAT BARU, TAMAN SONG CHOON

Poskod : 31350

Negeri : PERAK

Daerah : IPOH

Kawasan Parlimen : GOPENG

Kawasan DUN : SUNGAI RAPAT

Sesi :

Pagi : 7.45 - 10.45 pagi

Petang : 3.00 - 6.00 petang

Kekerapan kelas : 5 KALI SEMINGGU

Kod Pusat UPKK : A03092   

Maklumat Tanah dan Bangunan[sunting | sunting sumber]

Jenis Tanah : WAQAF
Status Tanah : WAKAF
Keluasan Tapak Tanah : 21,344.4 kaki persegi
Jenis Bangunan/Premis : BANGUNAN KHAS SEKOLAH
Status Bangunan : SENDIRI
Status Bangunan Di Premis : SENDIRI
Keluasan Tapak Sekolah : 21,344.4 kaki persegi

Kurikulum Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Falah Taman Song Choon menggunakan Kurikulum Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) iaitu silibus yang telah ditetapkan oleh pihak JAIPK dan JAKIM. Terdapat 7 matapelajaran yang terdiri daripada :

  1. Al-Quran (Kefahaman, Tilawah, Hafazan & Tajwid)
  2. Lughah Al-Quran (Bahasa Arab)
  3. Jawi dan Khat
  4. Aqidah
  5. Ibadah
  6. Sirah
  7. Adab (Akhlak Islamiah)

Bagi murid tahun 5, mereka akan mengambil Ujian Penilaian Kelas KAFA atau lebih dikenali sebagai UPKK.

Manakala bagi murid tahun 6, mereka akan mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam atau lebih dikenali sebagai SRAI.

Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berakhlak, Bertaqwa, Berilmu, Beriman

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Menjadi sekolah peneraju yang membentuk generasi muslim celik al-Quran dan fardhu ain.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Melahirkan generasi al-Falah yang beramal dengan al-Quran serta memiliki sahsiah muslim yang terpuji.

Media Sosial[sunting | sunting sumber]

Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100089211079567

Youtube : https://www.youtube.com/@SRARal-FalahTamanSongChoonIpoh/videos

Instagram : @sraralfalah

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

No.akaun bank sekolah : 080-13010-03-1085 (Bank Islam)

Nama akaun bank sekolah : SRAR AL-FALAH LEBUH RAPAT BARU TAMAN SONG CHOON