Senarai penerima darjah kebesaran negeri Negeri Sembilan 2024

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengurniaan darjah kebesaran negeri Negeri Sembilan 2024
Sebahagian daripada pengurniaan darjah kebesaran di Malaysia tahun 2024
Tarikh14 Januari 2024 (sesi I)
22 Januari 2024 (sesi II)
29 Januari 2024 (sesi III)
LokasiIstana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
PenyebabHari keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Istiadat pengurniaan Darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena hari keputeraan ke-76 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz telah diadakan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah pada 14 Januari 2024 bagi sesi pertama, 22 Januari pada sesi kedua dan 29 Januari pada sesi ketiga. Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran negeri Negeri Sembilan 2024.

Senarai penerima[sunting | sunting sumber]

Darjah Seri Utama Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah S.U.N.S. ini membawa gelaran Dato' Seri Utama. Berikut ialah penerima tunggal darjah kebesaran ini:

  1. Dato' Seri Utama Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahli Parlimen Port Dickson dan ADUN Sikamat

Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah S.S.N.S. ini membawa gelaran Dato' Seri. Berikut ialah penerima tunggal darjah kebesaran ini:

  1. Tan Sri Dato' Seri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara

Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah D.P.N.S. ini membawa gelaran Dato'. Berikut ialah 5 orang penerima darjah kebesaran ini:

  1. Prof. Madya Dato' Dr. Faudzinaim Badaruddin, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
  2. Dato' Kamal Bashah Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan
  3. Datuk Seri Dato' Mohd Kamarudin Md Din, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman
  4. Dato' Mohd Zafir Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan
  5. Dato' Rohani Ismail, Hakim Utama, Mahkamah Tinggi Seremban

Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah D.B.N.S. ini membawa gelaran Dato'. Berikut ialah sebahagian daripada 22 orang penerima darjah kebesaran ini:

  1. Dato' Mohd. Razi Mohd. Ali, ADUN Sungai Lui
  2. Dato' Saiful Yazan Sulaiman, ADUN Johol
  3. Senior Asisten Komisioner, Dato' Abd. Khalid Othman, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan
  4. Brig. Jen. Dato' Mohamad Noorlizam Shamsuddin, Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia
  5. Prof. Dato' Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  6. Prof. Dato' Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  7. Dato' Dr. Roslan Hussin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
  8. Dato' Sazali Harun, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia
  9. Dato' Adnan Ahmad, Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Sembilan
  10. Dato' Dr Anthony Gilbert a/l Maria Soosai, Presiden Hospice Negeri Sembilan
  11. Dato' Badius Zaman Ahmad, Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan
  12. Dato' Jung Woochang, Pengarah Urusan Samsung SDI Energy Malaysia
  13. Dato' Lee Chee Kung, Pengarah Syarikat Maltor Enterprise
  14. Dato' Lee Quay Kuan, Pengarah Urusan Azza Mewah Development Sdn Bhd
  15. Dato' Dr Lily Mushahar, Ketua Perkhidmatan Nefrologi, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
  16. Dato' Liong Yen Lam, Pengarah Urusan Hytech Engineering Industries Sdn Bhd
  17. Dato' Mary Josephine Pritam Singh, bekas ADUN Rahang
  18. Dato' Muhamad Zaki Md Sabri, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan
  19. Brigedier Jeneral Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh Abdullah, Asisten Ketua Staf Logistik Tentera Darat Malaysia
  20. Dato' Rozman Mohamad, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan
  21. Dato' Sim Tze Jye, Ketua Pegawai Eksekutif Perfect Hexagon Limited
  22. Dato' Dr Wong Shiak Sun, Pakar Bedah Pusat Rawatan Mawar

Darjah, pingat dan bintang lain[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah bilangan penerima darjah, pingat dan bintang yang tidak mambawa gelaran:

  • 14 orang penerima Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S)
  • 22 individu menerima Darjah Pekerti Terpilih (D.P.T.)
  • 62 individu menerima Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S.).
  • 7 individu menerima Setiawan Tuanku Muhriz (S.T.M.)
  • 112 orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (P.K.M.)
  • 194 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
  • 23 orang menerima Bentara Tuanku Muhriz (B.T.M.)
  • 10 orang menerima Pingat Khidmat Lama (P.K.L.)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Aminuddin ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan". Utusan Malaysia. 14 Januari 2024. Dicapai pada 14 Januari 2024.
  • Jalil, Mohd Amin (2024-01-14). "Aminuddin terima gelaran Datuk Seri Utama". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-14.