Pergi ke kandungan

Tuanku Muhriz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuanku Muhriz
محرز
Tuanku Muhriz pada tahun 2018
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Pemerintahan29 Disember 2008 – kini
Pertabalan26 Oktober 2009
Didahului olehTuanku Ja’afar
Menteri BesarMohamad Hasan
Aminuddin Harun
Tunku Besar Seri Menanti
Pemerintahan26 Disember 1961 – 29 Disember 2008
Didahului olehTunku Besar Burhanuddin
Diikuti olehTunku Ali Redhauddin
Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
Pemerintahan16 April 2009 – kini
Didahului olehTuanku Ja’afar
Keputeraan (1948-01-14) 14 Januari 1948 (umur 78)
Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malayan Union (kini Malaysia)
PasanganTuanku Aishah Rohani (k. 1974)
Anakanda
Nama penuh
Tunku Muhriz ibni Tunku Munawir
Nama diraja
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
KerabatPagaruyung
AyahandaTuanku Munawir
BondaTunku Ampuan Durah
AgamaSunni Islam
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
PerkhidmatanRejimen Semboyan Diraja
Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja
Pangkat Kolonel Yang DiPertua

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (Jawi: توانكو محرز ابن المرحوم توانكو مناور; diputerakan pada 14 Januari 1948) ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11. Pemerintahan baginda bermula pada 29 Disember 2008, selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Besar sebelumnya, Tuanku Ja’afar yang juga merupakan ayahanda saudara baginda.

Baginda merupakan satu-satunya putera daripada enam orang anakanda kepada Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9 dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah.

Kehidupan peribadi كهيدوڤن ڤريبادي

[sunting | sunting sumber]

Tuanku Muhriz diputerakan pada 14 Januari 1948 di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ayahanda baginda ialah Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar kesembilan yang memerintah dari tahun 1960 ke 1967. Bonda baginda ialah Tunku Ampuan Durah, yang merupakan cucunda kepada Yamtuan Antah, Yang di-Pertuan Besar keenam.

Baginda merupakan satu-satunya putera daripada enam orang adik beradik. Kekanda dan adindanya yang lain ialah;

Baginda mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad di Kuala Pilah. Kemudiannya di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin dan Sekolah Menengah King George V di Seremban. Baginda kemudiannya meneruskan pelajaran di Aldenhem School, United Kingdom. Baginda memperoleh Ijazah Undang-undang dari Kolej Universiti Wales, Aberystwyth, Britain.

Baginda memulakan kerjayanya sebagai ahli perniagaan serta Pengarah Bangkok Bank Berhad.

Perkahwinan ڤركهوينن

[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Februari 1973, pertunangan diraja antara Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Muhriz yang berusia 25 tahun dengan puteri Terengganu, Tengku Aishah Rohani yang berusia 21 tahun telah berlangsung di Istana Terengganu, Jalan Pekeliling. Pada ketika itu, Tunku Muhriz sedang berkhidmat sebagai seorang pegawai tadbir di Bank Rakyat manakala bakal isterinya, Tengku Aishah Rohani berkhidmat sebagai seorang kerani jurukira di sebuah bank tempatan.

Pada 25 April 1974, Tuanku Muhriz kemudiannya mengahwini Tengku Aishah Rohani ketika berusia 26 tahun. Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu disaksikan oleh bonda Tunku Muhriz, Tunku Ampuan Durah serta kerabat diraja Negeri Sembilan dan Terengganu. Pada 4 Mei 1974, Tunku Ampuan Durah mengadakan Istiadat Menyambut Keberangkatan Balik Pengantin Diraja di Istana Lama Seri Menanti. Baginda berdua bersanding di atas singgahsana lama Istana Seri Menanti.

Kerabat diraja كرابت دراج

[sunting | sunting sumber]

Hasil perkahwinan dengan Tengku Aishah Rohani, baginda berdua dikurniakan tiga orang putera iaitu Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al-‘Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.

Tunku Besar Seri Menanti تونكو بسر سري مننتي

[sunting | sunting sumber]

Tunku Muhriz telah dipilih sebagai Tunku Besar Seri Menanti oleh Majlis Undang pada 1961, berikutan kemangkatan nenda baginda, Tunku Besar Burhanuddin. Jawatan ini meletakkan baginda di kedudukan tertinggi antara Putera Yang Empat. Perlembagaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa penggantian takhta mengikut kedudukan anakanda lelaki, cucunda lelaki, adinda lelaki dan anak kepada adinda lelaki kepada pemerintah itu.

Tunku Muhriz merupakan pewaris takhta pertama sebelum kemangkatan Tuanku Munawir, diikuti oleh Tunku Nasir, Tunku Jaafar dan Tunku Abdullah. Apabila Tuanku Munawir mangkat pada tahun 1967, baginda tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar pada ketika itu. Sebaliknya, ayahanda saudara baginda, Tuanku Ja’afar yang ketika itu merupakan seorang diplomat, telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar yang baharu. Pemilihan ini secara tidak langsung dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman, yang meminta supaya Tuanku Muhriz tidak dipilih kerana masih terlalu muda di mana baginda ketika itu baru berusia 18 tahun.

Yang di-Pertuan Besar يڠ دي-ڤرتوان بسر

[sunting | sunting sumber]
Duta AS Kamala Lakhdir membuat kunjungan hormat ke atas Tuanku Muhriz

Setelah kemangkatan Tuanku Ja’afar pada 27 Disember 2008, Majlis Undang telah bersepakat bagi melantik Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu. Pada 29 Disember 2008, baginda telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah. Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Klana Petra Mubarak Dohak mengikut Adat Perpatih.

Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu baginda sebagai Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin, Tunku Muda Serting Tunku Imran dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin. Tunku Naquiyuddin pernah menjadi pemangku Yang di-Pertuan Besar. Antara tetamu yang hadir dalam istiadat pertabalan baginda ialah kesemua putera Tuanku Ja’afar, iaitu Tunku Naquiyuddin, Tunku Imran dan Tunku Nadzaruddin, Undang Luak Jelebu iaitu Dato' Musa Wahab, Undang Luak Rembau, Dato' Muhamad Sharip Othman; dan Undang Luak Johol, Dato' Mohd. Jan Abdul Gani. Antara yang lain termasuklah Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman; Menteri Besar, Mohamad bin Hasan serta pemimpin negeri.

Sepanjang pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Besar, baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia bermula pada tahun 2009. Baginda juga dilantik sebagai Kolonel Yang DiPertua Rejimen Semboyan Diraja (RSD) dan Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD).[1]

Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرن

[sunting | sunting sumber]
Gaya bagi
Tuanku Muhriz
Rujukan gayaDuli Yang Maha Mulia
Gaya percakapanDuli Yang Maha Mulia
Gaya alternatifTuanku
  • 14 Januari 1948 - 4 April 1960 : Yang Mulia Tunku Muhriz ibni Tunku Laxamana Munawir
  • 5 April 1960 - 5 Julai 1961 : Yang Amat Mulia Tunku Muhriz ibni Tuanku Munawir
  • 6 Julai 1961 - 14 April 1967 : Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz ibni Tuanku Munawir
  • 15 April 1967 - 28 Disember 2008 : Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir'
  • 29 Disember 2008 - kini : Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

Gelaran penuh baginda ialah :

Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, D.K., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T.

Penghargaan ڤعهرڠان

[sunting | sunting sumber]

Negeri Sembilan

[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dianugerahkan:

Keturunan كتورونن

[sunting | sunting sumber]

Rujukan رجوكن

[sunting | sunting sumber]
  • "Tunku Muhriz Is Proclaimed New Yang Dipertuan Besar Of NS". BERNAMA. 2008-12-29. Dicapai pada 2008-12-29.
  1. ^ "Kolonel Yang DiPertua Rejimen Dan Kor". Warisan Permaisuri. 22 Julai 2016.
  2. ^ a b c d e List of Malaysian rulers with mentions of orders received
  3. ^ "Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz dimasyhurkan". Berita Harian. 30 Julai 2024.
  4. ^ "KTE Forest Heights Seremban Kini Dikenali Sebagai KTE Tuanku Muhriz". Bernama. 30 Julai 2024. Dicapai pada 1 Ogos 2024.


Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
Kerabat diraja Negeri Sembilan
Tarikh keputeraan: 14 Januari 1948
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tuanku Ja’afar
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1957 – 1960
Pemegang jawatan kini