Mohd Razi Mohd Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
YB

Mohd Razi Mohd Ali

ADUN
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Sungai Lui
Memegang jawatan
2013
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Zainal Abidin Ahmad
Butiran peribadi
Lahir (1973-04-01) 1 April 1973 (umur 48)
Parti politikUMNO (Malaysia).svg Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional.png Barisan Nasional
PekerjaanAhli politik

Mohd Razi Mohd Ali (lahir 1 April 1973) berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, menyandang ADUN Sungai Lui selama dua penggal.

Beliau merupakan bekas guru bidang pertanian serta kurikulum selama 18 tahun merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu sejak 2018.

Beliau menetap di Felda Pasoh 3 mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Batu Kikir, kemudian mengambil sijil perguruan asas (kemahiran hidup) pada 1995 di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu dan melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian).

Pencapaian dalam bidang pendidikan, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2000 dan 2009.

Pada peringkat politik, beliau pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelebu selama sepenggal dan Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu pada 2013 hingga 2018.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Mohd Razi daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 7,795 undian ketika menentang Zainal Fikri Abd Kadir daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 3,396 undi dengan majoriti undi sebanyak 4,399.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian UPM (2005)
  • Sijil perguruan asas (kemahiran hidup) (1995)
  • Sekolah Menengah Batu Kikir (1990)

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui (2013-kini)
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (1995-2013)

Politik[sunting | sunting sumber]

  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu (2018-kini)
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu (2013-2018)
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelebu (2008-2013)
  • Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Sembilan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2000 dan 2009)