Pergi ke kandungan

Aminuddin Harun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aminuddin Harun
أمين الدين هارون
Aminuddin Harun pada tahun 2025
Menteri Besar Negeri Sembilan ke-11
Menyandang jawatan
12 Mei 2018
RajaTuanku Muhriz
Didahului olehMohamad Hasan
Kawasan pilihan rayaSikamat
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Menyandang jawatan
17 Julai 2022
PresidenAnwar Ibrahim
Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan
Menyandang jawatan
30 Ogos 2017
PresidenWan Azizah Wan Ismail
Pengerusi KebangsaanMahathir Mohamad
(2017–2020)
Anwar Ibrahim
(sejak 2020)
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Pengerusi
Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan
Menyandang jawatan
2014
PresidenWan Azizah Wan Ismail
(2014–2018)
Anwar Ibrahim
(sejak 2018)
TimbalanRavi Munusamy
Didahului olehKamarul Baharin Abbas
Ketua
Parti Keadilan Rakyat Bahagian Port Dickson
Menyandang jawatan
17 Julai 2022
PresidenAnwar Ibrahim
Didahului olehRavi Munusamy
Ketua
Parti Keadilan Rakyat Bahagian Tampin
Dalam jawatan
17 November 2018 – 17 Julai 2022
PresidenAnwar Ibrahim
Didahului olehZulkapli Kassim
Digantikan olehAbdul Shukor Ab Aziz
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Port Dickson
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului olehAnwar Ibrahim
(PHPKR)
Majoriti23,601 (2022)
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan
bagi Sikamat
Menyandang jawatan
8 Mac 2008
Didahului olehMd Yusop Harmain Shah
(BNUMNO)
Majoriti499 (2008)
510 (2013)
3,413 (2018)
2,662 (2023)
Puak yang diwakili dalam Dewan Rakyat
2022–Pakatan Harapan
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan
2008–2018Parti Keadilan Rakyat
2018–Pakatan Harapan
Maklumat peribadi
Lahir
Aminuddin bin Harun

(1967-01-02) 2 Januari 1967 (umur 59)
Negeri SembilanMalaysia Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
(–1998)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
(sejak 1999)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
(–1998)
Barisan Alternatif (BA)
(1999–2004)
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
PasanganWan Hasni Wan Yusof
Anak5
Tempat belajarUniversiti Teknologi MARA
PekerjaanAhli politik
Nama panggilanTok Min[1]

Dato' Seri Utama Aminuddin bin Harun (Jawi: أمين الدين بن هارون; lahir 2 Januari 1967) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ke-11 sejak Mei 2018, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Sikamat sejak Mac 2008 dan Ahli Parlimen (AP) bagi Port Dickson sejak November 2022. Beliau ialah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan dahulunya gabungan Pakatan Rakyat (PR). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Naib Presiden PKR dan Ketua Bahagian PKR Port Dickson sejak Julai 2022, Pengerusi PH Negeri Negeri Sembilan sejak Ogos 2017 serta Pengerusi PKR Negeri Sembilan sejak 2014. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian PKR Tampin dari November 2018 hingga Julai 2022.[2]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Aminuddin bin Harun dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Kampung Pachitan, berhampiran Chuah di Port Dickson. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (kini UiTM) dalam bidang perniagaan.

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Mulai tahun 1991, Aminuddin berkhidmat selama lima tahun sebagai pegawai penyiasat di Agensi Pencegahan Rasuah (ACA, kini SPRM). Pada tahun 1995, beliau menyertai Golden Hope Furniture Sdn. Bhd. sebagai ketua pengurusan pengeluaran dan kemudiannya menyertai MCIS Safety Glass (M) Sdn. Bhd. pada tahun 1996 hingga 2008 sebagai Eksekutif Kanan merangkap ketua jabatan jualan, jawatankuasa pengurusan, panel penyiasatan dalaman serta juruaudit ISO/TS 16949:2002.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Sebelum menyertai keADILan pada tahun 1999, beliau merupakan ahli UMNO dan pernah menjadi Setiausaha Bahagian Kampung Pachitan dari 1995 hingga 1998 serta Setiausaha Pemuda Bahagian Jimah dari 1997 hingga 1998.[3]

Selepas Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2018, Aminuddin telah menyerahkan surat daripada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan bagi penggal pertama serta membentuk kerajaan negeri yang baharu selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya dengan memperoleh majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan. Tiga hari selepas pilihan raya, Aminuddin dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar, Seri Menanti, Kuala Pilah.[4]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022, Aminuddin telah dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi Port Dickson.

Dalam Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2023, Aminuddin dilantik semula dan mengangkat sumpah sekali lagi sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua selepas memenangi pilihan raya dengan memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri bersama Barisan Nasional (BN). Beliau membentuk kerajaan campuran negeri bersama BN dengan melantik Pengerusi BN Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kanan iaitu jawatan setaraf Timbalan Menteri Besar, menjadikannya individu kedua paling berkuasa dalam kerajaan negeri serta tiga lagi ADUN BN sebagai Ahli EXCO.

Naib Presiden PKR

[sunting | sunting sumber]

Dalam pemilihan parti PKR 2022, beliau telah dipilih sebagai Naib Presiden PKR dengan memperoleh 33,230 undi, jumlah undi keempat tertinggi dalam kalangan calon naib presiden.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Sembilan[5][6][7][8][9][10][11][12]
Tahun Kerusi Calon Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
2008 N13 Sikamat Aminuddin Harun (PKR) 6,036 51.02% Md Yusop Harmain Shah (UMNO) 5,537 46.80% 11,830 499 76.37%
2013 Aminuddin Harun (PKR) 8,584 50.63% Wan Salwati Abdullah (UMNO) 8,074 47.62% 16,954 510 86.30%
2018 Aminuddin Harun (PKR) 9,832 55.87% Syamsul Amri Ismail (UMNO) 6,419 36.48% 17,858 3,413 85.90%
Rahim Yusof (PAS) 1,331 7.56%
Bujang Abu (BEBAS) 15 0.10%
2023 Aminuddin Harun (PKR) 12,730 54.82% Ahmad Raihan Muhamad Hilal (BERSATU) 10,068 43.36% 23,220 2,662 71.79%
Mohammed Hafiz Baharudin (BEBAS) 339 1.46%
Bujang Abu (BEBAS) 83 0.36%
Parlimen Malaysia
Tahun Kerusi Calon Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
2022 P132 Port Dickson Aminuddin Harun (PKR) 42,013 52.40% Kamalanathan Panchanathan (MIC) 18,412 22.96% 80,185 23,601 76.7%
Rafei Mustapha (PAS) 18,235 22.74%
Ahmad Idham Ahmad Nazri (PEJUANG) 1,084 1.35%
Abdul Rani Kulup Abdullah (BEBAS) 441 0.55%

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Badrul Hafizan Mat Isa (10 November 2022). "Tok Mat dan Tok Min, siapa bakal cipta sejarah?". Utusan Malaysia.
  2. ^ "Pakatan Harapan announces state chiefs". Freemalaysiatoday.com. 30 Ogos 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2018. Dicapai pada 31 Ogos 2017.
  3. ^ "Aminuddin appointed as Negri eighth MB". Malaysiakini. 12 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2018. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  4. ^ "Aminuddin Harun proposed as next Negri MB – Nation | The Star Online". thestar.com.my. 10 Mei 2018. Dicapai pada 10 Mei 2018.
  5. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2008. Dicapai pada 10 Januari 2010. Termasuk 2004 pilihan raya. Keputusan daripada pilihan raya terdahulu tidak tersedia.
  6. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 Februari 2017. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  7. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
  8. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2017. Dicapai pada 24 Mac 2017.Keputusan hanya tersedia untuk pilihan raya 2013.
  9. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  10. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  11. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  12. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  13. ^ "MB heads Negri honours list". www.thestar.com.my. 14 Januari 2024.
  14. ^ "NS menteri besar heads list of state honours recipients". Bernama. Malaysiakini. 14 Januari 2019. Dicapai pada 14 Januari 2019.
Jawatan politik
Didahului oleh
Mohamad Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan ke-11
2018–kini
Pemegang jawatan kini

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]