Senarai penerima darjah kebesaran negeri Perak 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengurniaan darjah kebesaran negeri Perak 2023
Sebahagian daripada pengurniaan darjah kebesaran di Malaysia tahun 2023
Tarikh
5 November 2023 (Ahad)
LokasiIstana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak
PenyebabHari ulang tahun keputeraan Sultan Perak
Hasilpenerima anugerah

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran negeri Perak sempena hari ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah diadakan di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada 5 November 2023.

Secara keseluruhan, sebanyak 238 penerima bagi tahun 2023. Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran negeri Perak pada 2023.

Senarai penerima[sunting | sunting sumber]

Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP)[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Dato' Seri

  1. Dato' Seri Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
  2. Sahibus Samahah Dato' Seri Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Perak

Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS)[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Dato' Seri Panglima

  1. Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Angkatan Tentera ke-22
  2. Deputi Inspektor Jeneral Polis DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara

Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM)[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Dato'.

  1. Dato' Mohd Zaki Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak

Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP)[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Dato'.

  1. Dato' Salbiah Mohamed, EXCO Kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor
  2. Dato' Hamdan Ali, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak
  3. Dato' Mohamad Fauzi Mahson, Pengarah Pendidikan Perak
  4. Dato' Dr Megat Iskandar Megat Abdul Hamid, Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)
  5. Dato' Nor Eni Ismail, Setiausaha Bahagian di Kementerian Kewangan
  6. Dato' Yahanis Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC)
  7. Dato' Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  8. Dato' Mohd Saiyuti Abd Samat, Presiden Persatuan Hoki Perak
  9. Tuan Yang Terutama Dato' Muzafar Shah Mustafa, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India
  10. Dato' Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH)
  11. Dato' P Chandrasekaran, Ketua Pegawai Eksekutif CST Auto Group of Companies
  12. Dato' Mohamed Shah Redza Hussein, bekas Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak
  13. Dato' Dr Lee Boon Chye, Pakar Kardiologi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat

Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS)[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Dato' Pahlawan.

  1. Brigedier Jeneral Dato' Pahlawan Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan Kementerian Pertahanan
  2. Senior Asisten Komisioner Dato' Pahlawan R Suparamaniam, Ketua Perhubungan Antarabangsa Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  3. Brigedier Jeneral Dato' Pahlawan (Dr) Leong Weng Foon (B), pesara Angkatan Tentera Malaysia dari Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)-Kor Kesihatan
  4. Laksamana Muda Dato' Pahlawan Mohd Fadzli Kamal Mohd Mohaldin, Inspektor Jeneral Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
  5. Brigedier Jeneral Dato' Pahlawan Asri Shukor, Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]