Ayob Khan Mydin Pitchay
Ayob Khan Mydin Pitchay | |
|---|---|
| أيوب خان مايدين ڤيتچاي | |
| Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia | |
| Dalam jawatan 23 Jun 2023 – 26 Julai 2026 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | |
| Ketua | Razarudin Husain (2023-2025) Mohd Khalid Ismail (sejak 2025) |
| Didahului oleh | Razarudin Husain |
| Digantikan oleh | Ibrahim Darus (pemangku) Abdul Aziz Abdul Majid |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 27 Julai 1966 Kota Setar, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Pasangan | SAC Puan Sri Dato’ Hajah Zalena Mohd Ariffin |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Pekerjaan | Pegawai polis |
| Kerjaya kepolisan | |
| Kesetiaan | |
| Branch | |
| Tahun berkhidmat | 1993–2026 |
| Pangkat | Deputy Inspector-General of Police |
Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Ayob Khan bin Mydin Pitchay (Jawi: أيوب خان مايدين ڤيتچاي; lahir 27 Julai 1966) ialah seorang pegawai polis Malaysia yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara sejak 23 Jun 2023. [1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Berasal dari Kota Setar, Kedah, Ayob Khan menyertai pasukan polis pada 1991 pada usia 27 tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Dan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau pernah berkhidmat sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (NCID), Ketua Polis Johor dan sebagai Ketua Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman sebelum kenaikan pangkat ke Timbalan Ketua Polis Negara.
Ketua Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman (2013–2019)
[sunting | sunting sumber]Operasi menentang kumpulan pengganas dan militan
[sunting | sunting sumber]Sebagai Ketua Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dari tahun 2013 hingga tahun 2019, Ayob Khan mengetuai operasi menentang-an menghalang serangan mereka di Malaysia.
Timbalan Ketua Polis Negara (2023-2026)
[sunting | sunting sumber]Pada 20 Jun 2023, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah untuk mengemukakan nama calon bagi jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan jawatan TKPN. Dilaporkan Ayob Khan, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Hazani Ghazali, Pengarah NCID Bukit Aman Mohd Kamaruddin Md Din dan seorang yang tidak dikenali adalah calon untuk jawatan TKPN. Keesokan harinya pada 21 Jun 2023, Saifuddin mengumumkan bahawa Ayob Khan dinaikkan pangkat ke jawatan TKPN bagi menggantikan Razarudin Husain yang dinaikkan pangkat ke jawatan KPN berkuat kuasa pada 23 Jun 2023 selepas Al-Sultan Abdullah bersetuju dengan pelantikan mereka.[2][3]
Pada Julai 2026, beliau mengumumkan akan bersara pada 26 Julai 2026 setelah berkhidmat hampir 35 tahun dalam polis.[4]
Pasca Bersara
[sunting | sunting sumber]Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkuat kuasa 16 September 2026.[5]
Beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi baki penggal 2025-2029 bersama Timbalan Pengerusi baharu ialah Mohd Shuhaily Mohd Zain.[6]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Malaysia :
Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri (2025)
Johan Setia Mahkota (JSM) (2013) [7]
Polis Diraja Malaysia :
Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) (2012) [8]
Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) (2023)
Kedah :
Darjah Setia Diraja Kedah (SDK) (2010) [9]
Pahang :
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato' (2010) [10]
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (2023) [11]
Johor :
Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) – Dato' (2021) [12]
Malacca :
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (2022) [13]
Perak :
Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) - Dato' Seri Panglima (2023)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Ayob Khan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara".
- ↑ Templat:Petikan web
- ↑ [https: //www.thestar.com.my/news/nation/2023/06/21/king-receives-igp-and-deputy-igp-candidates-list "Raja menerima senarai calon KPN dan Timbalan KPN"].
{{cite web}}: Check|url=value (bantuan); Unknown parameter|laman web=ignored (bantuan); Unknown parameter|tarikh akses=ignored (bantuan); Unknown parameter|tarikh=ignored (bantuan) - ↑ "Ayob Khan set to retire after 35 years of police service | New Straits Times". www.nst.com.my. Dicapai pada 2026-07-23.
- ↑ "Ayob Khan dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM baharu". Berita Harian. 2026-09-22. Dicapai pada 2026-09-22.
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link) - ↑ "Ayob Khan, Mohd Shuhaily terajui Jawatankuasa Integriti FAM". Sinar Harian. 2026-10-01. Dicapai pada 2026-10-02.
- ↑ "Senarai Penerima Johan Setia Mahkota Tahun 2013" (PDF). www.istiadat.gov.my.
- ↑ "Buletin - Polis Dan Masyarakat" (PDF). www.rmp.gov.my.
- ↑ "Carian Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". eservices.kedah.gov.my.
- ↑ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT". www.istiadat.gov.my.
- ↑ "Deputy IGP heads list of Pahang Sultan's birthday awards and honours list". The Star Online. 4 August 2023.
- ↑ "Ayob Khan terima gelaran Datuk dari Johor" [Ayob Khan received Datuk title from Johor]. www.sinarharian.com.my.
- ↑ "Ismail Sabri heads list of award recipients in conjunction with Melaka Governor's birthday". The Star.
- Penerima Panglima Setia Mahkota
- Penerima Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari
- Penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Gemilang Seri Melaka
- Penerima Darjah Indera Mahkota Pahang
- Penerima Johan Setia Mahkota
- Penerima Darjah Setia Diraja Kedah
- CS1 maint: url-status
- Tunas orang Malaysia
- Kelahiran 1966
- Orang hidup
- Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia
- Orang dari Kedah
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Penerima Darjah Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor