Serigala Labrador

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Serigala Labrador
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
C. l. labradorius
Nama trinomial
Canis lupus labradorius
Goldman, 1937[1][2]

Serigala Labrador (Canis lupus labradorius) ialah satu subspesies mungkin bagi serigala kelabu yang asli di Labrador dan di Quebec utara. Ia telah diperihalkan berwarna daripada kelabu gelap grizli hingga hampir putih,[3] dan berkait rapat dengan C. l. beothucus.[4]

Setakat 2005,[5] ia dianggap sebagai subspesies sah oleh MSW3, tetapi ia dikelaskan sebagai sinonim bagi C. l. nubilus oleh Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab perburuan berlebihan pada awal 1900-an, kekerapan C. l. beothucus yang dilihat adalah agak rendah pada sepanjang 1950-an. Pada sekitar jangka masa itu, populasi karibu mula meningkat pada kadar mantap, yang kemudian berhubung kait dengan peningkatan populasi serigala. Walau bagaimanapun, peningkatan bilangan serigala Labrador adalah tidak cukup untuk mengimbangi kebangkitan berterusan karibu di rantau berkenaan, menyebabkan pertimbangan semula hipotesis pengehadan pemangsaan.[7]

Pada hujung 2000-an dan awal 2010-an, terdapat beberapa penglihatan sah dan tidak sah bagi C. l. beothucus di pulau-pulau Newfoundland yang memeranjatkan oleh sebab serigala asli diburu sehingga pupus.[8] Pada Mac 2012, seorang pemburu menembak mati seekor kanin besar di Semenanjung Bonavista, menyangkakan bahawa ia merupakan seekor koyote; pengujian genetik bahawa ia merupakan C. l. beothucus.[8] Pada Julai 2012, satu video yang dipos di YouTube menunjukkan seekor kanin yang menunjukkan hampir semua ciri serigala. Video berkenaan dirakam di Clode Sound, Taman Negara Terra Nova, dan dirakam menggunakan tetapan kamera jejak peka pergerakan sebagai sebahagian daripada projek penyelidikan bersama terhadap berang-berang sungai pinggir laut.[9] Pada 23 Ogos 2012, Jabatan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Newfoundland dan Labrador menerbitkan hasil pengujian genetik bagi seekor kanin besar yang diperangkap di Semenanjung Baie Verte pada 2009, mengesahkan bawah haiwan ini juga merupakan C. l. beothucus.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Canis lupus labradorius Goldman, 1937". Integrated Taxonomic Information System.
  2. ^ Joshua Ross Ginsberg, David Whyte Macdonald & Kumpulan Pakar Canid IUCN/SSC (1990). "Sorting out the Canidae". Foxes, wolves, jackals, and dogs: an action plan for the conservation of canids. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. m/s. 4–8. ISBN 978-2-88032-996-9.
  3. ^ Glover, A. (1942), Extinct and vanishing mammals of the western hemisphere, with the marine species of all the oceans, Jawatankuasa Amerika Syarikat untuk Perlindungan Hidupan Liar Antarabangsa, ms. 209.
  4. ^ R. South (31 Mac 1983). Biogeography and Ecology of the Island of Newfoundland. Springer. m/s. 519–. ISBN 978-90-6193-101-0. Dicapai pada 29 Disember 2012.
  5. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  6. ^ Chambers SM, Fain SR, Fazio B, Amaral M (2012). "An account of the taxonomy of North American wolves from morphological and genetic analyses". North American Fauna. 77: 1–67. doi:10.3996/nafa.77.0001. Dicapai pada 2 Julai 2013.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  7. ^ "Characteristics of the Wolf(Canis lupus lubrudorius Goldman) in Northern Quebec and Labrador". Arctic. 39 (2). 1986.
  8. ^ a b "Wolf in Newfoundland probably made it to island on ice, experts say". The Telegram. 25 Mei 2012. Dicapai pada 26 Mei 2012. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "tele1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  9. ^ "Possible wolf captured on film in Terra Nova". The Telegram. 31 Julai 2012. Dicapai pada 26 Ogos 2012.
  10. ^ "Genetic Retesting of DNA Confirms Second Wolf on Island of Newfoundland". Jabatan Alam Sekitar dan Pemuliharaan, Newfoundland dan Labrador. 23 Ogos 2012. Dicapai pada 26 Ogos 2012.