Shaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Satu-satunya lukisan tentang Shaka yang diketahui yang menunjukkannya berdiri dengan assegai panjang dan perisai berat pada tahun 1824, empat tahun sebelum kematiannya.

Shaka (kekadang dieja Tshaka, Tchaka, atau Chaka; k.k. 1787 – k.k. 22 September 1828) ialah seorang ketua Zulu yang telah diakui secara meluas untuk pengubahan puak Zulu daripada sebuah suku kecil menjadi permulaan sebuah negara yang menguasai sebahagian besar Afrika Selatan di antara Sungai Phongolo dan Sungai Mzimkhulu. Keberanian ketenteraan serta keupayaannya untuk memusnah telah diakui secara meluas. Salah satu rencana Ensiklopedia Britannica (rencana Macropaedia, "Shaka", edisi 1974) menegaskan bahawa beliau merupakan seorang genius ketenteraan kerana reformasi dan inovasinya. Bagaimanapun, sesetengah penulis memegang pendirian yang lebih terbatas terhadap pencapaiannya. Walaupun demikian, kenegarawanan dan semangatnya dalam mengasimilisakan sesetengah jiran serta pemerintahannya melalui proksi menandakannya sebagai salah satu ketua puak Zulu yang teragung.


Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan antara tahun 1781 dan 1787 di Melmoth kini di Provinsi KwaZulu-Natal, Shaka mungkin merupakan anak sulung kepada Senzangakhona, ketua puak, dan Nandi, anak perempuan Bhebhe (bekas ketua puak Elangeni). Sesetengah sumber mengatakan bahawa beliau dilahirkan di luar nikah, manakala sumber yang lain mengatakan bahawa ibu bapanya berkahwin mengikut kebiasaan. Selain itu, sesetengah huraian juga mengatakan bahawa bapanya tidak mengakunya sebagai anak dan membuangnya. Walaupun demikian, adalah hampir pasti bahawa Shaka menghabiskan masa kanak-kanaknya di petempatan-petempatan bapanya. Beliau dicatatkan sebagai diinisiasi di sana, dan diterima sebagai ahli ibutho atau 'rejimen kumpulan umur'. Pada masa awalnya, Shaka berkhidmat sebagai seorang pahlawan di bawah Dingiswayo, ketua puak tempatan, serta juga kepada Empayar Mthethwa yang orang Zulu ketika itu sedang membayar ufti.

Dingiswayo mengerah emDlatsheni iNtanga (kumpulan umur) yang Shaka merupakan sebahagian, dan menggabungkannya ke dalam rejimen iziCwe. Shaka berkhidmat sebagai pahlawan Mthethwa mungkin selama sepuluh tahun, dan mendapat nama kerana keberaniannya walaupun bertentangan dengan legenda, beliau tidak mencapai sebarang kedudukan yang tinggi. Selepas Dingiswayo dibuang kerana percubaannya yang gagal untuk menggulingkan bapanya, beliau bersama-sama sebilangan kumpulan yang lain di kawasan itu (termasuk Mabhudu, Dlamini, Mkhize, Qwabe, dan Ndwandwe yang mungkin bergerak balas terhadap tekanan-tekanan pengabdian daripada Mozambique selatan) membantu mengembangkan gagasan-gagasan penyusunan ketenteraan dan sosial yang baru, khususnya ibutho yang kekadangnya diterjemahkan sebagai 'rejimen'. Ibutho merupakan sebuah kumpulan buruh berdasarkan umur yang menjalankan sesetengah kegiatan ketenteraan, tetapi bukannya secara eksklusif. Kebanyakan pertempuran sebelum ini adalah untuk menyelesaikan pertikaian dan sedangkan kemunculan impi (unit berlawan) kekadang mengubah cara perang secara dramatik, ia masih terhad kepada serangan sekali-kala serta tekanan politik, dan tidak merupakan pembunuhan kejam yang nyata. Yang paling penting di sini ialah hubungan antara Shaka dengan Dingiswayo.

Apabila Senzangakona mangkat, Dingiswayo membantu Shaka untuk menewaskan adiknya dan menjadi ketua pada sekitar tahun 1812. Shaka mula menghalusi sistem ibutho dengan lebih lanjut melalui kaedah yang digunakan oleh Dingiswayo dan orang-orang yang lain. Dengan bantuan Empayar Mthethwa pada beberapa tahun yang berikut, beliau mengikat persahabatan dengan jiran-jirannya yang lebih kecil, terutamanya untuk menangani ancaman Ndwandwe di utara yang semakin bertumbuh. Taktik-taktik Zulu pada mula-mulanya bersifat kedua-dua pertahanan dan serangan, dengan Shaka lebih suka akan campur tangan atau tekanan diplomatik yang dibantu oleh beberapa pembunuhan yang bijak. Perubahan-perubahan masyarakat tempatannya berasaskan struktur-struktur yang sedia ada, dan bersifat sosial dan propaganda, mahupun ketenteraan. Terdapat juga sebilangan pertempuran, seperti yang dinyatakan dalam sumber-sumber Zulu.

Dingiswayo kemudian dibunuh oleh Zwide, seorang ketua puak yang kuat dari suku Ndwandwe (Nxumalo). Shaka bertindak sendiri untuk membela kematian Dingiswayo, dengan Zwide nyaris-nyaris melarikan diri daripada Shaka, walaupun perincian yang tepat tidak diketahui. Dalam peristiwa tersebut, ibu Zwide, seorang Sangoma (perkataan Zulu yang lebih bermaksud peramal daripada bomoh) ditangkap oleh Shaka. Shaka memilih dendam balas yang amat mengerikan terhadap ibu Zwide. Beliau mengurungnya di dalam sebuah rumah dan memasukkan dubuk-dubuk serta serigala-serigala. Selepas ibu Zwide ditelan pada waktu pagi, Shaka membakar rumah itu sama sekali. Walaupun beliau telah membalas dendam, Shaka masih sangat ingin membunuh Zwide. Tidaklah sehingga sekitar tahun 1825 bahawa kedua-dua askar agung bertemu berhampiran dengan Phongola dalam apa yang akan merupakan perjumpaan mereka yang terakhir. (Phongola kini terletak berhampiran dengan sempadan KwaZulu-Natal, sebuah provinsi di Afrika Selatan. Shaka menang dalam pertempuran ini, tetapi beliau mengorbankan banyak askar, termasuk Umgobhozi Ovela Entabeni, ketua komandernya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Raja Negara Zulu
Didahului oleh:
Senzangakhona
Tempoh pemerintahan
1816-1828
Diwarisi oleh:
Dingane

Error: tiada nama laman disertakan (help).