Siri kereaktifan logam
Penampilan
Dalam kimia, siri kereaktifan logam ialah perkembangan analitikal, empirikal, dikira dan berstruktur bagi siri-siri logam, dan disusun mengikut "kereaktifan" mereka dari tahap reaktif yang tertinggi ke tahap reaktif yang terendah.[1][2][3] Ia digunakan untuk meringkaskan maklumat tentang tindak balas logam dengan asid dan air, tindak balas sesaran tunggal dan pengekstrakan logam daripada bijihnya.[4]
Jadual kerekatifan
[sunting | sunting sumber]| Logam | Ion | Kereaktifan | Pengekstrakan |
|---|---|---|---|
| Sesium Cs | Cs+ | reaksi dengan air sejuk | Elektrolisis |
| Rubidium Rb | Rb+ | ||
| Kalium K | K+ | ||
| Natrium Na | Na+ | ||
| Litium Li | Li+ | ||
| Barium Ba | Ba2+ | ||
| Strontium Sr | Sr2+ | ||
| Kalsium Ca | Ca2+ | ||
| Magnesium Mg | Mg2+ | bertindak sangat perlahan dengan air sejuk, namun deras dalam air mendidih dan cergas dengan asid | |
| Berilium Be | Be2+ | bertindak dengan asid dan stim | |
| Aluminium Al | Al3+ | ||
| Titanium Ti | Ti4+ | bertindak dengan asid mineral | pengekstrakan pirometalurikal (pyrometallurgical) menggunkan magnesium atau jarang dikenali sebagai logam alkali, hidrogen atau kalsium dalam proses Kroll |
| Manganese Mn | Mn2+ | bertindak dengan asid, namun bertindak lemah dengan stim | peleburan melalui kok |
| Zink Zn | Zn2+ | ||
| Kromium Cr | Cr3+ | reaksi aluminotermik | |
| Besi Fe | Fe2+ | peleburan melalui kok | |
| Kadmium Cd | Cd2+ | ||
| Kobalt Co | Co2+ | ||
| Nikel Ni | Ni2+ | ||
| Timah Sn | Sn2+ | ||
| Plumbum Pb | Pb2+ | ||
| Antimoni Sb | Sb3+ | mungkin reaktif dengan cergas dengan asid pengoksidaan | pengekstrakan haba atau fizikal |
| Bismut Bi | Bi3+ | ||
| Tembaga Cu | Cu2+ | bertindak perlahan dengan air | |
| Tungsten W | W3+ | mungkin reaktif dengan cergas dengan asid pengoksidaan | |
| Merkuri Hg | Hg2+ | ||
| Perak Ag | Ag+ | ||
| Emas Au | Au3+[5][6] | ||
| Platinum Pt | Pt4+ |
Dari bahagian bawah ke bahagian atas jadual siri kereaktifan logam:
- peningkatan kereaktifan bagi suatu logam;
- kehilangan elektron (redoks) lebih mudah untuk membentuk ion positif;
- lebih mudah terhakis atau rosak;
- memerlukan lebih banyak tenaga (dan kaedah yang berbeza) untuk diasingkan daripada sebatian suatu logam;
- menjadi agen penurunan yang lebih kuat (penderma elektron).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ France, Colin (2008), The Reactivity Series of Metals
- ^ Briggs, J. G. R. (2005), Science in Focus, Chemistry for GCE 'O' Level, Pearson Education, m/s. 172
- ^ Lim Eng Wah (2005), Longman Pocket Study Guide 'O' Level Science-Chemistry, Pearson Education, m/s. 190
- ^ "Metal extraction and the reactivity series - The reactivity series of metals - GCSE Chemistry (Single Science) Revision - WJEC". BBC Bitesize (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-24.
- ^ Activity series di Wayback Machine (diarkibkan 2019-05-07)
- ^ Wulsberg, Gary (2000). Inorganic Chemistry. m/s. 294. ISBN 9781891389016.