Sizigi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sizigi (syzygy, daripada bahasa Yunani kuno, suzugos (σύζυγος) yang bermaksud "terikat",[1]) dalam bidang astronomi dan geografi merujuk kepada konfigurasi tiga objek cakerawala yang sebaris lurus dalam sebuah sistem tarikan graviti.[2] Perkataan ini sering digunakan bagi merujuk kepada kedudukan Matahari, Bumi dan sama ada Bulan atau planet; apabila objek yang ketiga berada dalam kedudukan konjungsi (kesebarisan) ataupun bertentangan. Gerhana matahari dan gerhana Bulan berlaku pada masa sizigi, sama dengan peristiwa transit dan penghijaban. Istilah ini lazim digunakan apabila Matahari dan Bulan berada dalam konjungsi (bulan muda) ataupun dalam pertentangan (bulan purnama).[3]

Perkataan "sizigi" juga digunakan secara amnya bagi memerikan konfigurasi atau tatabentuk planet yang menarik perhatian. Sebagai contoh, satu peristiwa menarik berlaku pada 21 Mac 1894 lebih kurang jam 23:00 GMT, apabila Utarid melintasi ("transit", dalam vernakular astronomi) Matahari apabila dilihat dari Zuhrah, sementara Utarid dan Zuhrah pula melintasi Matahari apabila dilihat dari Zuhal. Perkataan ini juga digunakan bagi memerikan keadaan apabila semua planet berada pada sisi yang sama relatif kepada Matahari mahupun planet-planet tersebut tidak berada dalam barisan yang lurus, seperti yang berlaku pada 10 Mac 1982.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Definition of syzygy | Collins English Dictionary". Dicapai 22 Ogos 2012. 
  2. ^ Her Majesty's Nautical Almanac Office and United States Naval Observatory (2012). "Syzygy". Glossary, The Astronomical Almanac Online. Dicapai 2012-09-13. 
  3. ^ Coyle, Harold P. (2008). "Syzygy". AccessScience. ©McGraw-Hill Companies. Dicapai 5 Mei 2012. 
  4. ^ "Ideas & Trends in Summary; It's All Right To Come Out Now". New York Times. 14 Mac 1982. Dicapai 25 July 2011. 



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.