Sofea Zahra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sofea Zahra merupakan drama lipur lara yang ditayangkan di Astro Ria pada tahun 2008. Dibintangi oleh Sari Yanti, Diya Kholid, Iqbal Mazlan, Tasha Aziz dan ramai lagi.

Sofea Zahra
GenreKeluarga
Cinta
Konflik
Dibintangi oleh
Sari Yanti
Diya Kholid
Iqbal Mazlan
Tasha Aziz
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam per episod
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sofea Zahra mengisahkan tentang Sofea (Sari Yanti) yang terpaksa bergantung kasih terhadap ibu tirinya, Datin Qistina (Tasha Aziz) dan kakak tirinya, Zahra (Diya Kholid) selepas kematian bapanya yang dipercayai akibat kemalangan jalan raya.

Nasib Sofea berubah selepas kematian bapanya apabila ibu tirinya telah memperlihatkan sikap angkuh dan tamak serta kemaruk untuk mengecapi kesenangan dan harta pusaka arwah suaminya. Ibu tirinya juga berusaha untuk merentap segala kemewahan yang diwarisi oleh Sofea.

Sementara menunggu keputusan SPM, Sofea telah mengambil keputusan untuk bekerja di kedai muzik dan memberinya peluang untuk berkenalan dengan Alfie (Iqbal Mazlan).

Zahra yang sentiasa mempunyai agenda tersendiri pula telah memikat Alfie dengan mengaburinya dengan personaliti palsunya. Di kedai muzik itu juga, Sofea kagum dengan sikap kasih-sayang yang ditunjukkan oleh pemilik kedai tersebut, Amar (Ridhwan Hashim) dan isterinya Rafidah (Wan Nor Azlin).

Di sebalik itu, Sofea juga memiliki kelebihan apabila dia dapat membaca fikiran seseorang melalui sentuhan. Satu anugerah istimewa baginya!

Apakah kesudahan hidup Sofea yang sering diperkecilkan oleh ibu dan kakak tirinya? Adakah sikap tamak akan terus menghantui hidup Datin Qistina? Adakah kelebihan yang ada pada diri Sofea dapat membantunya mengharungi cabaran hidup?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]