Solanaceae
Solanaceae | |
---|---|
Brugmansia suaveolens berbunga dari US Botanic Garden | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | Solanaceae |
Subfamili | |
Cestroideae |
Solanaceae merupakan sebuah keluarga tumbuhan berbunga merangkumi pelbagai jenis herba, pokok menjalar, pokok akar dan pokok renek baik yang bermusim mahupun saka yang dimanfaatkan untuk ekonomi manusia termasuklah dalam pertanian, pembuatan ubat-ubatan, rempah-ratus, rumpai dan sebagainya. Banyak spesies dalam keluarga botani ini yang mengandungi alkaloid poten yang sesetengahnya amat toksik. Tetapi sesetengah ahli juga menjadi sumber makanan manusia. Keluarga ini tergolong dalam order Solanales, dalam kelompok asterid dikotiledon (Magnoliopsida).[2]
Solanaceae terdiri daripada sekitar 98 genus dan kira-kira 2,700 spesies[3] bertaburan dalam pelbagai habitat, morfologi dan ekologi di semua benua seluruh dunia kecuali Antartika; kepelbagaian spesies terbesarnya terdapat di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Evolusi keluarga ini dapat ditentukan dari Zaman Mesozoik berdasarkan peninggalan fosil tomatillo terletak di suatu tapak yang pernah menjad tasik jauh di pedalaman Patagonia, Argentina berusia 52 juta tahun dahulu.[4][5]
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Nama Solanaceae berpunca daripada genus Solanum, iaitu "pokok rangam" atau rumpun "terung".[6] Asal-usul perkataan Latin itu tidak jelas. Nama itu mungkin datang daripada rupa bentuk bunga sesetengah ahlinya yang menyerupai matahari dengan sinarnya. Sekurang-kurangnya terdapat satu spesies Solanum yang dikenali sebagai "sunberry". Selain itu, nama itu mungkib berpunca daripada kata kerja Latin iaitu solari yang bermaksud "menenangkan", iaitu mungkin memaksudkan ciri-ciri penenang farmakologi pada sesetengah spesies yang psikoaktif dalam keluarga ini.
Gambaran utama
[sunting | sunting sumber]Solanaceae termasuk beberapa spesies yang umum dipungut atau dicucuk tanam. Genus yang paling penting dari segi ekonomi dalam keluarga ini ialah Solanum, yang mengandungi kentang (S. tuberosum, sebenarnya keluarga ini juga umum digelar "rumpun kentang"), tomato (S. lycopersicum), dan terung (S. melongena). Satu lagi genus terkemuka iaitu Capsicum merupakan rumpun lada.
Genus Physalis membuahkan buah leletup (Physalis minima) dan juga tomatilo (Physalis philadelphica) dan gusberi Tanjung. Genus Lycium mengandungi pokok gharqad dan buah goji Lycium barbarum. Nicotiana pula termasuk pokok tembakau. Antara banyak lagi ahli Solanaceae adalah pokok bunga hiasan seperti Petunia, Browallia, dan Lycianthes, dan sumber alkaloid psikoaktif seperti Datura (Kecubung), Mandragora dan Atropa belladonna. Sesetengah spesies terkenal sejagat kerana kegunaan perubatan, kesan psikotropik (dadah) ataupun keberacunannya.
Kecuali tembakau (Nicotiana tabacum, Nicotianoideae) dan petunia (Petunia x hybrida, Petunioideae), kebanyakan genus yang penting dari segi ekonomi terkandung dalam subfamili Solanoideae. Selain itu juga, keluarga Solanaceae merangkumi banyak organisma contoh yang penting untuk menyelidik persoalan biologi yang asas pada peringkat sel, molekul dan genetik seperti tembakau dan petunia.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Solanaceae Juss., nom. cons". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 2007-04-12. Dicapai pada 2009-04-16.
- ^ Olmstead, R. G., J. A. Sweere, R. E. Spangler, L. Bohs, and J. D. Palmer. 1999. Phylogeny and provisional classification of the Solanaceae based on chloroplast DNA. Pp. 111-137. In: Solanaceae IV: advances in biology and utilization, M. Nee, D. E. Symon, R. N. Lester, and J. P. Jessop (eds.). The Royal Botanic Gardens, Kew
- ^ Olmstead, R.G. and Bohs, L. 2007. A Summary of molecular systematic research in Solanaceae: 1982-2006. Acta Hort. (ISHS) 745:255-268
- ^ Chen, Angus (10 Januari 2017). "52 Million-Year-Old Tomatillo Fossils Rewrite Veggie History". NPR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Ogos 2021.
- ^ "Eocene lantern fruits from Gondwanan Patagonia and the early origins of Solanaceae", Wilf et al, Science, 06 Jan 2017, Vol. 355, Issue 6320, pp. 71-75, DOI: 10.1126/science.aag2737
- ^ Hasil carian "Solanum spp." di Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai pada 19 Disember 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Solanaceae |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Solanaceae |
- Sol Genomics Network
- https://www.bilgisayarhatalari.com/
- Solanaceae Network - pictures of plants Diarkibkan 2005-03-07 di Wayback Machine
- Solanaceae Source - A worldwide taxonomic monograph of all species in the genus Solanum.